Followers

Friday, November 12, 2010

Pertemuan jejak kasih ,manusia dengan binatang ..sungguh sadis

Pertemuan Setelah Setahun Singa Peliharaan dgn tuannya.Syahdu. Jadi aku muat kan di blog ini sebagai kenangan terindah . 

Singa ini dibesarkan ketika masih baby lagi oleh dua orang lelaki.Namun setelah membesar, tuannya ini terpaksa dgn berat hati melepaskannya ke hutan Afrika kerana singa ini terlalu besar.

Setahun kemudian, dimaklumkan secara saintifiknya, singa ini akan menjadi singa liar dan tidak akan mengenalli kedua-dua tuannya ini. Namun, tuannya teramat rindu dan ingin juga menanggung risiko untuk berjumpa dgnnya.

Apakah kepala tuan nya ini dilibas olehnya?atau sebaliknya? saksikanlah...

terharu ..terharu ..terharu ...







Monday, November 08, 2010

Merokok Merbahaya Kepada Kesihatan

Hari ni kita cakap pasal rokok .
Merokok merbahaya pada kesihatan
Macam2 iklan rokok dah di lakukan tapi masih lagi merokok .
Cakap ler apapun tapi rokok kena hisap juga ...kenapa ?
Nasib baik aku tak isap rokok .

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

antara iklan berhenti merokok



Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
  

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
•50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
•Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
•Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
•60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
•Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
•Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok    =  Sumber bahan kimia
        Metanol        =  Bahan Api
Nitrobenzena    =  Gasolin
Karbon Monoksida  =  Asap kereta
                        Butana       =  Cecair pemetik api
                                  Raksa        =  Logam dalam jangka suhu
                 Vinil Klorida       =  Bahan utama plastik
                Toulena       =  Pelarut industri
            Ammonia      =  Pencuci lantai
         Arsenik        =  Racun tikus
                            Kadmium      =  Bahan utama bateri alkali
                               Stearik     =  Bahan utama dalam lilin
                 Sianida     =  Racun berbisa
Infoline berhenti merokok

03-8883 4400