Followers

Saturday, December 08, 2007

Hari ke 2 di LIMA 2007 Langkawi

Hari ni adalah hari yang ke 2 pergi tengok LIMA 2007 .Fokus utama nak pi tengok pameran maritim di Awana Porto Malai .Nak tengok kapal selam India ,dan juga beberapa lagi pameran yang di tunjukkan .Sampaidi jalan pantai Cenang da berlaku kesesakkan jalan raya .Bermula dari AB Motel samapai ke simpang berdekatan Aseania Hotel ambil masa 30 minit (lama tu ..kalau waktu biasa 3 minit jer ) . Bila sampai disimpang hendak ke Awana Porto Malai ,polis trafik bagitau tak payah pergi tengok ...pasai apa pulak dahhh... dia kata jalan nak pi ke sana dah penuhhh...sesak ...dia suruh balik ...balik ler .. dah tak boleh tengok ..
Apa lagi patah balik pergi ke Dewan Mahsuri semula tengok pameran kapal terbang .Masuk pulak bayar RM40.00 utk sekeluarga . Masa masuk tu jam 2.00 ptg .Beratur panjang nak bergambar dengan Angkasawan Negara (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) .Pehhh..beratur selama 30 minit pasal nak ambil gambar saja . Masa dok beratur tu ...kat luar sana Red Arrows sedang buat persembahan ..(tapi takpa ..semalam dah tengok) ..wow panjangnyer buat barisan .Ingat sessi bergambar dgn Dr. Sheikh Muszaphar ni ler yang paling ramai pengunjung .Tak rugi ler bergambar dgn beliau .

Friday, December 07, 2007

LIMA 2007
( Langkawi International Maritime And Aerospace )


Pada tarikh tarikh 7 Dec 2007 adalah hari pertama pembukaan pameran LIMA 2007 untuk orang awam .Semua penduduk langkawi atau pelancong yang ingin melihat dgn lebih dekat di dalam dewan Mahsuri perlu membayar RM20.00/seorang .Tak rugi kalau masuk tengok .Dalam dewan luas .Lepas masuk dewan keluar pulak tengok pertunjukkan udara oleh Red Arrow dari Britain ,TUDM, Sukhoi 30 MKM dan helikopter .Bukan setakat Najibah sajer yang tengok ...Najihah pun ikut sekali ....Sebelum tu ..masa dalam dewan Mahsuri orang begitu ramai nak ambil gambar bersama dgn angkasawan negara ..Syed Muzaffar ,ramainyerr beratur .Masa tu ler Red Arrow buat pertunjukkan .Pi tengok Red Arrow dulu ler .Ada juga gambar Syed Muzaffar.




Besok pulak nak pi kat Awana Porto Malai tengok pameran maritim pula ,yang ni free ..tiada bayaran .Besok mesti pergi .Bukan senang nak tengok pameran 2 tahun sekali ni .
Ada lagi rakaman LIMA 2007 ..sila link

Sunday, November 18, 2007

Keluarga Maklong/Paklong Najibah Datang Langkawi

Cuti sekolah telah pun bermula .Keluarga Maklong/paklong Najibah telah pun datang ke Langkawi .Tidur kat rumah Najibah . Antara yg turut datang sekali Farah , Najib , Farhan dan juga kakak Nurul Amalina .
Datang pada hari Jumaat tengahari .Pada Waktu petang semuanya pergi mandi kat Pantai Pasir Tengkorak di jalan Datai .Mandi puas-puas sampai air surut . Ramai juga ada orang yang mandi kat situ .Mandi kalau tak bawa pelampong rugi jadi , siap sewa pelampung kat situ .Habis mandi terus balik rumah .
Besok pula (sabtu) pegi naik Cable Car .Maklong dan Najib kata lain kali tak mau nak naik dah ...takut ..gayat ...Cuaca kat sana ok .Ramai orang dah sampai dan ada kat situ .Lebih kurang 2 jam ada kat atas tu ,siap bergambar dan sebagainya . Turun saja ,tengok ramai orang beratur panjang nak naik Cable Car .Nasib baik datang awal ,kalau tidak kena beratur panjang .

