Followers

Tuesday, October 12, 2010

Siapa Suthan M ? anak muda yg berjaya dibidang online..

Pernah dengar tak nama Suthan M sebelum ini?

Kalau tak pernah, hari ini anda akan mengenali seorang individu anak Kajang, Selangor yang popular sebagai IMer persada antarabangsa.

Semalam, saya diberitahu oleh rakan saya bahawa terdapat satu laman web baru yang kini menjadi bualan ramai dikalangan rakyat Malaysia.

Selak selak link yang diberi, rupa-rupanya Suthan telah melancarkan infoproduk yang dipanggil Program RM20,000 Dalam 20 Hari.

http://www.20ribu20hari.com/index.php?ref=roslankasim

Sekilas pandang, program ini nampak macam hype, tetapi jangan prasangka buruk kerana kredibiliti empunya laman web memang terkenal di persada antarabangsa.

Anak muda dari Kajang ini dikenali ramai sebagai salah seorang expert marketer dari Malaysia yang terkenal di persada antarabangsa. Program program international seperti IMsutra, NicheProphecy, ThisCrapSells, dan sebagainya merupakan keluaran syarikat En. Suthan ini


Jadi, apabila saya terdengar bahawa Suthan melancarkan program ulung untuk rakyat Malaysia, saya kongsi berita ini dengan anda. Semestinya, Suthan boleh banyak mengajar cara cara marketing di internet dan merupakan public figure yang anda harus follow.

Untuk hari ini, saya nak rekemen dulu laman web ini untuk anda.
http://www.20ribu20hari.com/index.php?ref=roslankasim


Suthan M merupakan internet marketer terkenal, penulis buku "paperbook" marketing laris di US dan UK,, IM Seminar Speaker dan juga Sukses-Intensif B2B "Online Wealth" Bisnes Coach di persada antarabangsa termasuk Amerika, United Kingdom, Australia, Singapore, New Zealand, Brunei dan Malaysia.


Dikenali ramai sebagai "Web 2.0 Internet Marketing Expert in the international market, Suthan M. telah mengeluarkan banyak jurnal marketing, report, dan buku buku lain yang telah dibaca dan menukar hidup ramai orang biasa di seluruh dunia.


Monday, October 11, 2010

Pesan Dato Dr Fazilah Kamsah

Banyak juga email yang menceroboh dalam inbox aku . yang mana aku tak suka aku buang ler . Ada yang menarik cerita kadang tu aku terima . Ada info menarik ada info iklan dan sebagainya . Ini adalah email yang menarik bagi aku ..yang mana sebelum ni aku belum dengar lagi dan dlm tak sedar mungkin kita akan sedar .
Terima kasih kepada yg tolong forward kan nya utk aku dan aku upload kan dalam blog ini ,utk peringatan pada diriku dan juga orang lain

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu....

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Insya Allah


Sunday, October 10, 2010

Ular masuk dalam rumah aku...

Pagi-pagi lagi ada ular masuk dalam rumah .
Kat bilik tidur masuk tepi tingkap . Dalam pukul 6.30pg .
Nasib baik Mama perasan .. selepas hantar Najibah di tempat tunggu bas sekolah .Mama nak tengok melalui tingkap ..terperasan ada ular kat tepi tingkap .

Sebaik ular tu keluar skit tepi tingkap tu ..aku tutup tingkap ..aku pergi keluar ..tengok2 ular tu masuk pula ..( ular tak besar pun ..lebih kurang jari kelingking saja ) .. tapi takut juga aku .

Walaupun tingkap dah tutup ..dia boleh masuk lagi .. bila aku masuk dalam tgk ular tu dah takde dak ....ah ah .. kacau ni ..

Nasib baik aku dah mandi dan sembahyang dah ..tunggu apa lagi proses cari ular tu ler ...aku keluarkan semua dlm bilik tersebut .. tilam..almari ..baju2..beg2 .. tapi ular tak jumpa juga .

Kacau ,sekarang aku pi keje dulu .. sembur ubat nyamuk ( sebab ada kawan cakap - ular terus mati kalau kita spray ubat nyamuk..sebab dia penah buat  )  ..

Apa-apapun nanti balik keje tgk ler macam mana nak buat ... harap2 ular tu dah keluar dah  ...