Followers

Wednesday, March 30, 2011

Bamboo Beach Restaurant Penarak Langkawi

Singgah makan di Bamboo Beach Restaurant .

Kami singgah makan kat kat sini . Lokasi restoran ni kat Penarak . Sebenarnya dah 3 4 kali juga kami pernah makan kat sini . Tuan punya restoran ni melayu . Tepi laut . Kalau bawa anak kecil yang dah boleh jalan tu teruk la skit .. kena dok jaga takut dia terjun laut ..hehehe ..

Hari ni menarik juga kami order .. selalunya mai makan Nasi goreng Seafood saja . Cuba rasa nasi goreng seafood kat sini ..sedap ..selalu kalau mai sini aku order yang tu jer ,sebab yang lain tak cuba lagi .



Yang ni Najibah order Ketam Goreng berlada Hitam  ..haha ..sebelum ni maklong Najibah order , jadi bila mai pulak dia nak makan lagi ..sekoq cukup ler tu kat dia .

Ikan siakap 3 rasa ,dan juga Siput sudu ( kat tempat aku panggil siput sudu ) goreng kunyit .

Tunggu apa lagi makan jer la .. telur dadar perlu ada dalam menu dan sayur campur .Lupa nak masukkan gambar kat sini ..Tomyam seafood .



Sesiapa yang belum cuba lagi masakan masakan di restoran Bamboo ni boleh mai tengok . Makan bersantai . Air laut tenang . Ada masa tempat duduk penuh . Tengok tengok la waktu kalau nak datang .Takut nanti nak kena tunggu .

Bamboo Beach RestaurantFandi
HP: 012 405 5480
Lot 85, Kampung Penarak
Kuah
07000 Langkawi
Opening Hours:
11.30am - 11pm Daily



Tuesday, March 29, 2011

Pergi KL mcm pi Indonesia ..Bengkel Shopping Chart

Baru-baru ni aku ada pi KL .
Tujuan utama pi KL nak belajar skit dgn En Zaki tentang pembinaan website yang di beri nama Bengkel Shopping Cart kat Puchong . Bengkel ini hanya sehari sahaja - dari pagi  ( 8.30pg )sampai ke petang ( 6.30ptg ) siap ada minum makan minum lagi .. makan memang sedap . Semua peralatan di sediakan oleh encik Zaki .
Encik Zaki juga ada menyediakan kursus melibatkan website seperti Bengkel Bina Website dan juga Bengkel Jomla .




Sebut pasal pi KL macam pi Indon ni ... mcm ni ... selepas turun di LCCT aku naik bas ke KL Sentral . Masa kat dlm bas tu ada 2 3 orang minah indon . Dia cakap dalam dlm telefon macam dalam kereta dia sorang- sorang duduk . Pas tu kawan2 dia pulak bersembang mcm diaorang dok di indon . Itulah Malaysia .

.. dan lagi ...
   Naik bas di Puchong pun macam tu driver nya Indon ... pastu dia turun kat tempat tunggu bas . Masa ni aku dah terlajak dah dari tempat aku pergi tu kat Hotel Sun Inn di Puchong tu .. takpe aku ambil pula teksi kat tempat bas berhenti tu .. alamak driver teksi ni pun Indon .. ( boleh ke diaorang dapat permit bawa teksi ) tapi memang driver teksi Indon di Puchong ni cekap bawa aku ke hotel Sun Inn .
   Baru ku tahu kat Puchong ni ramai driver teksi Indo.tak tahu pulak macam mana diaorang boleh dapat permit utk bawa teksi . Mungkin dah lama kot dok kat sini ...
.. Malaysia tanah air ku ..

( Yang aku tahu sahabat aku kat Langkawi -seorang driver teksi di Langkawi - pernah memohon berkali-kali utk dapatkan permit teksi - dan berkali-kali juga naik turun dari Langkawi ke Sungai Petani utk pohon permit teksi ni ,sekarang dah dapat dah - Sahabat aku ni warga negara Malaysia la - nama Hamid Ngah -orang Temonyong Langkawi - Bang Mid apa habaq lama tak jumpa )