Followers

Saturday, December 27, 2008

MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab,
"Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!" Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.

Tuesday, December 23, 2008

Melancong Ke Sabah ( 19-22Disember 2008 )

Hari untuk untuk persiapan pulang ke Langkawi .

Persiapan di Komplek Tabung Haji beramai -ramai untuk berangkat pulang .



Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur mengambil masa 2jam 30minit .


Semasa dah nak balik dan berada di Lapangan terbang Kota Kinabalu baru jumpa orang kampung sendiri iaitu NORBEK .Beliau bekerja dengan Tabung Haji di Kota Kinabalu .Memang dah lama tak jumpa lebih dari 20 tahun .Dan rakan-rakan lain juga kenal dengan beliau kereta pernah belajar sekali di Sekolah Menengah Mahsuri dahulu .

Kami bertolak dari KK ke LCCT jam 2.45ptg

Dan dari LCCT ke Langkawi jam 6.45ptg

Melancong Ke Sabah ( 19 - 22 Disember 2008 )

Sabah Hari Ke 2 ;

Hari kedua adalah hari membeli belah di lokasi-lokasi terkenal dengan ciri-ciri unik negeri Sabah .Bergerak keluar di awal pagi ke Tamu Kota Belud .Pasal yang menjual berbagai –bagai barang-barang pasar – basah dan kering ,serta berbagai alat-alat yang di gunakan oleh masyarakat Sabah di sini .Apa lagi tengok-tengok le pisau atau parang yang banyak di jual di sini .Beli juga satu pisau yang ada ukiran di sarung pisau tersebut - harga pun mesti la murah kat sini .

Kat sini juga ramai rombongan yang membeli Raja Kayu dan juga Kayu Tas yang boleh di gunakan untuk merawat berbagai penyakit bagi penduduk di sini …dan ada juga sesetengah penduduk Malaysia yang mengenali kayu tersebut .

Di sini apa yang paling murah dijumpai ada menjual Madu Lebah dan di perahkan sekali dengan sarang lebah tersebut (dijamin original) pada sebuah botol yang besar ,kalau di tempat saya beharga RM80 .Di sini harga untuk madu lebah asli ini berharga hanya RM10.00 sehaja .


Selepas balik di Kota Belud kami singgah makan tengahari di Kolej E, Universiti Malaysia Sabah dan bersembahyang di Masjid tersebut .Semasa perjalanan dari Kota Belud ke UniMas ini ada juga peminat yang berselera buah Tampoi .Banyaknya makan buah Tampoi .
Selepas itu kami singgah di tempat membeli belah iaitu di Pasar Filipino di Kota Kinabalu ini .Terubuk masin yang di pesan sudah di beli .Ada juga berbagai macam batu untuk gelang tangan ,anting-anting dan sebagainya ..ramai yang cadangkan singgah sama di Kedai Jamilah – sebab boleh dapat murah lagi .
Balik ke Tabung Haji dan berehat serta tidur .

Melancong Ke Negeri Sabah
19 - 22 Desimber 2008
Hari pertama ;
Hari pertama di Sabah adalah aktiviti meninjau keindahan fauna dan flora negeri Sabah .Peluang untuk merakam foto di lokasi yang berlatar – belakangkan pemandangan indah dan hebat .Lokasi di Kaki Gunung Kinabalu dan juga di Air Panas Poring ( Poring Hot Spring ),Sabah .Serta juga melalu ‘Canopy Walkway’ iaitu berjalan di atas jambatan gantung setinggi 100mtr dari tanah melalui celah-celah kanopi hutan tebal .Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Poring mengambil masa lebih kurang 3 jam .

Selepas pulang dari Poring kami singgah di pecan Ranau untuk makan tengahari di sana .Singgah di Kundansang untuk membeli belah dan serta singgah di Kinabalu Park semasa perjalanan pulang ke Kota kinabalu .Cuaca di sana amat sejuk sekali .

Makan malam pula di Pasar Malam Sinturan sekitar Bandar Kota Kinabalu .
Dan lepas itu pulang ke tempat penginalan Komplek Tabung Haji .

Thursday, December 18, 2008

Blog Keluarga Umairah dan juga Nurin Sekeluarga ...

Wah... sekarang ni Umairah dan Nurin dah ada cerita di dalam blog yang disediakan oleh Makteh dan Pakteh Najibah ..

