Followers

Sunday, October 24, 2010

Massage atau reflexolgy atau urut kaki .. baik utk kesihatan

Najihah tolong urut kaki abah ..

Urut sepatutnya di lihat sebagai satu perubatan pencegahan. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk. Ia sepatutnya dilakukan secara kerap seperti melegakan penyakit sengal-sengal badan dan lain-lain .

Najihah sedang urut kaki abah - ini bukan penderaan tapi Najihah memang rajin tolong ,kadang tu dia tolong mama lipat baju
Urut kaki adalah sebahagian dari urutan badan atau urutan tradisional yang
meliputi anggota bawah dari sendi peha sehinggalah di bahagian tapak kaki.
Urutan ini dilakukan samada untuk mengilangkan rasa lenguh, terseliuh atau
beberapa sebab yang lain.

Tambah pendapatan melalui urut kaki
Jika anda mempunyai kemahiran mengurut kaki ,ini adalah satu anugerah kpd anda . Dgn kemahiran ini ramai yang telah dapat menambah pendapatan melalui urut kaki (refloxogy ) ini . Jika di lihat di sekitar tempat perlancongan seperti di Bukit Bintang atau di Pulau Langkawi perkhidmatan urut kaki ini memang banyak sekali . Ini lah peluang nya . Ada depan mata .