Followers

Saturday, April 30, 2011

Berehat sebentar di Pantai Teluk Yu Langkawi

Hari Jumaat .. kat Ayer Hangat ada pasar malam .
Jadi lepas balik dari pasar malam sebelum sampai rumah kami singgah kat Pantai Teluk Yu .
Awal lagi - ajak anak2 berehat sekejap .

Kat pantai Teluk Yu ni ada ada sebuah restoran SYAM CORNER  ( kepunyaan DJ SYAM Radio Malaysia Langkawi ) kalau malam ramai juga la yang singgah makan minum kat sini - dengan tiupan angin laut , pehhh ..mententeram kan ...sejukkk  jer ..

Sempat lagi bergambar di pantai Teluk Yu Langkawi





Wednesday, April 27, 2011

Gambar Kenangan di Sekolah Menengah Mahsuri Langkawi 1987-1989

Aku masukkan sedikit gambar kenangan ku semasa belajar di Sekolah menengah Mahsuri Langkawi pada tahun 1987 - 1989 .
Gambar - gambar ni bersama kawan kawan yang pernah belajar dan tinggal di asmara . Bersukan bersama . Antara kawan kawan yang masih lagi di hubungi dan juga kawan2 yang tak dapat di kesan ..








Monday, April 25, 2011

Cikgu Syida dah terkenal dari Parit Perak

Sesiapa yang belum lagi kenal dgn Cikgu Syida ..ni aku perkenalkan . Beliausekarang ni bukan saja dah top kat youtube ..kat TV pun dah masuk TV9 ler rancangan SITI kat astro . Dah meletup dah . Cuma cikgu ni belum kahwin lagi .... tunggu...

Lagu  KALAU BERPACARAN dari Cikgu Syida lebih dari sejuta dah orang tgk


Lagu .. The rest of My Life .. Maher Zain di nyanyikan oleh Cikgu Syida

Baby - JUSTIN BIEBER - di nyanyikan Cikgu Syida

Lagu Uji Rashid dan Hail Amir dari Cikgu Syida


Lagu 1Malaysia dari Cikgu Syida .

Sebenarnya banyak lagi lagu lagu Cikgu Syida ni kat Youtube . Cikgu memang kreatif la . Satu hiburan untuk semua ..bravo utk cikgu . Semoga anak anak murid cikgu kreatif juga dan berjaya dalam hidup .


--------------------------------------------------------------------
Ini sedikit info aku cedok dari Metro Online

Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya.
Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.
Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.
“Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.

“Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu,” kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.
Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.
“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.
------------------------------------------------------------------------------------
Memperkenal : Inilah Cikgu Syida yang sebenarnya dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang ,Bota Kiri


Semoga Cikgu Syida sukses selalu dan semoga anak2 muridnya sentiasa gembira dan ceria dan semangat utk belajar dgn car cikgu - teruskan dgn hobi yang lawak ni  ..hehehe



Sunday, April 24, 2011

Laluan feri ke Langkawi dari Kuala Perlis akan diubah

ALOR SETAR - Kerajaan akan mengubah laluan feri ke Langkawi dan Satun melaui Kuala Perlis bagi memberi laluan kepada aktiviti nelayan yang mencari rezeki di kawasan itu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum.
Beliau berkata, terdapat rungutan daripada nelayan di kawasan itu terutamanya nelayan-nelayan kecil kelas A yang menggunakan Selat Penarak sebagai kawasan tangkapan ikan.

"Kita tidak mahu menjejaskan aktiviti nelayan disebabkan feri berulang alik menggunakan laluan itu. Kawasan itu sangat sesuai dengan aktiviti pertanian seperti tangkapan ikan dan ternakan ikan dalam sangkar kerana ia tidak mempunyai ombak yang kuat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di sini hari ini.
Beliau berkata, feri-feri ke Langkawi telah melalui laluan itu kira-kira 40 tahun lalu tetapi ketika itu laluan trafik di selat berkenaan tidak sibuk seperti sekarang dan menyebabkan gangguan kepada aktiviti perikanan.

"Jadi kita tubuhkan satu jawatankuasa dan kita akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara ini. Kita akan berjumpa dan berbincang dengan pihak Jabatan Laut, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Persatuan Nelayan, wakil rakyat dan pengusaha feri," katanya.

Mohd Johari berkata, tindakan segera perlu diambil bagi menjaga kepentingan semua pihak.
"Ia tidak melibatkan laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi. Laluan itu tidak mempunyai masalah kerana tidak melibatkan Selat Penarak," katanya.
Beliau berkata, walaupun laluan baru itu terdedah dengan keadaan ombak yang tidak sekata, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana laluan itu hampir sama dengan laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi.

"Sekarang ini jarak laluan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 37 kilometer (km) dan jika apa yang dirancang itu berjaya, jarak laluan itu akan bertambah sebanyak 7km menjadikan jarak baru 44km," katanya.
Pada majlis itu, bekas Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Hadzir Md Zain telah menyerahkan tugas beliau kepada Datuk Azmi Lateh yang merupakan bekas Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Info drp : Sinar Online