Ok lah boleh link dan tengok info-info terbaru pasal keluarga Makteh dan Pakteh serta cerita Umairah dan juga Nurin ...maaf la ..kami tak tahu tarikh b/day Nurin pada 13 Dec hari tu ...ni baru tengok ... dan baru tahu ..

Besok ( 19 -22 Dec 2008 ) Kami semua nak bertolak ke Kota Kinabalu ,Sabah .Flight jam 12 tgh dari Langkawi ke LCCT dan LCCT ke Kota Kinabalu . Ramai juga group yang nak pergi nanti semua kawan2 pakcik . ..
OK di sini ada sikit gambar kenangan Najibah dan juga Umairah ...
..blog Coretan Kebahagian Keluarga Umairah dan Nurin ... http://ummiumairah.blogspot.com/

Tuesday, December 16, 2008

Semuanya dan banyak lagi telah terjawab dalam ebook "Mentor Jutawan" bersama Irfan Khairi.

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!



Dalami minda jutawan supaya anda juga dapat mengaplikasikan minda yang sama.
Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari ZERO kini menjadi HERO?
Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?
Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda juga boleh amalkan?
Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan?
Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, gagal, gagal, dan gagal lagi?
Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi jutawan?

Monday, December 08, 2008

Perkelahan Cuti Sekolah di Pasir Tengkorak

Pergi berkelah di Pasir Tengkorak jalan Datai ,Langkawi .Oleh kerana sepupu Najibah dan Najihah datang bercuti di Langkawi Shahidan dan juga Faizal di musim cuti persekolahan ini ,maka kitaorang bawa pergi mandi manda di Pantai Pasir Tengkorak .

Lebih kurang jam 12tgh sampai kat pantai tersebut ..ramai dah orang datang ,cari lokasi yang sesuai untuk 'landing'.Ya..bawah pokok tepi pantai tu ..air laut pasang lambat sikit .Tapi takpe kat pantai ni landai ,walaupun mandi ketengah pun masih tak dalam ..tunggu air pasang .Semua mandi ..kecuali mama Najibah -jaga makanan .Monkey sedang menunggu mangsa .
Lebih kurang jam 3ptg kami pun balik pasal beri orang lain pulak mandi ...

Monday, November 24, 2008

Rehat Sebentar - Sambil Berhibur
Siapa Bangang
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "
RAHSIA MENANGKAP IKAN
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV9 : "O, ye ke.... "

Monday, November 17, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar KEMAS Lafarge .

Najibah hadir di Komplek Kraftangan Langkawi di Teluk Yu untuk menerima hadiah untuk akhir tahun anugerah kecemerlangan KEMAS yang di buat di tempat tersebut .Anjuran ini telah di buat bersama Kemas Lafarge Langkawi dan juga Kemas Pasir Hitam .
Anugerah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Adun Air Hangat , YB Mohd Rawi .Beliau juga telah menyampaikan anugerah serta hadiah kepada pelajar - pelajar ini .
Termasuk lah Najibah .

Sunday, November 09, 2008

Jumpa Abang Mat dan Juga Hamdan
Dulu masa belajar di Kok Lanas ,Kelantan .Selepas waktu belajar kami sering makan di gerai makan Abang Mat .Boleh di katakan diluar pintu Politeknik Kota Bharu ni banyak kemudahan kedai makanan yang diniagakan oleh penduduk setempat di Kok Lanas .
Boleh di katakan selepas tengahari kami keluar makan nasi kat situ .Kedai Abang Mat adalah kedai makan yang sering kami kunjungi .Sehingga dah jadi biasa dah .Abang Mat dan Kak tie pun peramah .Sekarang dah lebih dari 15 tahun tak berkunjung ke sana .

Tiba-tiba satu malam Abang Mat telefon kata nak datang Langkawi .Dia cakap dia iring Tok Guru Nik Aziz datang ke Langkawi untuk mengadakan beberapa aktiviti di Langkawi ini .Sempat jumpa Abang Mat kat Airport semasa dah nak balik (tak sempat nak jumpa masa tiba) .Dan masa tu juga sempat bergambar dgn YB Salehuddin Ayub yang saya hormati sebagai ilmuan politik terkenal tanahair .