Lepas turun tu pegi beri makan arnab dan juga rusa yang ada berdekatan dgn Cable Car. Gajah pun ada Kalau nak naik 5 minit RM40.00 (2dewasa 1kanak-kanak) .
Lepas tu Maklong/Paklong Najibah ajak makan kat Restoran Nasi Ayam Pakya kat Kuah dan berangkat pulang ke Alor Setar jam 2.30ptg .

Lagi gambar kat Cable Car ...klik di sini..



Monday, November 12, 2007

Antara Cara Ajar Anak Berbudi Bahasa

1.
Walau apa keadaan sekalipun ..cakap elok-elok dgn anak-anak supaya nanti tingkah laku kita ini akan di lakukannya kepada orang lain .
2.Sering kali praktikkan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ apabila ingin meminta bantuan dan juga selepas menerima sesuatu .

3.Latihkan supay minta kebenaran apabila ingin mengambil sesuatu .

4.Berikan pujian jika anak kita apabila beliau dapat melakukan sesuatu yang betul dan berjaya ,elakkan drp mengkritik .
5.Beri juga kata pujian jika anak kita sedia berkongsi mainan dgn kawan yg lain .
6.Berikan komen - komen kearah positif .
7.Menghulurkan salam atau berjabat tangan apabila bertemu dgn orang yg legih tua .

Sunday, November 04, 2007

Tip-tip Ceriakan Hidup Anak

1.Tetapkan waktu bermain setiap hari .
2.Beri hadiah istimewa .
3.Ajak rakan sebaya datang ke rumah.
4.Bawa pergi jalan-jalan tempat yang disukainya.
5.Sesekali memilih barang yang baru yang di sukainya .

*Info * : Memberi pujian kepada anak-anak membuatkan di berasa yakin kepada dirinya,dan keyakinan itu membuatkan dia berani utk mencuba sesuatu yang baru semasa dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan sebagainya .*


Monday, October 22, 2007

Hari Raya Aidil Fitri

Selamat hari raya maaf zahir batin .Kini Najibah bertemu dengan semua keluarga yang pulang ke Kampung samada Kg Selat Lubuk Chempedak dan juga Kg Alur Ganu .Di Kampung Alur Ganu ,Najibah berjumpa dengan Umairah ,Umi ,Kak Cik ,Kak Nurul, BangCik(Abdul Rahim),dan ramai lagi .

TAMBAH PENDAPATAN DGN MENULIS EBOOK ,NAK TAHU RAHSIANYA . . . CLICK KAT SINI !!

Sunday, September 30, 2007

10 ayat utk menilai diri – kepada anak-anak

5 ayat yg baik utk di ucapkan kepada anak

1.”Buatlah pilihan sekarang” – menyuruh anak melakukan sesuatu .
2.”Mama sayang kakak ,tapi cara kakak buat ni tak betul ,cuba buat macam ni “
3.”Boleh tak kakak tolong mama selesaikan masalah ni?”
4.”Kakak nak cakap apa ni …cakap la nanti boleh mama Bantu”
5.”Kakak kena paham ..tak semua orang paham”

5 ayat tidak boleh kita ucap pada anak

1.”Cuba jangan menangis ,kakak dah besar”
2.”Kenapa kamu ni lembab sangat”
3.”Cuba tengok adik tak buat sepah pun bila makan”
4.”Jangan lari nanti jatuh!”
5.”Kamu mesti belajar pandai-pandai,kita orang susah”

Sunday, September 23, 2007

Jambatan Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba


Pembinaan jambatan di antara Pulau Dayang Bunting ke Pulau Tuba telah pun bermula .Pada gambar di bawah terdapat tiang-tiang yang telah di tanam di antara kedua pulau ini .Tiang-tiang untuk jambatan ini boleh dikatakan telahpun siap di pacak ke dalam laut .

Dengan kemudahan jambatan ini nanti maka mudahlah pelajar sekolah menengah Langkawi ,pulau Tuba untuk datang belajar .Begitu juga dengan penduduk setempat jika ingin mengunjungi rumah saudara-mara serta kenduri dan sebagainya .








