Followers

Tuesday, July 22, 2008

Lawatan ke Galeria Perdana – Kilim Langkawi

Hari cuti ..bawa Najibah ,Najihah dan juga isteri ke Galeria Perdana di Kilim Langkawi .Galeria Perdana adalah tempat di mana di simpan hadiah-hadiah bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad serta juga Dr. Siti Hasmah .


Banyak koleksi pemberian hadiah dari pelbagai kerajaan di dunia ini kepada bekas pemimpin Malaysia ini .Hadiah dari pelbagai kerajaan termasuk juga syarikat koporat serta individu-individu tertentu .


Dahulu dah masuk dah ,tapi kamera dan juga video tidak di benarkan dibawa masuk ke dalam .Sekarang ni sudah benarkan dan boleh diambil gambar serta video di dalam Galeria Perdana .

Jadi … tunggu apa lagi …masuk semula ler… tiket untuk dewasa Cuma Rm5.00 utk dewasa jika menunjukkan I/C ,serta RM2.00 jika ingin membawa masuk kamera .Kepada sesiapa yang ingin melihat berbagai jenis hadiah yang di terima oleh bekas perdana menteri Malaysia bolehlah datang ke Galeria Perdana di Langkawi ini .

Sewa kereta di Langkawi hanya RM50/24jam