..Masa dok tunggu Abang Mat shopping kat Ismail Group tu jumpa pula Hamdan (dah ada 3 orang anak) dari Terengganu yang dulu belajar sekali di Politeknik Kota Bharu .Dia sekarang dah jadi cikgu di Sekolah Menengah Menerong Hulu Terengganu ..Dia pun sempat juga kenal dengan Abang Mat .
Memang dah lama tak jumpa ...harap2 akan berjumpa lagi ...Hamdan beritahu yang sahabat lain antaranya Asrul,Sanusi pun juga seorang guru di Terengganu dan Kelantan .
Kepada sahabat yang lain semua semoga berjaya .Terima Kasih

Saturday, November 01, 2008

Najibah Ajar Adik Najihah Berus gigi

Sekali sekala kena ajar anak gosok gigi juga. Kadang-kadang kalau kita suruh sendiri memang anak tak nak gosok .Macam-macam idea nak suruh anak berus gigi .Janji dia boleh gosok sendiri .Kadang-kadang tu kita tolong berus tapi dia lari .kadang-kadang tu bagi berus dia baling .Jadi kita carikan model untuk dia berus gigi dan jadi kan keadaan suasana tersebut ceria .Model ini adalah kakaknya Najibah ...untuk menunjukkan kepada Najihah cara-cara untuk berus gigi sambil berseronok .Nampaknya berjaya ...boleh tengok kat vedio tu ...

Sewa kereta dan juga pakej penginapan di Langkawi ..klik sini

Thursday, October 23, 2008

Birthday Najibah - Buat Kat KEMAS

Najibah sambut hari lahir yang ke 5 di KEMAS Lafarge Cement Langkawi bersama dengan kawan-kawan nya .Siap potong kek lagi .Cikgu pun beri hadiah .

Wednesday, October 08, 2008

Video - Bekas Pelajar SMVK 90/91
Lokasi - KFC jalan Stadium (Bersebelahan Stadium Darulaman)

Ada yang dah jadi model tu ....


Perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar 1990/1991 ( SMVK 90/91 ) - Di KFC Jalan Stadium Darulaman , Alor Setar


Pada hari raya ke 4 (Sabtu) satu perjumpaan bekas pelajar SMVK 90/91 telah di adakan di luar KFC jalan Stadium Darulaman (Bersebelahan Stadium Darulaman dan juga Hotel Seri Malaysia .Perjumpaan yang pertama kali di adakan di Utara Semenanjung Malaysia .

Ramai juga kawan-kawan yang hadir pada masa tu .Bagi saya hari raya tahun ini sangat meriah sekali dengan adanya perjumpaan ini .Ada yang bersalaman dengan kawan-kawan tapi tak ingat nama ,ada yang sudah berubah wajah (bertambah sihat) ,ada yang masih macam dulu juga dan ada yang sudah beristeri/bersuami dan masih ada lagi yang belum kahwin .

Walaupun perjumpaan ini mempunyai masalah sedikit pasal lokasi ,tapi ia sungguh meriah .Sampai tak sempat nak bersembang lama ..bila cakap dgn kawan ni ..kawan tu pula tanya soalan lain ..lepas tu kawan sorang lagi pula tanya soalan lain ..

Antara kawan-kawan yang hadir dari Langkawi ..aku,jas Ek,Ismail KFL .Dan yang lain Zaki Tyson,Shabani Auto,Din Trash,Khairul Sukmi,Nidzam bunga,Azrin Serawak,Idris(Nawab),Amir BB,Norzaileha PPj,Norhairani PPJ,Zaidi PPN,Rosli Bunga BB,Sazmi PPN,Anuar EK,Mahadzir KFL,Sani PPN,Shaharudin ABM,Mohd Zaini EK,Fazdli BB,Ghazali Auto,Khairul K’on ABM,Zawawi Auto , Muhisham EK,Fesol KFL, dan ada lagi bekas pelajar wanita ... Gambar Zaileha dan Halimaton tak ada dalam simpanan saya .Nanti saya akan dapatkannya .

Gambar- gambar semasa perjumpaan tersebut .Ada lagi gambar yang di ambil menggunakan kamera kawan-kawan yang lain ,harap2 diorang dapat hantar gamabr tersebut semoga jadi kenangan kepada kita .Bagi-bagi ler gambar tu yer .Kepada Nawab email ler kat aku sama ,atau hng masukkan dalam flickr ke , facebook ker, fototpage ker supaya senang kita nak copy ...hehehe . Nanti aku akan upload lagi ..

