Petang ni lepas balik kerja anak isteri ajak pi jalan-jalan . Jadi kami pergi kawasan yang terdekat dengan rumah . Ambil kunci kereta terus ke Pantai Kok .
Kawasan Pantai Kok ini terletak berdekatan pula dengan Burau Bay / Cable Car / Telaga Tujuh dan sebuah resort 5 bintang baru di Perdana Quay - kat Telaga Harbour Park tu - The Danna Resort .
Kat Pantai Kok ni ada gerai jual bihun sup / koy tiew sup / mee rebus dan banyak lagi . Jadi apa lagi pekena bihun sup ..Najibah makan Koy tiew sup .. Najihah hanya makan tembikai sahaja . 2 mangkuk bihun sup + 1 mangkuk koy tiew sup + 2 mangkuk hirisan tembikai + 3 gelas oren = total = RM13.00 .. makan kat situ .Pemandangan mememang menarik kat sini .
Najibah pulun makan koy tiew sup ..
Video yang sempat di ambil..
Sudah makan terus ke tepi pantai - main pasir .
Nabil tak sabar nak mandi laut tu ..tapi tak boleh mandi -main saja . Tapi Nabil kalau main habis seluar dan baju basah . Bila Nak balik baju dan seluar di tanggal kan ..hehe ..
Kawasan berdekatan dengan Pantai kok iaitu Perdana Quay ( ambil gambar masa kami nak balik ).
Kelihatan sebuah Resort 5 bintang yang baru saja beroperasi di Perdana Quay ini iaitu The Danna Langkawi Resort .
Bukan calang-calang orang ler kalau menginap kat sini . Rasa - rasa semalam RM700 ke atas utk 1 bilik . Tapi apa salah nya kalau nak cuba .. mesti menarik .
Dah dok kat Langkawi ..!
Orang kata alang - alang dah dekat dgn sempadan Thai -kena pergi jugak tengok negara jiran ,kat sempadan pun cukup ler .
Jadi bermula cuti sekolah ini pada 12 mac 2011 kami sekeluarga akan bertolak ke Songkhla di Pantai Samila yang ada gambar Model seorang Duyong .. Dijangka bertolak di awal pagi di jeti Kuah menaiki feri ke Satun .
Persiapan yang pertama perlu di lakukan adalah ke pejabat Imigresen Langkawi di Pantai Kok utk memohon Pas Sempadan ( Borber Pass ) . Utk buat Border Pass ni ,ada orang cakap satu keluarga kena pergi sekali semasa memohon . Jadi kami pi satu keluarga . ...mm ..mm..mm.. sekajap saja tak sampai 1 jam border dah siap .
Jadi tunggu tarikh nak pergi jer .
Tidur di jangka kat Grand Plaza hotel Hatyai - satu malam . Besoknya petang balik ler ( perancangan ) .Pasal nak pergi 2 hari 1 mlm saja .
Sebenarnya nak pergi satu rombongan seramai 100 orang ..hehehe..
Antara sebab-sebab pesalah saman ekor tak bayar saman mereka :
1.Ada terdapat kes di mana individu ini memakai kereta tetapi menggunakan no plat orang lain yang bertujuan lari daripada hutang bank yang tertunggak. Kemudian kena pula saman ekor. Yang terkena bahananya pemilik no kenderaan tersebut.
2.Surat saman pun tidak dihantar kepada pesalah. Kebanyakan bukannya rajin nak semak saman dengan cara online dan sms ini. Bukan suatu tugas yang sukar pun nak buat surat untuk diberikan pesalah berbanding bayaran yang diterima oleh mereka disebabkan saman ekor ini.
3.Jikalau mahu menghantar surat saman selepas ini, bukan sahaja dimasukkan speeding di kilometer berapa sahaja tetapi patut juga disertakan sekali gambar yang menunjukkan kenderaan yang kena caj itu. Ini tidak, nak tengok gambar kenderaan tersebut, kena bayar pula. Ini nak meniaga ker atau nak mendisiplinkan pengguna sebenarnya?
4.Ada nak tambah?
