Followers

Sunday, January 14, 2007

Aktiviti Yg Boleh Dilakukan Bersama Bagi Menjana Minda Dan Fizikal Anak 18 bulan hingga 5 tahun

Pada usia 18-2 tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Baca dengan kuat buku yang mengandungi lebih banyak perkataan ,terutama buku puisi .Atau reka cerita dan jadikan anak sebagai teraju utamanya .

Fizikal dan permainan ;
Bermain dan di sertai dengan aksi memang mengasyikkan sikecil ,pilihlah lagu yang sesuai seperti ,’Old McDonald has a farm’ Anda boleh menggayakan bunyi haiwan –haiwan peliharaan yang dinyanyikan .



Seni ;
Aktiviti seperti meletakkan kolaj menggunkan kertas ,plaster,tali,beras,kain dan bahan lain sangat menarik buat mereka .Namun aktiviti ini perlu pengawasan dari orang dewasa.


Pada usia 2-3 ½ tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Cuba permainan huruf dan mengira serta perkenalkan jenaka yang mudah .

Fizikal dan permainan ;
Anak kita kini sudah boleh melakukan aktiviti dan permainan yang berkisar muzik misalnya ‘kerusi berirama’ dan sebagainya .

Aktiviti seni ;
Sekarang masanya untuk memperkenalkan lukisan kepada anak .Gunakan pelbagai jenis bahan lukisan seperti warna air,krayon,pencil warna dan sebagainya .

Lawatan ;
Lawatan ke lokasi menarik perlu di lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali .Misalnya pergi ke zoo,muzium,taman bunya permainan dan lain-lain .

Pada usia 3 ½ - 5 tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Beri tumpuan kepada puisi dan lagu sebagai satu bentuk permainan matematik .Misalnya mengajar anak tentang nombor sambil menyanyi .


Aktiviti seni ;
Membuat topeng mungkin seronok di lakukan sekali sekala .Anak boleh berimaginasi mereka topeng kegemarannya .Kita juga boleh mengalakkan anak membuat beberapa kraftangan lain seperti menbuat ‘puppet’ ,kad kreatif,membuat kerusi menggunakan kotak dan sebagainya .

Lawatan ;
Kita sudah boleh mula membawa anak menonton wayang ,teater,konsert dan sebagainya .Lawatan ke tempat yang lebih kompleks seperti pusat sains juga boleh di lakukan agar anak mendapat ilmu pengetahuan yang lebih luas .-TQ PA&MA