Apa-pun ucapan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin untuk semua kawan-kawan samada yang hadir ataupun yang tak hadir pada hari tersebut .Ada masa lain kali ,kalau tiada masalah kita berjumpa lagi .Rancang betul-betul harap jadi ...jumpa lagi .

Friday, September 26, 2008

Reunion bekas Pelajar Vokasional Kangar ( SMVK Kangar ) 1990 - 1991 .

Kepada x smvk 90/91 ,

Satu jamuan makan sempena perjumpaan pertama di bahagian Utara semenanjung akan di buat di Alor Setar .Bekas pelajar smvk ,Din trash (EN) menjemput sesiapa atau kawan-kawan yang berada di mana sahaja terutama Kedah,Perlis,Penang serta Perak dapat berkumpul di KFC jalan Stadium ,bersebelahan dengan Stadium Darulaman Alor Setar .Di antara jam 3 ptg atau 4 ptg .
Ini adalah kali pertama yang akan di adakan di sini ,dan harap kawan2 lama dapat berjumpa semula .Tidak kira yang sudah berkeluarga ister/suami/anak2 atau masih single atau duda atau janda sila bawa keluarga masing-masing untuk pertemuan kita semula .Tidak kira apa jua kursus yang di ambil ..janji xsmvk 90/91 .Kita berkumpul ramai-ramai . Jangan lupa pada hari raya ke-4 (mungkin hari Sabtu - kalau raya hari Rabu).


Apa pun kalau ada kawan-kawan yang berminat sila hubungi Din Trash (dulu kat sekolah panggil Din Trash - la ni panggil apa tak tau la pulak ) 017-6918238 . Rasa-rasa dia ada kat Alor Setar . Harap kita berjumpa semula ...datang jangan tak datang ok ..saya janji saya akan datang jika tiada apa-apa masalah .Harap2 kawan yang dok kat KL dan Selangor pun dapat datang - Zaki jangan lupa bagitau kawan-kawan .

Monday, September 22, 2008

Bayaran daripada Google - Google Adsense

Bayaran seterusnya daripada google sebanyak USD 102.56 telah pun sampai .Bayaran ini di bayar kepada aku setelah mengikuti perkhidmatan yang disediakan oleh google adsense .Semua orang ,tidak kira di mana sahaja berada samada di Malaysia atau seluruh dunia berpeluang mendapatkan manfaat yang disediakan oleh pihak google jika bersama-sama sling percaya mempercayai .


Sebab itulah google telah menjadi web search yang terkenal di seluruh dunia .Check ini telah pun di terima beberapa hari yang lalu yang di hantar oleh google .Yang pasti menyertai google adsense adalah satu peluang percuma untuk menambah pendapatan sampingan .Nak tahu bagaimana mendapatkan check dari google ini ..

klik bawah sini

Saturday, September 20, 2008

Satu lagi video pada Hari keluarga
Satu lagi video pada hari keluarga bagi acara PULANGKAN TELUR PENYU .
yang di adakan di Pantai Pasir Tengkorak ,Jalan Datai Langkawi .
Aku yang berbaju kuning dan termengah-mengah .

Penattt..oooooo....Lama sangat tak senaman............


Friday, September 19, 2008

Cerita Seorang Anak dan Ayah - sekali sekala layannnnnn..

Tajuk : Surat Untuk Ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.


Moral : Cakap biar teranggg..

Monday, September 15, 2008

Perjumpaan 13Sept 2008 - Bekas Pelajar SMVK 90/91

Ini adalah sebahagian gambar yang di hantar oleh Zaki Tyson selepas perjumpaan atau majlis berbuka puasa yang telah di adakan pada 13 sept 2008 ,bertempat di Pelaga Café Seksyen 13,Shah Alam .Zaki kata ramai juga yang datang ,ada yang bawa isteri dan ada yang bawa suami serta anak-anak .
Mungkin yang hadir tu mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor .Harap-harap nanti ramai lagi yang pergi jika ada penganjuran .Perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar 90/91 ini di adakan dengan selamatnya .Harap – harap peluang sebegini dapat mengeratkan lagi semangat kawan yang telah lama terputus .Moga akan kekal dan anak-anak pun akan mengenali kita .