Bagi saya saman ekor ini kalau dibuat betul-betul dengan tujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya ada bagusnya. Tetapi apabila ingin melaksanakan sebarang peraturan, perlulah dibuat dengan sebaik mungkin jangan biarkan peraturan yang dibuat itu begitu dimanipulasikan. Setakat ini sahaja, lebih 10 juta saman ekor sejak dikeluarkan pada tahun 2000, masih tidak dihiraukan oleh pesalah.
Cuba tengok dan fahami video ini ,bukan pasal politik tapi pasal HAK kita ..
Sebelum ni ada letak video keluarga kat side blog ( my video ) tu . Rasa- rasa dah lama dah dok kat situ . Jadi tambah dgn video baru skit . Sebenar nya hanya himpunan gambar-gambar keluarga sahaja . Tapi takpa Najihah dan Najibah suka bila tunjuk gambar diorang ada kat situ ..hehe .. jadi apa lagi letak je la .
Sebelum ni di selitkan lagu Adibah Nor utk video yang lama tu . Yang terbaru ni masukkan lagu kumpulan Wali - baik baik sayang .. menarik juga . Dah cakap kat Najibah dan Najihah nanti bila besar boleh tengok kat sini antara koleksi masa kecik kecik .
Selingan lagu Adibah NorLagu Wali .. Baik-baik sayang
Ini adalah kali kedua rambut Nabil di gunting . Sikit - sikit garu kepala , sikit nak garu kepala ..apa lagi ,ajak Nabil pi gunting rambut ler .. Sekarang dah ok ler skit . Boleh tengok la perbezaan Nabil sebelum dan selepas gunting .
Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029
JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.
Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’ Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?
Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.
Sebagai orang Islam kita wajib percaya HARI KIAMAT
Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selaencetuskan kekalutan di seluruh dunia.
Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.
Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036.
“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.
“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.
Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.
Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa nyawa penghuni bumi kini terancam.
“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan membunuh ramai,” kata Perminov.
Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.
Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46 mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar dengan bumi di kawasan padat.
Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .
Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak benda.
Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu - bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan pertahanan lebih baik.
Laser tangkis ancaman
PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.
Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan 2036.
“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej Teknologi New York.
Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah laluannya dan menyebabkannya tersasar.
Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan pancutan arus.
“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi terlalu dalam akan memanaskan asteroid.
“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat memesongkan asteroid,” katanya.
Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.
Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng, menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.
Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.
Sempena maulidur rasul yang bermaksud hari keputeraan Nabi Muhammad SAW ,12 rabiulawal ( hari ini 15feb2011 ) - maka Kelab rekriasi di Lafarge Langkawi sekali mengadakan aktivitinya setiap tahun iaitu perarakkan ke Pantai Teluk Yu Langkawi , Perarakkan ini turut di ikuti bersama dari wakil penduduk Pasir Hitam Langkawi akan berjalan ke pantai Teluk Yu .
Wakil Lafarge bersama sebahagian penduduk kampung di sekitar Ewa juga beramai-ramai memeriahkan sambutan maulidur rasul ini .
Apa lagi satu rumah ku .. mama , Najibah , Najihah dan Nabil pun turut serta . Tahun lepas hanya dgn Najibah sahaja . Tahun ni kami satu keluarga memeriahkan nya . Jalan kami ramai2 . Lebih menarik lagi apabila sampai di Teluk yu - berlaku pertemuan di antara wakil dari penduduk Pasir Hitam - ramai nya .
Acara selepas tu - dengar cemarah daripada Ustaz dari sekolah Menengah Air Hangat ,menyampaikan mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW . Dan selepas itu acara makan beramai - ramai . Hampir jam 11pg acara selesai . Najibah dan Najihah cakap tahun dgn nak ikut lagi .. insyaallah .
Anda pasti telah mendengar lagu insyaallah oleh seorang penyanyi yang bernama Maher Zain ,di Malaysia ramai dah kenal sehingga sekarang ni lagu Insyaallah pun telah di alih bahasa - bahasa Malaysia .. Siapa Maher Zain? .. Tetapi sejauh manakah anda kenal maher zain?..
