Followers

Tuesday, September 23, 2014

Tony Fernandes GADAI RUMAH untuk Air Asia

Cerita disebalik kejayaan salah seorang taiko bisnes terkenal Malaysia, Tony Fernandez.

Merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd  yang memperkenalkan penerbangan tambang murah pertama Malaysia iaitu Air Asia. 
Fernandes berjaya mengubah AirAsia, daripada  syarikat penerbangan komersial berkaitan kerajaan  yang gagal dan banyak berhutang, menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang murah public listed yang sangat berjaya.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam melobi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 2003, untuk mencadangkan idea perjanjian langit terbuka (open skies agreements) dengan Negara jiran, Thailand , Indonesia, dan Singapura. 
 Hasilnya, negara-negara ini telah memberikan hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat penerbangan murah yang lain.

=============================
Gadai Rumah & Guna Simpanan Peribadi
=============================

Selepas bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir untuk mengambil alih AirAsia daripada DRB Hicom, Fernandes terpaksa menggadaikan rumahnya dan menggunakan simpanan peribadi untuk memperoleh syarikat yang terdiri daripada dua jet yang sudah berusia iaitu Boeing 737-300 (9M- AAA dan 9M- AAB) dan mempunyai hutang sebanyak USD $11 juta ( RM40 juta).

Hasil komitmen tinggi beliau dan seluruh ahli pasukan, Air Asia berjaya mencapai status 'break-even' dan segala hutang dapat dilangsaikan hanya dalam masa setahun pengambilalihan.

============================
Dahulu 6% - Kini 'Everyone Can Fly'
============================

Sebelum beliau membangunkan Air Asia, hanya 6% sahaja rakyat Malaysia pernah merasai menaiki kapal terbang. 
 Beliau telah melakukan tranformasi besar di Malaysia dan kini sedang berusaha untuk mengubah dunia.  Daripada hutang RM 40 juta, kini menjadi syarikat bernilai RM 4 bilion (RM 4000 juta). 

Sehingga Februari 2013, Forbes Asia telah menyenaraikan Tony Fernandes sebagai individu ke 21 terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan $625 juta.
============================
Strategi Bisnes Tony Fernandes
============================

1. Pekerja adalah aset syarikat.

2. Pengurusan kos efektif.

3. Bina hubungan dengan rakyat
Malaysia.

Baca huraian lanjut setiap poin di atas dengan klik pautan di bawah.




* Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama AirAsia merupakan jenama Malaysia