Followers

Friday, April 04, 2014

MH370


Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, dan usaha pencarian membabitkan pelbagai negara diteruskan di situ.
Pembabitan 26 negara itu membentuk operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan, yang menyaksikan kerahan ratusan aset termasuk kapal selam bagi membantu Malaysia mencari pesawat itu.
Sehingga ke hari ini ( 05April2014 ) masih belum di jumpai ..

Marilah kita bersama sama berdoa  supaya MH370 ini di temui ... amin .

Gambar gambar mengenai MH370 ..