Followers

Sunday, December 30, 2012

Melawat Bukit Bendera Penang

Lama dah tak pi Bukit Bendera Penang ni .
Dulu masa umoq 17tahun pernah naik sekali ... la ni umoq pun dah 38 tahun .
Kami tidur 2 mlm kat Grand Continental Hotel di georgtown - tingkat 15
Tapi kalau tengok kat bawah dia ni masih lagi dalam ubah suai utk kemudahan dan sebagai nya  - seperti bangunan utk parking kereta belum siap lagi . Dan Train naik bukit pun dah laju dah .

 Bilik hotel ( grand Continental )
 dalam feri 


Thursday, December 13, 2012

Chalet di Kampung Selat Bagan Pauh Pulau Tuba

Di Langkawi ada sebuah satu lagi pulau yg mempunyai  penduduk lebih kurang 5000 orang . Pulau Tuba . Pulau Tuba adalah pulau ke 2 mempunyai kepadatan penduduk  - dan Pulau Dayang Bunting ke 3 ramai penduduk . 
Di Pulau Tuba terdapat beberapa motel atau chalet  utk pelancong  di antara nya Faridzuan Motel  , Tok Pah Motel ( Idan Motel )  berdekatan dengan jeti terpanjang di Kedah ini ini . Satu lagi motel ialah motel Tok Wan di Teluk Puyuh ( tak sempat nak upload gambar ) .

Nak bagi tau kat sini - Sebuah lagi motel di Bagan Pauh baru lagi sedang di bina oleh seorang penduduk di situ - aku panggil ' bang en' . Motel ini masih dan sedang di bina lebih kurang 5 pintu . bilik luas dan bilik mandi pun luas - harga dia bermula dengan RM60 semalam . Aku ada upload skit gambar dia -dan ada juga dalam website dengan nama Bagan Pauh Chalet . Menarik juga bersebelahan dgn jeti Bagan Pauh . Kalau sapa2 atau orang bandar nak kan kesunyian dan suasana kampung air / angin / bukit  - kat sini la tempatnya di PULAU TUBA . Kalau nak pakej memancing dan juga lawatan ke gua serta BBQ pun boleh di sediakan .  Bagan Pauh Chalet - walaupun masih dalam penambahbaikkan tapi sesetengah bilik boleh menerima tetamu atau pelancong - sedia utk tempahan   .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini pasal Bagan Pauh Chalet
Call Owner - Ismail -
017-5924213 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pakej memancing pun boleh di bincang kan hanya hubungi abang ismail
Ini gambar jeti yang berdekatan dengan Bagan Pauh Chalet 


Kalau nak tahu kat mana  - zoom dgn google earth lokasi chalet ni klik kat sini 

 Untuk booking Chalet ini -  Call Owner - Ismail - 017-5924213
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar chalet ni aku ambil masa balik kampung . Kat bawah ni aku upload skit gambar kami makan ramai ramai di rumah adik aku 


Besttttt ... masa balik ni abang aku pi memukat ikat bawal - dekat 20 ekor dia bagi bawal saja pastu campur pula dgn ketam / kerang / petai  / ulam raja / sambal belacan .. pehhhh .. makan ramai2 pulak ..

..



Monday, December 03, 2012

Website perlancongan Langkawi utk di jual


Sekarang aku ada 3 website yg berkaitan dgn perlancongan di Langkawi utk dijual . Dan satu domain hotel utk dijual juga . Domain ni ada kaitan dgn Haji Ismail Group di Langkawi - sesuai sangat iaitu HIG Langkawi . Kebanyakkan pelancong serta penduduk Langkawi sudah tahu mengenai Haji Ismail Group .

Pasal domain yg aku nak jual ni adalah ..

www.highotel.com - domain ni adalah khas untuk hotel Haji Ismail Group yg sedang dibina dan di jangka siap pada tahun 2013  - bersama dgn komplek membeli belah Haji Ismail Group . link.




Pasal website pula yang aku nak jual berkaitan dgn perlancongan di Langkawi adalah ..


- Kepada sesiapa yang mempunyai perniagaan yg berkaitan perlancongan di Langkawi - bagi aku amat sesuai sekali atau ejen2 perlancongan yg ingin menambahkan lagi pendapatan mereka . ada yg bertanya pasal website ni - bagi aku kalau dah beli dan nak bina semula / nak bagi cantik lagi / nak masukkan anti virus / nak buat dalam bentuk joomla atau blog dan sebagainya ..ikut suka la ...
Pada pandangan aku yg penting  keyword utk website ni amat2lah suka utk di perolehi ..

Call Roslan - 019-4172177






Monday, November 12, 2012

Tun Mahathir saran anjur sukan air dan udara di Langkawi - Sukan - Sinar Harian

 LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan lebih banyak sukan bertaraf profesional seperti sukan air dan sukan udara dianjur di Pulau Langkawi pada masa akan datang.
Beliau berkata jika terdapat bajet yang mencukupi, acara sukan sebegini boleh diadakan di pulau legenda ini, sekaligus dapat mempromosi Langkawi kepada pelancong asing.
"Sebab itu, saya harap lebih banyak sukan dianjurkan di sini. Saya percaya, dengan bajet yang mencukupi, kita boleh melakukannya," katanya kepada pemberita ketika melawat Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Pusat Pameran Antarabangsa Antarabangsa Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
Tun Mahathir, yang juga Penaung WCA, berkata sukan paintball semakin diterima masyarakat dan secara tidak langsung mampu memberi impak positif dalam pelbagai aspek, terutama sektor pelancongan di negeri ini.
"Paling tidak, kita boleh jemput negara yang berperang, main paintball. Nak tembak, tembaklah puas-puas dalam gelanggang paintball. Saya rasa cara macam ini boleh buat dunia lebih aman. Tak payah perang," katanya berseloroh.
Pada WCA edisi sembilan itu, sebanyak 160 pasukan dari 32 negara mengambil bahagian, bermula 8 Nov lepas dan berakhir hari ini. - Bernama