Insyaallah - In English version
Insyaallah - Malay version
Kalau nak Audio CD dia boleh order melalui AMAZON kat sini
Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
Album Name: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Release Date: 1st of November 2009
Record Label: Awakening Records
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Kita selalu meletakkan andaian pada pandangan pertama apa yang kita lihat . Kita rasa apa yang kita lihat itu atau nampak itu adalah itu tujuannya . Sepatutnya kita perlu tanya dahulu yang sebenarnya handak di lakukan .
Sebagai contoh baru-baru ini anak ku ( Najihah ) ;
Baru -baru ni aku ada temujanji dgn pakar mata di hospital besar Langkawi . Masa dok tunggu turn aku tu ada sorang makcik tu mai macam nak marah kat aku .. ni anak adik ke ( dia tunjuk kat Najihah ) ..ya anak saya .. makcik nak bagitau le anak kita ni kalau boleh dari kecik jangan ler dok warna rambut dia tu .. kecik kecik dah boh rambut merah ,tak elok tu .Kita kena jaga elok elok jangan ikut orang sangat ,budak kecik2 bukan tau apa ..depa ikut saja tak elok ni .. jgn boh warna ni biaq itam takpe - kata2 makcik tu kat aku ( bagus nasihat tu ,kita sebagai oqang islam memang tak elok aku setuju dgn makcik ni ) .. tapi aku jawab .. sebenarnya makcik anak saya kat rambut dia jadi uban sejak umoq 1 setahun lagi ..sy dah boh macam2 ubat yang doktor bagi ..tapi tak ilang juga .. jadi kami biaq saja macam tu ler ..isteri saya cuma boh inai saja . ( alhamdullillah setakat ni hanya kat tempat tu jer yg uban pun ,kat lain tak ) . Jadi rambut Najihah memang nampak merah ler dgn uban tu ..
Lepas citer kat makcik tu ..dia pun ok jer ..ooo ..itu jer jawapan dia .. sempat sayang Najihah lagi .
Dan terus berlalu ..
Jadi kat sini aku masukkan video yg ada persamaan dgn gambaran tadi .
Seniman agung P Ramlie . Sampai sekarang masih lagi ada peminat walaupun di kalangan kanak-kanak . Dalam filem ada unsur lawak dan juga romantis . Kalau anda peminat P Ramlie mesti anda tahu petikan dari filem apa ni . Sekali sekala dengar lagu ni asyik juga . .. ayat2 nya menarik ..
,,malam bulan di pagar bintang,makin indah jika di pandang,bagai gadis beri senyuman,pada bujang idaman..belai kasih ingin di manja dgn cumbuan mesra,
untuk penglipurlara penawar di asmara..
malam bulan di pagar bintang dan berseri seluruh alam,murni sungguh ciptaan tuhan bulan bintang lampu alam...
Dah lama tak upload gambar Nabil Najihah dan Najibah . Ni gambar terbaru depa . Kat mana sempat ambil kat situ ler gambar depa .. yang best nyer anak anak ni suka kalau kita ambik gambaq depa . Pantang kalau kata ...ni abah nak ambil gambaq ni .. terus jer posing .
LANGKAWI 22 Jan. – Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.
“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.
GAMBAR model menara setinggi 135 meter yang akan dibina di Langkawi sebagai tarikan baru pelancongan. – bernama
Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.
“Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.
Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan.
Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama.
Kebanyakkan iklan Pepsi mesti melibatkan sukan .. terutama bola sepak , ini iklan Pepsi yang pertama kali aku perasan ..dan terperasan yang aku tak tengok lagi ..panjang juga iklan ni ..best .. semua pemain ternama dunia .
Iklan dah keluar masa piala dunia di Afrika selatan tu ..
Lawak ni ...
Dan juga lagu piala dunia WAKAWAKA AFRIKA dari Shakira
Sekali sekala kalau layan lawak macam ni best juga . Kadang kadang boleh release tension . Kalau penat dan rasa letih , pastu lawan lawak macam ni ,ok juga .Sampai keluar air mata oo gelak sampai penat ..layannn...
