Followers

Saturday, August 21, 2010

Cuti raya dah apply dah ..

Cuti raya dah apply ..

Raya tahun ni adalah hari akhir cuti penggal persekolahan . Jadi nak ambil banyak cuti banyak hari pun susah juga - anak nak sekolah .

Apply awal ..nekad tahun ni kalau bos tak lulus juga aku cuti juga ..sebab tahun lepas tak boleh ambil cuti ,kena keje ..tahun ni kalau tak bagi juga siap ler ..

Baju raya diri sendiri belum beli lagi ..anak isteri dah beli kain utk buat baju kurung - takpe isteri aku yang buat . Lagi 2- 3 hari baru pi beli ...

..anak-anak minta kasut pula ( najibah dan najihah - tak masuk lagi Nabil )...aa sudahhh.



Friday, August 20, 2010

Makan jagung...Nabil

Walaupun baru berumur 6 bulan ..Nabil dah boleh habiskan separuh jagung rebus ..jangan tak percaya pulak ..tengok ler sendiri macam mana Nabil makan sampai habis . Bermula dari hari ru Nabil dah tak makan bubur atau moi dah ...makan jagunggggg saja . Sampai satu Langkawi hari cari jagung ...hahhahahahahhaaaaaaa..





Thursday, August 19, 2010

Banyak Belajar hari ni - copy paste blog..

Hari ni dapat belajar sikit tentang coding2 blog ...

Bagaimana tak nak orang copy blog kita ..dah buat dah dan berjaya .. cuba copy tengok .
Bagaimana nak buat page dalam blog ni pun dah berjaya .. boleh tengok kat bawah sekali blog ni.
dan bagaimana nak letakkan signature kat blog ni hanya dgn sekali paste code saja .

Best dah jumpa blog guru yang sanggup memberi tunjuk ajar ..

terima kasih Ceeramoon ...

Saya sentiasa kunjungi blog tersebut ..



Wednesday, August 18, 2010

Bawa anak-anak ke Taman Burung

Sabtu ni .. cuti ..

Nak bawa anak-anak ke Taman Burung Langkawi .Lagi pun Nabil belum masuk lagi situ .Dan tiket pula murah untuk penduduk atau pekerja-pekerja di Langkawi.
Sempena bulan puasa ni pihak Taman Burung Langkawi ( Langkawi Bird Wildlife Park ) ada memberikan diskaun utk pengunjung ke Taman Burung ni .



Kalau hari biasa ;
Dewasa : RM15.00
Kanak2 : RM7.00

Setelah diskaun ;
Dewasa : RM5.00
Kanak2 : RM3.00

Ini kira peluang ler ..nak bawa anak-anak masuk ... jom pi dalam bulan puasa ni ..sabtu ni

Tuesday, August 17, 2010

Merokok merbahaya kepada Kesihatan

Merokok membawa maut

Janganlah anda merokok di hadapan orang yang tidak suka merokok dan perokok . Pastikan anda tahu bahawa merokok di depan orang yg tidak perokok adalah amat merbahaya kepada diri anda sendiri ..jika nak merokok pun pastikan di tempat yang di sediakan .
Sila tengok iklan pendek ini risiko perokok yg ditanggungnya ..

Sedikit info ;
Merokok adalah tabiat yang tidak sihat, ia menyebabkan gigi, jari dan kuku anda menjadi kuning, dan ia boleh membahayakan kesihatan anda. Dengan sekali hisap, anda menyedut lebih daripada 4000 bahan kimia beracun. Nikotina dalam rokok boleh menyebabkan kanser peparu, kanser mulut dan penyakit kronik yang lain. Malah ahli sains juga menegaskan bahawa orang yang tidak merokok terdedah kepada bahaya yang lebih besar apabila mereka menyedut asap rokok dari perokok lain.

..artikel dari http://www.nutriweb.org.my/nutriteen/bahasa/merokok.shtml

Sunday, August 15, 2010

Setiap Klik Anda di Bayar RM0.10 - tapi ini bukan Google Adsense

Klik-Klik jadi jutawan
Bagaimana Jutawanklik berfungsi:-

Selepas pendaftaran anda akan menerima link anda tersendiri untuk anda klik (contohnya http://jutawanklik.com/nama_anda). Setiap kali klik pada link tersebut anda menerima RM0.10sen. Mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda juga menerima bonus RM10.00 bagi setiap penyertaan baru melalui link anda. Keuntungan anda adalah berganda sekelip mata setiap saat! Anda boleh klik sendiri, minta kawan klik, mengiklan, menghantar email dan sebagainya yang penting setiap klik anda menerima RM0.10 sen sudah menjadi milik anda dan anda boleh mula menjana pendapatan lumayan seberapa banyak yang anda mahu pada bila-bila masa bermula dari sekarang tanpa sebarang kesukaran dan keraguan.

Kaedah mendapat klik secara automatik:-

Kaedah menjana pendapatan automatik adalah menjadi idaman setiap orang. Duduk berehat secara santai dan wang akan bertambah secara automatik. Anda amat bertuah pada hari ini kerana kami akan bongkarkan rahsia kejayaan Jutawanklik dan bagaimana anda juga boleh mengecapinya dengan mudah. Semua orang boleh melakukannya termasuk anda! Kaedah pendapatan automatik yang kami maksudkan adalah dengan hanya mengiklan (ruangan iklan dan panduan disediakan). Setiap kali iklan link anda diklik yang anda terima akan menjana RM0.10sen secara automatik dan anda juga menerima bonus RM10.00 bagi setiap penyertaan jutawanklik melalui link anda. Amat mudah dan berbaloi dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Apa yang perlu dilakukan setelah mendaftar?

Setelah mendaftar anda menerima link jutawanklik anda (contohnya http://jutawanklik.com/nama_anda). Terus iklankan link anda ini diruangan yang kami sediakan untuk anda. Link anda ini akan diklik setiap saat oleh puluhan-ratusan-ribuan-jutaan manusia sesaat. Setiap klik anda menerima RM0.10sen tunai dan setiap keahlian baru jutawanklik melalui link anda,anda menerima bonus RM10.00 bagi setiap seorang. Ianya mudah, telus dan yang paling menyeronokkan semuanya adalah berjalan secara automatik 100% wang akan mengalir ke akaun anda tanpa henti secara automatik setiap saat amat lumayan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya termasuk anda.

Marilah cuba ...tak rugi la ..