Followers

Monday, November 12, 2012

Tun Mahathir saran anjur sukan air dan udara di Langkawi - Sukan - Sinar Harian

 LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan lebih banyak sukan bertaraf profesional seperti sukan air dan sukan udara dianjur di Pulau Langkawi pada masa akan datang.
Beliau berkata jika terdapat bajet yang mencukupi, acara sukan sebegini boleh diadakan di pulau legenda ini, sekaligus dapat mempromosi Langkawi kepada pelancong asing.
"Sebab itu, saya harap lebih banyak sukan dianjurkan di sini. Saya percaya, dengan bajet yang mencukupi, kita boleh melakukannya," katanya kepada pemberita ketika melawat Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Pusat Pameran Antarabangsa Antarabangsa Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
Tun Mahathir, yang juga Penaung WCA, berkata sukan paintball semakin diterima masyarakat dan secara tidak langsung mampu memberi impak positif dalam pelbagai aspek, terutama sektor pelancongan di negeri ini.
"Paling tidak, kita boleh jemput negara yang berperang, main paintball. Nak tembak, tembaklah puas-puas dalam gelanggang paintball. Saya rasa cara macam ini boleh buat dunia lebih aman. Tak payah perang," katanya berseloroh.
Pada WCA edisi sembilan itu, sebanyak 160 pasukan dari 32 negara mengambil bahagian, bermula 8 Nov lepas dan berakhir hari ini. - Bernama

Tun Mahathir saran anjur sukan air dan udara di Langkawi - Sukan - Sinar Harian