Followers

Wednesday, August 29, 2012

Sekarang Tanjung Rhu Tutup ?


'Sekarang sudah tutup' ? ..


petang semalam lepas balik kerja aku ajak anak isteri aku pi makan kat Tanjung Rhu .. sampai di tengah jalan Tanjung Rhu tu ada pengawal (rasa2 aku NEPAL) tahan ..
abang mau pegi mana ? 

..Saya nak pi makan . ..
ooo sekarang sudah tutup jalan ni ..lepas jam 5.30ptg kita tutup ..
Pasal apa tutup ..saya nak pi makan saja .. sebelum ok jer ..
Sekarang kita tutup ini jalan , sapa pun tak boleh lalu KEDAI semua sudah tutup ..
( aku tengok jam baru pukui 6ptg ) 
Aku pun undur kereta nak balik .. tiba2 ada sorang mamat tu naik motor ada cangkul dalam raga motor dia angkat tangan kat sekuriti tu dan terus melalui pagar tersebut .. aku pun tanya la sekuriti tu .. 
..eh apsal dia boleh masuk ? 
..itu dia orang sini mahu pegi mancing ..
..saya pun orang sini juga .. 
encik tak boleh masuk .. ( ini double std ) 
aku terus masuk juga ( tengok sekuriti tu keluarkan walkie talkie - entah dia cakap apa pun lantak la .. ) 
Sampai kat hujung pantai Tanjung Rhu .. KEDAI MAKAN masih buka lagi dan ada KEDAI  BAJU pun belum tutup lagi .. tanya sama pelayan kat situ tutup pukul berapa ..dia cakap dalam 7.30ptg . Aku pun siap order ABC 2 Mee kuah dan Nasi paprik kat situ ..lepas makan kami balik . 

Rupa nya pihak sekuriti iaitu wakil Tanjung Rhu Resort sudah tipu sama aku pasal kedai sudah tutup . 
Kalau macam ni ..tak boleh cari makan peniaga kat sini bermula jam 5.30ptg . 
( Lepas balik tu - aku cakap kat sekuriti - awak tipu la ,kedai buka lagi mana tutup pun .. dia kata pulak kita sini tutup jam 5.30ptg - putar belit - tadi hang kata kedai dah tutup  . 

Pelancong asing ni pun kena pusing balik

Pastu dalam gambar kat atas tu masa aku nak balik dah ada pelancong asing naik motor tak dapat masuk sebab jalan di tutup  - Ya sekarang Tanjung Rhu dah tutup jalan selepas 5.30ptg - HAK DEPA )

Kalau di perhatikan kat Langkawi ni sekarang kebanyakkan Hotel bertaraf 5 bintang akan ambil tindakan kawasan pantai jadi hak depa dah .. pantai pun dah depa pagar ..boleh pi tengok kat The Danna , Tanjung Rhu Resort pastu sekarang jalan ke datai pun dah di buat asing (melalui hutan)dan jalan ke tepi laut mnungkin jadi hak milik Datai Golf kot ..

itulah Langkawi tanah tumpah darah ku ...