Followers

Wednesday, June 18, 2008


Mengunjungi Underwater World Langkawi

Menjadi penduduk atau kepada semua pekerja yang bekerja di Langkawi amat bertuah kerana promosi dari Underwaterworld Langkawi – Kerana di beri diskaun untuk mengunjungi dan melihat berbagai ikan air tawar dan kehidupan laut pada harga RM10.00 utk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak .


Pada harga biasa untuk mengunjungi Underwater world Langkawi ini pada harga RM28.00 dewasa .Pemberian diskaun untuk penduduk dan pekerja di Langkawi adalah sempena pembukaan semula kawasan tangki /terowong ikan yang telah di racun dahulu .
Najibah sebelum ini telah pun datang mengunjungi Underwater World Langkawi .Tapi bagi Najihah ini adalah yang pertama beliau tengok ikan kat sini .Ingatkan takut ..bersemangat sekali ..seronok tengok aksi – aksi Najihah dan Najibah semasa tengok ikan kat situ .Seronok….!! .Antara yang menarik di tempat tersebut adalah Penguin dan juga aksi Anjing Laut kat situ .Siap bergambar …bukan setakat Najihah dan Najibah jer yang seronok ..termasuk MAMA dia sekali ..amboi lebih-lebih pula !
Ok utk tiket diskaun ini kami hanya membayar hanya RM20.00 sahaja utk 4 orang kami .2 dewasa dan 2 kanak-kanak di bawah 5 tahun .


Sesiapa yang belum datang lagi terutama penduduk Langkawi ,tawaran ini sehingga 30/jun/008 .
Tak tengok rugi .Peluang dah diberi .Buka senang nak dapat diskaun macam ni .
Apapun koleksi gambar disimpan di http://www.flickr.com/photos/roslan
Dan koleksi untuk video di simpan di http://www.youtube.com/roslankasim
Boleh ler link tengok kat situ .

Sunday, June 15, 2008

Majlis Pra Pelancaran SeeMore .

Pada 8jun2008 di adakan majlis pra pelancaran seemore ,iaitu satu perkhidmatan pengiklanan di internet .Seemore adalah satu tapak utk para peniaga mengiklankan perniagaan mereka di serata dunia .Majlis sehari sebelum itu telahpun mengadakan penerangan teknikal mengenai pakej-pakej yang telah di beri .
Pakej -pakej tersebut adalah SMSWORK , BOSSMAILER ,PAYMENT GATEWAY dan IGOMOBILE .


Pada majlis hari pra pelancaran seemore ini ,penyanyi terkenal tanahair ADIBAH NOOR telah dijemput sebagai pengacara majlis .Dan pra pelancaran seemore ini telah di rasmikan oleh Yg Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad .

Pra pelancaran seemore ini telah di adakan di Hotel Istana Kuala Lumpur .Ramai juga perserta yang hadir pada masa itu selain daripada semenanjung termasuk dari Sabah ,Brunei,Indonesia dan juga Singapura .

Bersama En Sidek



Penerangan teknikal mengenai produk-produk seemore ini telah berikan oleh encik Sidek .Beliau menerangkan satu persatu-satu mengenai cara menggunakan pakej ini kepada semua yang hadir .Banyak juga soalan yang di tanya .Ada yang faham dan ada yang kurang faham .

Semoga sesiapa yang hadir pada pra pelancaran ini dapat menjayakan pakej tersebut dengan mudah .Semoga apa yang di harapkan oleh pihak seemore untuk menjadikan ahlinya berjaya di masa depan akan termakbul .