Antara yang hadir di Restoran Pelaga Café itu seperti Sazmi ppn,Raja Azlan ,Firdaus Ghazali serta isteri ,Hosnita ppj bersama suami ,Zaileha ppn ,azizan ppn,khairul sukmi,Nizam,shah BB,Shukri (mat kot) .

Ini juga adalah sebahagian gambar yang di hantar oleh Zaki Tyson .Sorry gambar tak berapa jelas .Pesanan ..nanti beri gambar yang jelas skit .

Tuesday, September 09, 2008

Selain dari Irfan Khairi ....
Perhatian: Dapatkan ebook panduan SKO ini supaya anda dapat membina kedai online sendiri tanpa perlu membazirkan banyak masa dan wang!
dapatkan disini..
Anda Akan Tahu Lebih Banyak Mengenai Buat Duit Dengan Internet Dari Lebih 90% Orang Lain di Luar Sana!
Bagaimana ebook ini dapat membantu anda:
Membantu sesiapa sahaja membina kedai online sendiri walaupun tiada asas kemahiran teknikal dapatkan di sini...
Memulakan langkah pertama dalam perniagaan Internet dengan betul
Dapat mengkonfigurasi dan menggunakan beberapa fungsi asas dalam Zen Cart, perisian yang digunakan untuk membina kedai online ini
Jika anda komited untuk berjaya dengan kedai online anda sendiri, mempunyai kemahuan yang kuat dan berani mencuba, anda juga boleh berjaya menjana pendapatan dengan kedai online anda sendiri.
dapatkan di sini...
Siapa mereka ini
Sabri Hassan
adalah merupakan pelajar tahun akhir B.Sc (Hons) Information System (specializing in EBusiness) di Universiti Teknologi Petronas.
Beliau juga merupakan salah seorang pengasas syarikat konsultansi Ecommerce, SaifulSham Consultants dan pengarang buku bestseller "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"

Dan juga ikuti seminar mereka di Berjaya Times Square …klik pada banner dibawah

Monday, September 01, 2008


Hari Keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi 2008

Sempena menyambut Hari kemerdekaan pada 31 ogos 2008 .Lafarge Malayan Cemen Langkawi telah mengadakan Hari Keluarga 2008 di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi .Hari Keluarga ini telah di adakan di Pantai Pasir Tengkorak antara pantai yang cantik di Langkawi yang terletak di jalan Datai ..berdekatan juga dengan Air Terjun Temurun yang tertinggi di Pulau Langkawi ini .


Bermula dari jam 8.30pg untuk pendaftaran ahli keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi ,sehingga tamat jam 3.30ptg .Banyak acara yang telah di anjurkan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi suasana di Hari Keluarga tersebut .
Ahli - ahli keluarga ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyertai berbagai acara yang di anjurkan .Kumpulan HIJAU,Kumpulan MERAH dan Kumpulan KUNING .Juara keseluruhan untuk acara yang tersebut adalah dari kumpulan HIJAU .Aktiviti atau acara yang di anjurkan oleh penganjur adalah seperti ;
Pertandingan Mewarna kanak2,Susun Puzzle kanak2,Bina Istana Pasir campuran,Solek Bapak Garang,Chopstick Kacang,Solekan SiBUta,Isi Air Dalam Botol,Lontar Peluru Pantai Dewasa,Tiup Belon,Tikar Terbang,Pulangkan Telur Penyu,Mencari Harta Karun,Golf Tangan,Jolok Sarang Tebuan,Bowling Padang,Bola Beracun,...

Atas : Video acara - Jolok Sarang Tebuan - Abah

Bawah : Video Acara Mewarna kanak-kanak - Najibah


Najibah juga mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu Pertandingan Mewarna,Susun Puzzle dan Mencari Harta Karun .Najibah telah memenangi hadiah mencari Harta Karun dan juga Susun Puzzle.Tahniah Najibah .

Atas: Tiada acara untuk Najihah
Bawah : Acara Mencari Harta Karun - Najibah


Abah juga telah menyertai 2 acara yang di anjurkan iaitu Jolok Sarang Tebuan dan juga Pulangkan Telur Penyu ,Nak tahu kedua-dua acara ini telah dimenangi dan menjadi johan .Kedua-dua hadiah pun dah dapat .