Monday, September 17, 2007

Perkembangan Bayi Kita

Bayi adalah seorang individu yang unik dan mempunyai keperibadian tersendiri yg akan berkembang dalam bulan berikutnya .Menyaksikan perwatakannya setiap hari bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kita menyedari keperluannya dan membolehkan kita menyuburkan peribadi positif dalam diri .

Perwatakan ;
1.Anak yang tenang yang tidak meragam mungkin kelihatan mudah dijaga ,namun perhatian dan ransangan masih di perlukan .
2.Anak kita yang pemalu dan berat mulut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi orang baru .
3.Anak yang terganggu dan mendesak memerlukan ibubapa yang tenang dan konsisten serta penuh kesabaran untuk menguruskannya .



Saturday, September 15, 2007

Sekolah dah mula/ Hujan di Langkawi
Hari ni Najibah akan pergi ke sekolah setelah 4 hari bercuti menyambut bulan Ramadan .Bulan puasa ni Najibah akan cuba berpuasa walaupun hanya separuh hari .
Nampaknya beliau berminat untuk puasa apabila di tanya .Tapi bila bangun tidur dah mula minta susu ...kata nak puasa . Takpe Najibah akan cuba berpuasa .









Dari permulaan bulan puasa ..cuaca di Langkawi ini mendung dan selalu hujan .Keadaan di Langkawi sekarang hujan bersama angin .Kadang-kadang angin juga kuat .Berhati -hati kepada sesiapa yang ingin datang melancong ke Langkawi pada waktu ini .


Friday, August 31, 2007



Sahabat Lama Datang Melancong Di Langkawi


Sahabat lama saya semasa datang melancong ke Pulau Langkawi .Gambar ini di ambil semasa lawatan di Makam Mahsuri .Lebih kurang 12 tahun tak berjumpa .Semasa cuti sekolah pada bulan OGOS 2007 .Lan dan keluarganya datang melancong selama 3hari 2 mlm di sini .Harap jumpa lagi .(Dulu sama-sama belajar di Politeknik Kota Bharu dalam tahun 1992-1993 dalam jurusan yang sama) .


Gambar terbaru Najihah semasa sedang menunggu di KFC Telaga Harbour Park Langkawi .




Gambar Najibah semasa berada di rumah .Sedang bersiap nak balik kampung .



Friday, August 17, 2007

Wawancara/Temuramah
Menemuramah Najibah selepas pulang dari mengadakan lawatan ke UnderWaterWorld
Langkawi bersama-sama dgn PASTI NURUL SYIFA .
Selepas pulang Najibah menceritakan apa yang di lihatnya di underwaterworld Langkawi.
Beliau ingin membawa abah , mama ,adik ,umairah ,umi Kalsom ,tok dan tokwan .Saksikanlah video ini ...dengarkanlah ceritanya .

Jumpa lagi .

Tuesday, August 14, 2007

Lawatan Ke UnderWaterWorld Langkawi

Besok pada 16 ogos 2007 (Khamis)

Nurul Najibah bersama sama dgn kawan dari PASTI NURUL SYIFA akan mengikuti
lawatan ke UnderWaterWorld Langkawi .
Bayararan yang di kenakan sebanyak RM15 seorang .
Masa lawatan jam 9.00pagi hingga 12tengahari.

Semoga Najibah dan kawan-kawan seronok apabila berada
di sana melihat ikan-ikan dan Najibah kata nak tengok PINGU (penguin).
Syamil dan juga Man serta kakak Alia juga akan pergi .
Cikgu Ariyan dari Pasti Nurul Syifa akan membawa mereka .
Semoga berjaya .

Saturday, July 14, 2007

Happy family
Najibah sedang memeluk adik (Najihah).
Video ini juga terdapat dalam Youtube .
Ada lagi video lain di dalam .. Http://www.youtube.com/roslankasim
Di bawah ini gambar Najibah sedang memeluk adik .
I
I
I
I

Sunday, May 20, 2007


Lokasi atau kedudukan rumah Datuk Najibah

Gambar-gambar di ambil menggunakan Google Earth
Tengok ler kot-kot dah mai dah .Lokasi ini terletak di Kg Selat Lubuk
Chempedak , kawasan Pulau Tuba ,Langkawi .Tengok betul-betul .



