Followers

Wednesday, August 06, 2008

Pergi Ke Taman Ular Langkawi ( Langkawi Snake Sanctuary )

Hari yang di hebohkan di Langkawi mengenai Raja Ular berbisa iaitu Othman dan isterinya akan tinggal bersama lapan jenis ular berbisa di dalam sangkar atau tempat yang di khaskan untuk mereka berdua dan juga ular berbisa tersebut .Tujuan nya tinggal bersama ular ini adalah untuk membuat kajian ke atas ular tersebut .


Ini adalah hari pertama Othman dan isterinya mula tinggal dengan ular-ular berbisa tersebut .Masuk pula pada hari pembukaan ini adalah percuma .Bawa Najibah dan juga Najihah serta Mama tengok sekali .Mula masuk jam 3ptg ada pertunjukkan permainan ular oleh para penjinak ular yang bekerja di situ .


Di Langkawi ini lokasi Taman Ular terletak di kawasan Mata Air ,Ulu Melaka atau lebih di kenali sebagai kawasan Tok Senik .
Seronok juga tengok gelagat Najihah .Najihah pun terkejut juga tengok ular senduk yang di cium oleh penjinak ular tu .


Kepada sesiapa yang nak datang tu ..,ada berbagai jenis ular berbisa di pameran ini .Sila lah datang tiket masuk murah jer RM10 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak

Sunday, August 03, 2008

Maria, Janda Yang Dahaga..
.Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.Maria seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh pemuda-pemuda kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya.
Namun begitu, Maria tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.walaupun hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa! Sepi hatinya tiada siapa yang tahu...Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.. beliau terbangun dari katilnya...badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.....beliau terasa begitu dahaga sekali.
Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur, sampai saja didapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk, beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali ke dalam bilik dan tidur semula.....Sekian... Terima Kasih.
Itulah kisah seorang janda yang dahaga.....
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer............. heheheheheheheheeee
..email yg di hantar kepada saya entah dari mana ...

Dapatkan pakej penginapan di Langkawi - 3hari2mlm ( kereta + bilik = RM260.00 )