Followers

Saturday, December 08, 2007

Hari ke 2 di LIMA 2007 Langkawi

Hari ni adalah hari yang ke 2 pergi tengok LIMA 2007 .Fokus utama nak pi tengok pameran maritim di Awana Porto Malai .Nak tengok kapal selam India ,dan juga beberapa lagi pameran yang di tunjukkan .Sampaidi jalan pantai Cenang da berlaku kesesakkan jalan raya .Bermula dari AB Motel samapai ke simpang berdekatan Aseania Hotel ambil masa 30 minit (lama tu ..kalau waktu biasa 3 minit jer ) . Bila sampai disimpang hendak ke Awana Porto Malai ,polis trafik bagitau tak payah pergi tengok ...pasai apa pulak dahhh... dia kata jalan nak pi ke sana dah penuhhh...sesak ...dia suruh balik ...balik ler .. dah tak boleh tengok ..
Apa lagi patah balik pergi ke Dewan Mahsuri semula tengok pameran kapal terbang .Masuk pulak bayar RM40.00 utk sekeluarga . Masa masuk tu jam 2.00 ptg .Beratur panjang nak bergambar dengan Angkasawan Negara (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) .Pehhh..beratur selama 30 minit pasal nak ambil gambar saja . Masa dok beratur tu ...kat luar sana Red Arrows sedang buat persembahan ..(tapi takpa ..semalam dah tengok) ..wow panjangnyer buat barisan .Ingat sessi bergambar dgn Dr. Sheikh Muszaphar ni ler yang paling ramai pengunjung .Tak rugi ler bergambar dgn beliau .

Friday, December 07, 2007

LIMA 2007
( Langkawi International Maritime And Aerospace )


Pada tarikh tarikh 7 Dec 2007 adalah hari pertama pembukaan pameran LIMA 2007 untuk orang awam .Semua penduduk langkawi atau pelancong yang ingin melihat dgn lebih dekat di dalam dewan Mahsuri perlu membayar RM20.00/seorang .Tak rugi kalau masuk tengok .Dalam dewan luas .Lepas masuk dewan keluar pulak tengok pertunjukkan udara oleh Red Arrow dari Britain ,TUDM, Sukhoi 30 MKM dan helikopter .Bukan setakat Najibah sajer yang tengok ...Najihah pun ikut sekali ....Sebelum tu ..masa dalam dewan Mahsuri orang begitu ramai nak ambil gambar bersama dgn angkasawan negara ..Syed Muzaffar ,ramainyerr beratur .Masa tu ler Red Arrow buat pertunjukkan .Pi tengok Red Arrow dulu ler .Ada juga gambar Syed Muzaffar.




Besok pulak nak pi kat Awana Porto Malai tengok pameran maritim pula ,yang ni free ..tiada bayaran .Besok mesti pergi .Bukan senang nak tengok pameran 2 tahun sekali ni .
Ada lagi rakaman LIMA 2007 ..sila link