Kadang -kadang kami balik di Rumah Datuk Najibah 2 minggu sekali . Acu Najibah sekolah kat gambar , sekolah kebangsaan Langkawi , Pulau Tuba .



Wednesday, May 02, 2007

Nurul Najihah

Tanggal 07.04.07 adik kepada Nurul Najibah selamat di lahirkan di Hospital Bukit Tekuh ,Langkawi jam 5.00 pagi .




Masa menunggu kelahiran Nurul Najihah , Abah dan Kakak(Nurul Najibah) tidur dalam kereta di Hospital Langkawi .




Kedua-dua ibu dan anak selamat .....alhamdullillah .
Anak pun dah dua orang ,satu lagi rezeki Allah berikan .

Sunday, April 08, 2007

Jambatan Antara Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting

Hari ini Menteri Besar Kedah akan merasmikan acara
pecah tanah untuk membina Jambatan di antara Pulau
Tuba dan Pulau Dayang Bunting .

Jambatan tersebut akan di bina di Kampung Selat Lubuk
Chempedak (Kawasan Pulau Tuba ) dan merentasi laut ke
Kampung Selat Bagan Nyior (Kawasan Pulau Dayang Bunting) .

Dengan ini ia dapat memudahkan pelajar untuk ke Sekolah Menengah
Langkawi ,Pulau Tuba yang terletak di Kampung Selat Lubuk Chempedak .
Tahniah kepada penduduk Pulau Tuba dan Juga penduduk Pulau Dayang Bunting .

Friday, March 09, 2007

Gambar - Gambar Keluarga




(Mohd FakrulRadzii)

(Mohd Najib)


(Azizi)

(NurulNajibah)


Sunday, January 14, 2007

Aktiviti Yg Boleh Dilakukan Bersama Bagi Menjana Minda Dan Fizikal Anak 18 bulan hingga 5 tahun

Pada usia 18-2 tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Baca dengan kuat buku yang mengandungi lebih banyak perkataan ,terutama buku puisi .Atau reka cerita dan jadikan anak sebagai teraju utamanya .

Fizikal dan permainan ;
Bermain dan di sertai dengan aksi memang mengasyikkan sikecil ,pilihlah lagu yang sesuai seperti ,’Old McDonald has a farm’ Anda boleh menggayakan bunyi haiwan –haiwan peliharaan yang dinyanyikan .



Seni ;
Aktiviti seperti meletakkan kolaj menggunkan kertas ,plaster,tali,beras,kain dan bahan lain sangat menarik buat mereka .Namun aktiviti ini perlu pengawasan dari orang dewasa.


Pada usia 2-3 ½ tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Cuba permainan huruf dan mengira serta perkenalkan jenaka yang mudah .

Fizikal dan permainan ;
Anak kita kini sudah boleh melakukan aktiviti dan permainan yang berkisar muzik misalnya ‘kerusi berirama’ dan sebagainya .

Aktiviti seni ;
Sekarang masanya untuk memperkenalkan lukisan kepada anak .Gunakan pelbagai jenis bahan lukisan seperti warna air,krayon,pencil warna dan sebagainya .

Lawatan ;
Lawatan ke lokasi menarik perlu di lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali .Misalnya pergi ke zoo,muzium,taman bunya permainan dan lain-lain .

Pada usia 3 ½ - 5 tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Beri tumpuan kepada puisi dan lagu sebagai satu bentuk permainan matematik .Misalnya mengajar anak tentang nombor sambil menyanyi .


Aktiviti seni ;
Membuat topeng mungkin seronok di lakukan sekali sekala .Anak boleh berimaginasi mereka topeng kegemarannya .Kita juga boleh mengalakkan anak membuat beberapa kraftangan lain seperti menbuat ‘puppet’ ,kad kreatif,membuat kerusi menggunakan kotak dan sebagainya .

Lawatan ;
Kita sudah boleh mula membawa anak menonton wayang ,teater,konsert dan sebagainya .Lawatan ke tempat yang lebih kompleks seperti pusat sains juga boleh di lakukan agar anak mendapat ilmu pengetahuan yang lebih luas .-TQ PA&MA