Followers

Friday, November 20, 2009


Hari penerimaan sijil tamat belajar di Tadika Cahaya Intelek Langkawi - Graduations and Concerts 2009 ..

Antara aktiviti yang di jalankan di semasa anugerah tersebut yang di adakan di komplek Dewan Serbaguna Komplek Sukan Langkawi oleh pelajar -pelajar serta tenaga pengajar ..
tarian ranggeela ..
bercerita ..
Dikir barat ...
Dangdut ...
Town mouse and Country mouse ..
dan banyak lagi yang tak ingat ...
Najibah bersama tenaga pengajar (teacher Ida/teacher Su/teacher Rekha/Ummi)

teima sijil bersama mama dan Adik Najihah oleh Dato Mansor

Najibah telah pun tamat belajar di tadika ini .Telah menerima sijil tamat belajar yang di terima bersama mama dan adik - Najihah di atas pentas .Sijil di berikan oleh Dato Mansor ...
Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari tersebut - Khamis ( 19/11/2009 ) .


Najibah juga terlibat dengan beberapa acara yang di adakan seperti ..tarian Ranggeela dan juga cerita mengenai 2 ekor katak ( 2 mice ) ...

Sedang tunggu giliran utk penerimaan sijil / Bercerita mengenai Town Mouse and Country Mouse
Najibah menari tarian Ranggeela / Naik terima sijil bersama mama dan adik

Tarian Ranggeela oleh tenaga pengajar

Itulah hari terakhir Najibah bersama dengan kawan2 ..guru2 dan juga trlibat dengan tadika cahaya intelek ..tahun depan dah darjah satu dah ..



Tuesday, November 17, 2009

Kepada sesiapa yg menghadapi masalah Kencing Manis ..Penyakit Kulit..Kanser..dan sebagainya ..

Individu yang mengidap type 2 diabetes mellitus menghadapi masalah mengawal paras gula dalam darah mereka sebab sel badan tidak menyerap gula dari saluran darah sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya paras gula tinggi dalam darah, air kencing, dan paras insulin tinggi dalam darah.

Jika tidak dirawat dengan baik, type 2 diabetes boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, peredaran darah, kebas kaki, infeksi bahaya dan disfungsi erektil. Keadaan penyakit ini juga akan membawa kepada sakit jantung, yang meragut nyawa 80% pesakit diabetes. Berita baiknya pula ialah dengan perubahan cara pemakan boleh membantu mengawal paras gula darah dan menghalang kerosakan disebabkan oleh type 2 diabetes.