Followers

Saturday, October 09, 2010

Bila diri di sayangi - kenangan lagu tangkap lentok

Bila diri di sayangi ..
Teringat lagu lama nyanyian Ukays
Sedap lagu ni kalau dihayati betul-betul mesti tangkap lentok punya .
Yang jiwang -jiwang mesti feeling habih ..

Tapi kalau dengar kumpulan anak muda menyanyi .. aku tak tangkap lentok dah . Gelak tu ada . Kumpulan ni aku bagi nama ' Band GiGi ' .

Layan .. best apa ape ...hahahaha..


Friday, October 08, 2010

Nabil gunting rambut ..

Sebelum ni rambut Nabil tak la panjang sangat .
Tapi kalau tengok Nabil ni asyik dok garu-garu telinga ni mesti pasai rambut asyik dok kena cuping telinga . Pastu pulak kalau tidur tu mesti berpeluh kat kepala . Mama kata gunting rambut!segera!

Apa lagi cepat-cepat ler bawa Nabil pi gunting rambut .

Tapi boleh ke . Nanti Nabil dok tak diam pulak . Macam mana nak gunting .Kalau dia menangis kacau ni .Dalam hati berdebar juga ,takut nanti gunting sebelah jer . Kot nanti Nabil menangis ke ape ke ..kacau . .

Takpe try tengok kot-kot boleh . ADAKAH DI PIHAK NABIL boleh terima rambutnya di gunting ? Cuba pi la ...
-------
OK per .. tak susah ler gunting rambut Nabil . Best ape .

Siap boleh buat video lagi ..kan Nabil ..kan ..


Wednesday, October 06, 2010

Aksi aksi Muhammad Nabil

Rasa - rasa dah lama dah tak upload gambar Nabil .Ni antara gambar terbaru Nabil dalam pelbagai aksi . Biasa la bila dah mula boleh merangkak dan nak panjat apa yang ada depan mata . Semua nak ambil dan nak panjat . Kalau sebelum selsema ,jadi cepat ler skit sembuh sebab Nabil dah mula aktif .

Apapun gambar baru yang 'terbuka' ni adalah terbaru .
Sorry .. tak malu skit ..hehe .

 
 
 
 




Tuesday, October 05, 2010

Dua blog aku dah punah ..

2 blog aku sudah di disble oleh google

Blog ni adalah info tentang Insurance dan juga Airlines .Semua isi dalam kedua-dua blog ini aku copy dari articles-articles yang terdapat dalam website . Tapi apa yang aku copy aku paste kan ke blog aku tanpa mengubah apa2 dalam artikel tersebut .

Sebelum ada juga dengar dari sifoo-sifoo dalam forum bagitau kalau nak copy articles perlu masukkan semua sekali termasuk penulis nya . Tapi semua aku masukkan . Google dah sekat 2 blog aku ni . Nak buat macam mana . Sekarang baru tahu memang tak boleh ler .

nasib-nasib ...