Followers

Thursday, March 01, 2012

Kenapa Belajar PHP & MySQL?

Pengaturcaraan PHP & MySQL merupakan perisian sistem yang banyak digunakan dalam pembangunan sistem masa kini. Contohnya ialah seperti laman web popular seperti facebook.com juga dibangunkan menggunakan PHP & MySQL. Objektif kelas ini ialah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membangunkan laman web menggunakan pengaturcaraan PHP dan juga memanipulasi data di pangkalan data menggunakan MySQL.Oleh kerana kelas ini mensasarkankepada mereka yang ingin menggunakan
pengaturcaraan PHP dalam membangunkan laman web interaktif, maka sebaiknya peserta mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam pengaturcaraan HTML.
Atau juga sekurang-kurangnya pernah menggunakan pengaturacaraan moden yang lain yang melibatkan pemanipulasian data dalam pangkalan data. Atau juga sekurang-kurangnya pernah membangunkan laman web menggunakan perisian lain seperti Front Page, Dreamweaver dan lain-lain. Namun bagi mereka yang tidak pernah didedahkan dengan pengaturcaraan, mereka masih boleh memahami kelas ini tetapi mungkin mengambil sedikit masa untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Kelas PHP ini adalah kelas yang sesuai untuk anda kerana ianya adalah 100% kelas praktikal. Semua contoh dan pengaturcaraan dan penerangan dilakukan dengan huraian mudah difahami bagi memudahkan anda mempraktikkan langkah-langkah yang akan ditunjukkan.
Jika anda berminat untuk menghadirinya,
silalah lihat tarikh terbaru di bawah ini:



Sekian. Terima kasih.
Yang benar
(RoslanKasim)