Majlis perkahwinan sepupu - Latif dan isteri di Tok Jalai . Pada kenduri tersebut kami sekeluarga hadir . Pada hari tersebut juga selepas makan kenduri kami akan berangkat pulang ke Langkawi . Biasa la besok hari persekolahan akan bermula .
Meriah sungguh kenduri ni . Ramai yang hadir . Sempat juga bersembang dengan adik beradik yang hadir di majlis ni . Paktam pun tak menang tangan . Ucapan tahniah .
Semoga pengantin akan berbahagia sehingga ke akhir hayat .
Ni ada upload skit gambar pengantin dan juga video yang sempat di ambil pada masa majlis tersebut .
Singgah sebentar di jalan utama tepi Langkawi Airport .
Lokasi di sini memang menarik . Tepi airport ni di kelilingi oleh laut yang tenang dan bersama dengan tiupan angin yang mesra alam . Pekena pula LAksa POWER - pehhh memang kawww .
Kami menjamu selera kat sini dan Nabil pula tidur kat dalam kereta .
Di sini ada 2 , 3 buah lori perniagaan yg kecil menjual makanan petang seperti Laksa , Bihun Sup , Rojak dan juga minuman . Sesiapa nak try kat sini boleh la.. dgn angin sepoi sepoi bahasa .
Pengaturcaraan PHP & MySQL merupakan perisian sistem yang banyak digunakan dalam pembangunan sistem masa kini. Contohnya ialah seperti laman web popular seperti facebook.com juga dibangunkan menggunakan PHP & MySQL. Objektif kelas ini ialah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membangunkan laman web menggunakan pengaturcaraan PHP dan juga memanipulasi data di pangkalan data menggunakan MySQL.Oleh kerana kelas ini mensasarkankepada mereka yang ingin menggunakan
pengaturcaraan PHP dalam membangunkan laman web interaktif, maka sebaiknya peserta mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam pengaturcaraan HTML.
Atau juga sekurang-kurangnya pernah menggunakan pengaturacaraan moden yang lain yang melibatkan pemanipulasian data dalam pangkalan data. Atau juga sekurang-kurangnya pernah membangunkan laman web menggunakan perisian lain seperti Front Page, Dreamweaver dan lain-lain. Namun bagi mereka yang tidak pernah didedahkan dengan pengaturcaraan, mereka masih boleh memahami kelas ini tetapi mungkin mengambil sedikit masa untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Kelas PHP ini adalah kelas yang sesuai untuk anda kerana ianya adalah 100% kelas praktikal. Semua contoh dan pengaturcaraan dan penerangan dilakukan dengan huraian mudah difahami bagi memudahkan anda mempraktikkan langkah-langkah yang akan ditunjukkan.
Isteri aku pergi kelas menjahit . Dan shift aku kerja petang .
Kalau kerja petang , pagi mesti aku dok kat rumah . Jadi minggu ni kerja petang kena la main dgn Nabil . Mama pergi kelas menjahit dari jam 9.00pg sampai 12 tgh .
Sebelum2 ni dah bawa Nabil ke Taman Burung Langkawi . Minggu ni pulak bawa Nabil ke Taman Buaya Langkawi ( Langkawi Crocodile Farm ) .
Video pertama di ambil guna kamera
Video ke dua menggunakan h/phone aku
Biasa la kami berdua jer , Najibah dan Najihah pergi sekolah . Tiket masuk RM15 + RM1 ( kamera ) . Masa pergi tu dalam 10.15pg . Ok la - time ni 10.30pg ada aktiviti memberi makan buaya . Teruja juga Nabil dan abahnya ..hehehe .
Pastu setiap jam 11.15pg setiap hari ada pertunjukkan persembahan bermain dgn buaya oleh pekerja di tmn ini . Ramai juga pelancong luar yg tengok . Yang tak best nya masa dok ambil video pertunjukkan tu bateri kamera aku weak ..alamak .. apa lagi aku guna h/phone aku ler pulak . Ini ada video yang sempat aku ambil dan upload kat sini ....
Balik rumah kakak2 dan mama tanya pergi mana tadi - Kami hanya tunjukkan video sahaja . Hahaha .. sebenarnya diaorang belum pernah masuk lagi kat situ .. kakak2 nak ajak masuk lain kali .. jawabnya ..takde apa kat situ ..buaya saja ..tak payah la ..