Followers

Monday, October 18, 2010

Pergi Klinik gigi - Cabut gigi Najibah

Hari ni bawa Najibah pi klinik utk cabut gigi .
Lagi pun hari aku dapat cuti ganti .

Pasal gigi ni , dimana gigi depan Najibah ni dah lama dah longgar . Dia suruh cabut , ah mana berani ( bukan tak berani nak cabut gigi anak ni - kesian kat dia ) .

Selepas balik sekolah ( ari ni Najibah ada peperiksaan akhir Pendidikan seni ) . Najibah bersiap sedia untuk pergi ke klinik . Najibah ni dah 2 kali dah cabut kat klinik tu pasal gigi - 2 kali menangis pasal kena cucuk . Tapi dia suka sebab lepas cabut gigi tu doktor bagi vitamin .Sebab tu dia tak kisah .Sakit kejap jer .



Hari ni tak dapat vitamin tapi doktor beri sticker ...hehe

 2 batang gigi Najibah yg telah di cabut .. eeeee ..

Hari ni doktor cabut 2 batang gigi Najibah di bahagian atas . eee tengok gigi Najibah .. ini dah 4 batang gigi Najibah cabut di klinik ini ,.

Sunday, October 17, 2010

Cerita seorang penipu sebenar ....

Semalam aku dapat panggilan telefon daripada seseorang .
Pertama kali dia telefon no takde  .. ( private no ) ..
Dia cakap macam aku ni dgn dia dah lama kenal .. dia kata dulu dok Langkawi juga dia keje kastam kat Jeti Langkawi  tapi dah 2 tahun kena tukar kat Putrajaya .
Dia kata panggil nama dia Zali . Bila aku nak tanya mcm mana boleh kenal ..dia potong cakap aku kata kenal ke geng keta sewa kat ? dia kenal dgn Rashid , Rinnie dan lagi..lagi .. .
Aku tanya dia kenal Am tak , dia tanya Am mana ,,,aku cakap yg isteri dia keje jual insuran tu . kenal..kenal dia cakap ..
Pastu dia cakap dlm pukul 1 tgh di kastam Putrajaya mereka nak lelong barang eletronik yg di rampas .. antaranya .. Blackberry bold 9700 ( RM450 sj ) ,semua jenama Nokia ( RM350 setiap satu ),Laptop Acer ( RM450 ),kamera Canon dan lain2 lagi ..  kalau nak hanya bayar 50% dulu .

Menarik ni .. aku minta no akaun , terus dia sms dgn h/phone dia 0127611106 dan dia beri no akaun MAYBANK 151034688595 RAZALI B MOHAMED  .. pastu dia kata Rinnie anak Rashid ada order laptop juga .. pastu aku sms Am ..Am pun berminat .

Tapi bila dia suruh bankin dulu 50% ... ( dlm hati aku tak kenal dia ni - tapi dia cakap macam kenal dgn aku ..sebab masa buat sewa kereta kat jeti kuah - yang aku tahu aku bukan buat sewa kereta kat jeti Kuah pun - tak pernah pun aku dok buat kat situ )  .. aku ada idea , aku minta dia sms gambar barang tersebut ke h/p aku . Tapi dia cakap tak boleh sebab barang tu ada dlm store .

Aku cuba hubungi Rinnie ..mula h/p dia  tapi tak jawab .. telefon pejabat dia jawab .. rinnie cakap dia baru jer cakap dgn Zali tu .. Rinnie tu pun tak kenal dia .. tapi Rinnie kata Zali cakap dia dok dekat dgn rumah aku pulak kat Rinii .. ini mcm ada satu penipuan ..aku cakap kat Rinnie jgn order nanti tertipu ..

Pastu aku ada kawan yg pak saudara dia keje kat Kastam di Putrajaya . Dia cakap kat sana sekarang Kastam hanya ada lelong Kereta sahaja .

Pastu lagi di suruh tanya No PK Razali tu . Bila aku sms minta no PK tu .. dia reply dgn marah .. apsal tak percaya ker ? lepas tu terus dia tak contact dah ...

Sah RAZALI 0127611106 adalah seorang penipu .

Nasib baik ada juga contact kastam kat Putrajaya .. kalau tidak terkena ler kami .
Pikir2 balik .. dia ni jumpa contact no aku kat internet pastu dia buat cerita kereta sewa . Jadi para penyewa kereta di Langkawi semua dia hubungi dan cuba menipu ler ..maka beringat-ingat lah kawan semua .