Followers

Friday, April 22, 2011

Langkawi Cable Car - Bawa keluarga bersiar-siar

Habis saja kerja bawa anak isteri bersiar-siar di Cable Car ( Oriental Village ) .
Sebenarnya di kawasan Cable Car ini tempat sesuai juga untuk bersiar-siar dgn pemandangan yang menarik .

Selain dari Cable Car ada juga aktiviti sampingan lain yang di sediakan .
Antaranya ;
Aktiviti Menunggang Gajah
Aktiviti Menunggang Kuda
Bermain dgn dan memberi makan Rusa dan Arnab
Shopping
Flying Fox
Menunggang SEGWAY
Tempat bermain utk kanak kanak
Memberi makan ikan di tasik
Pertunjukkan ular dan bergambar bersama ular yg jinak


Biasa bila dah habis kerja ni masa pun dah lewat . Bila kami sampai pun orang dah tak ramai dah . Ini ler peluang anak anak main . Kalau nak naik Cable Car ,dah 2 3 kali dah naik ,tunggu Nabil besar skit lagi baru nak naik pula ..hehe




Kat kawasan Oriental Village ni ..ada satu hotel iaitu Geopark Hotel . Tu gambar dia .




Monday, April 18, 2011

Pesta Air Langkawi - Pi tengok tengok saja

Bawa anak isteri pergi ke tapak pesta air Langkawi .

Pesta Air Langkawi di adakan di Pantai Cenang . Lokasi yang menjadi tarikan utama pelancong jika datang ke Langkawi untuk mandi manda .
Di adakan pada 15-16apr . Acara Pesta Air Langkawi ini di anjurkan oleh Tourism malaysia . Semua pengunjung di jemput . Oleh kerana cuti ,aku bawa ler pi tengok tengok .

Antara acara yang sempat kami tengok ;
Sepak raga tuju
Bola Sepak Pantai Kanak kanak KEMAS seluruh Langkawi .
Bola Jaring Pantai kanak kanak KEMAS seluruh Langkawi .
Lumba kayak
Pertandingan Kutip Sampah Sekolah Menengah yang berdekatan
Dan Sebelum kami balik acara Gubahan Bentuk menggunakan  buah buahan tempatan .

Sebenarnya untuk acara malam juga ada konsert ..antara penyanyi yang di jemput yang aku perasan AWIE .