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.
Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”
Untuk Isteriku tersayang...semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hati dan perasaan Ayang. Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, cuma masanya sahaja dirasakan kurang sesuai. Akan tetapi abang rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku di hati selama ini. Harapan abang semoga Ayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang.
1. Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai Ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Ayang tanpa soal. Abang jaga Ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama. Kini relakah Ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?
2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2014 hingga 9 Julai 2014. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-
3. Dalam tempoh tersebut Ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2014 di Brazil. Jika Ayang gagal melakukan perkara ini, Ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.
4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Ayang bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.
5. Jika Ayang terpaksa melintas di hadapan tv di waktu tersebut, Ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan Ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa Ayang ke klinik dan juga melayan Ayang selepas itu.
6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada Ayang jika Ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.
7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi Ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada di ambang kekalahan.
8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahawa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?
9. Ayang perlu memberitahu saudara mara atau rakan karib bahawa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.
10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera.
11. Selepas period abang ini abih..Ayang dilarang merungut: siib baik world cup 4 tahun sekali jer...kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.
12. Atas kerjasama dan timbang rasa Ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut emas..pandai-pandai la Ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah...Jika sebaliknya, hendaklah Ayang turut berduka skali.
KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Lagu yang juga didendangkan oleh beliau sendiri itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar. Sementara itu, lagu Drama King nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain dan Black, karya Teja dan Tun Teja muncul naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000. Tempat ketiga dimiliki lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam menerima hadiah bernilai RM12,000.
ANA Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.
Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan hadiah bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Hafiz dan Faizal Tahir menerusi lagu Noktah Cinta dan Hanyut.
AJL25 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 mencipta kelainan untuk tahun kedua sejak diperkenalkan 1992, yang mana semua lagu dipertandingkan secara terbuka, tanpa mengikut pecahan kategori Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.
Komposer terkemuka, M Nasir mengetuai barisan juri yang turut dianggotai Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Amy (Search), Pacai dan Andy (Flop Poppy).
Lagu lain yang turut bersaing pada AJL25 adalah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8); Ku Ada Kamu (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8); Cinta Sempurna (Yuna); Pelita (Loque/Loque/A.P.I) dan Berlari (Shazzy Ishak/Tomok).
Sofea Jane (Iswandy/Sham/Black Mentor); Mencari Konklusi (Noh/Noh/Hujan); Selamat Malam (Audi Mok/Faizal Tahir); Ekstravaganza (Sam/Bunkface) dan Jahat (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy).
Tengok telatah Zizan dan Johan meniru gaya percakapan 3 orang pengacara terkenal tanahair ini iaitu Dato Fadzilah Kamsah pakar motivasi , Chef Wan pangacara masakan terkenal dan juga Eric Leong pengacara terkenal .
Jam 10pg sedang bekerja ..
Tiba-tiba dapat panggilan dari cikgu Sekolah Kebangsaan Ewa .
"Hello ini waris Nurul Najibah ke "?
"Ya saya "
"Saya dari Sekolah Ewa ni "
"Tolong mai ambil Najibah ,sebab dia demam "
"Demam..( dalam hati - pagi tadi masa nak pergi sekolah ok jer ) ..ok ok .. nanti saya pi ambil ..tkasih ".
Jadi Najibah telah catat rekod kat sekolah bahawa pada hari ke2 persekolahan ( 4jan2011 ) dia dah MC . Nak buat macam memang tak sihat . Mama pi ambil Najibah . Ye memang panas . Terus ke Klinik utk ambil ubat dan juga surat pelepasan utk 2 hari kerana demam .
Sebelum tu Najibah Ok . Adik Nabil dah sihat dari demam selepas mandi kat Pasir Tengkorak . Najihah pulak dah 2 malam demam . Tapi pagi ni dah ok ..pergi KEMAS bersama Danish .. Najihah dah 4 tahun .
Pagi ni Najibah belum pergi sekolah - masih lagi kurang sihat .. harap2 besok boleh pergi sekolah dah ...amin .