Tun Mahathir saran anjur sukan air dan udara di Langkawi - Sukan - Sinar Harian



Thursday, November 08, 2012

Graduation and Concert day 2012 - Tadika Cahaya Intelek Langkawi

Malam di Dewan Akademi Koreksional Kuah Langkawi  

Tadika Cahaya Intelek telah mengadakan malam graduasi utk semua pelajar nya dari 4 tahun hingga 6 tahun . Najihah juga terlibat - 5 tahun . Malam terakhir sebelum cuti panjang di tadika ini .. di mana semua anak 6 tahun akan meninggal kan tadika ini .

Najihah ada lagi 1tahun di tadika ini . Pada malam ini semua acara yg disusun telah disertai oleh semua anak2 . Najihah terlibat dgn 2 acara  - Marjani Dance dan Chika Dance ( Bollywood ) - Malam ini juga bertemakan " Bollywood Nite " .

Terima kasih kpd guru2 di Tadika Cahaya Intelek kerana dapat memberikan keyakinan dan keberanian kpd anak-anak ini .. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
VIDEO

Marjani Dance



Chika Dance
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Thursday, November 01, 2012

Kabel elektrik dasar laut dibina di Pulau Tuba - Nasional - Sinar Harian

LANGKAWI - Dua kabel elektrik dasar laut akan dibina bagi menambah baik kualiti bekalan elektrik di Pulau Tuba dekat sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata projek kabel dasar laut yang bernilai RM45 juta itu akan dapat menyelesaikan masalah gangguan elektrik yang kerap berlaku di pulau berkenaan.
"Kabinet sudah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek kabel dasar laut itu. Kita akan bina dua kabel kerana apabila satu rosak, ada satu lagi yang boleh berfungsi.
Bekalan (kabel elektrik) ini apabila siap boleh bertahan untuk 15 tahun lagi," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Pulau Tuba hari ini.
...dahulu hingga sekarang Pulau Tuba masih menggunakan generator yg di sediakan oleh TNB walaupun langkawi telah mendapat gelaran Bandaraya Perlancongan...

Beliau berkata kabel dasar laut sepanjang empat kilometer itu akan dibina merentasi laut dari Pulau Tuba ke Kuah dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Najib berkata kerajaan juga akan membantu membaiki jambatan sedia ada yang menghubungkan antara Pulau Dayang Bunting dengan Pulau Tuba bagi keselesaan penduduk.
"Segala kemudahan adalah jasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kita akan lakukan tindakan untuk baik pulih jambatan Pulau Dayang Bunting ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau yakin Pulau Tuba akan terus menjadi kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan lebih 90 peratus pengundi di situ akan menyokong kepimpinan kerajaan pusat.
anak anak aku ni seronok sangat kalau balik kampung 


"Pada 2004, peratusan pengundi yang menyokong BN adalah 93.7 peratus, manakala pada 2008 ialah 83.4 peratus, turun sedikit. Tapi kalau inilah gambarannya (kehadiran yang ramai pada majlis hari ini), kita yakin pada pilihan raya umum akan datang sama ada akan diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kita akan kembali ke tahap (sokongan) 93 peratus sekurang-kurangnya," katanya.
Klinik 1Malaysia di Pulau Tuba - dekat jeti Tuba

Pada majlis itu Perdana Menteri juga merasmikan Klinik 1Malaysia di pulau berkenaan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaacob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta Timbalannya Datuk Mohd Johari Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah...
...Pada sebelah petang beliau ke Langkawi, dengan program pertama adalah melancarkan Penjenamaan Baharu Langkawi. Beliau kemudian merasmikan sebuah feri baru milik JMV Ferry Services Sdn Bhd sebelum ke Pulau Tuba.- Bernama



Langkawi kini dikenali 'Naturally Langkawi'

  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, 'Naturally Langkawi' atau Langkawi Serba Asli yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 VIDEO


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menurut beliau, Pulau Langkawi telah membina jenamanya yang tersendiri sejak sekian lama dan ia perlu diperkukuhkan lagi.
"Penjenamaan tersebut adalah satu daripada inisiatif yang penting kerana ia akan sentiasa bersaing dengan pulau-pulau pelancongan terkenal di dunia.
"Dengan adanya penjenamaan yang kukuh, Langkawi akan lebih dikenali dan lebih menarik di antara pulau-pulau lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan penjenamaan baharu Langkawi di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini semalam.

Saturday, October 27, 2012

Korban dan Aqiqah di Perumahan A Lafarge Cement Langkawi - raya ke 3

Pada hari raya ke 3 Aidil adha - 28oktober 2012 .
Perumahan A Lafarge Cement Langkawi telah pun mengorbankan 2 ekor lembu . Antara gambar gambar yg telah di ambil masa aktiviti ni .. 





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Video 





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~