LANGKAWI: Kerajaan Kedah bercadang membangunkan Pulau Tuba di sini, sebagai pulau ilmu yang dapat memberi manfaat kepada golongan muda.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata sehubungan itu satu sekolah tahfiz dan sains akan dibina di pulau tersebut....
Kalau tak habis tak boleh carry forward . Cuti tahun akan 'burn' .
Apa lagi .. jom mandi laut kat pantai . Lokasi pantai yang elok dan terdekat dengan rumah ialah Pantai Pasir Tengkorak di jalan Datai Langkawi . Cuaca mendung saja tapi tak hujan pun . Menarik ni kalau mandi tak panas sangat . Ajak Nabil pi mandi .. 'Nabil jom mandi laut ! ' "jom.." .
Tunggu apa lagi .. Najibah dan Najihah pun nak ikut sama lah . Mama pulak masak bihun goreng dan juga buat sandwich . Maka berangkatlah ke pantai . bertolak jam 12.30tgh .
Sampai saja air dah surut sikit . Tapi takpe kat pantai ni - landai ..boleh mandi sampai ke hujung . Ingatkan orang tak ramai . Masih lagi ramai orang kat pantai - dan masih lagi orang yang datang . 'Md Saleh dan Minah Saleh ' pun ramai juga yang berjemur kat sini .
Hah .. tunggu apa lagi Nabil jom mandi .....
2.30ptg berangkat pulang . Najihah dan Najibah mandi air tawar kat situ , abah dan Nabil balik mandi kat rumah lah ...hehehe ..
KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga serta gembira atas kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.
Menurut Perdana Menteri, skuad negara telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan sehingga berjaya menjulang piala berkenaan.
“Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. Syabas Harimau Malaya! Kamu semua telah membanggakan negara. Tahniah,” katanya menerusi pesanan ringkas dalam laman sosialnya di Twitter dan Facebook.
Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Dalam satu kenyataannya menerusi Bernama pula, Najib berkata, kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF adalah sesuatu yang dibanggakan.
“Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia. Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaan dan kita mesti bina kejayaan ini untuk menggerakkan bola sepak maju ke hadapan pada tahap yang lebih tinggi.
“Ini bagi memastikan apa yang kita capai malam ini bukan satu yang sepintas lalu tetapi permulaan dalam sejarah bola sepak kita sebagai yang besar,” katanya.
Sementara itu, perasaan sama turut dikongsi Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan itu.
Menurut beliau, pencapaian itu lebih manis setelah menunggu 14 tahun untuk menjulang kejuaraan itu.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Muhyiddin percaya setiap rakyat pasti berasa megah, terharu dan paling utama bersyukur kerana kejayaan itu memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit terutama para pemain dan jurulatih, K. Rajagobal memburu kejuaraan itu.
“Saya ingin menggesa para pemain supaya terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa,” ujarnya.
Muhyiddin berkata, aspirasi itulah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira-wira bola sepak negara untuk terus merekodkan kejayaan pada masa depan dan kembali muncul sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah seluruh dunia.
“Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berjaya menerajui bola sepak Malaysia serta usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini,” katanya.
Sempat juga upload majlis kenduri kahwin Wan Normala .
Bekas pelajar Vokasional Kangar 90/91 .Tarikh 25/12/2010.
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan cepat-cepat timang anak .
Sebelum balik sempat juga bergambar dgn Che Na , Zai dan juga Amy
Majlis kenduri ni di adakah di Dewan SJKC di Kangar . Masa sampai tu pengantin pun sampai juga .Sempat ler ambik video . Aku jumpa bekas pelajar kat situ . Mie EN . Dan yang lain ada kat situ Zainie , Amy dan juga Che Na ..
Lepas makan kenduri dan bergambar dgn diaorang ni ,sebenarnya ada lagi kenduri dan pegi ..kat Alor Setar pulak . Tak sempat ler nak tunggu kawan-kawan lain . Takpe lah janji ada juga jumpa juga XSMVkangar .
Kepada Wan Normala dan pasangan nya di ucapkan semoga sepat-cepat anak dan kekal bahagia hingga akhir hayat ...amin .