Followers

Showing posts with label elektrik di pulau tuba. Show all posts
Showing posts with label elektrik di pulau tuba. Show all posts

Thursday, November 01, 2012

Kabel elektrik dasar laut dibina di Pulau Tuba - Nasional - Sinar Harian

LANGKAWI - Dua kabel elektrik dasar laut akan dibina bagi menambah baik kualiti bekalan elektrik di Pulau Tuba dekat sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata projek kabel dasar laut yang bernilai RM45 juta itu akan dapat menyelesaikan masalah gangguan elektrik yang kerap berlaku di pulau berkenaan.
"Kabinet sudah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek kabel dasar laut itu. Kita akan bina dua kabel kerana apabila satu rosak, ada satu lagi yang boleh berfungsi.
Bekalan (kabel elektrik) ini apabila siap boleh bertahan untuk 15 tahun lagi," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Pulau Tuba hari ini.
...dahulu hingga sekarang Pulau Tuba masih menggunakan generator yg di sediakan oleh TNB walaupun langkawi telah mendapat gelaran Bandaraya Perlancongan...

Beliau berkata kabel dasar laut sepanjang empat kilometer itu akan dibina merentasi laut dari Pulau Tuba ke Kuah dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Najib berkata kerajaan juga akan membantu membaiki jambatan sedia ada yang menghubungkan antara Pulau Dayang Bunting dengan Pulau Tuba bagi keselesaan penduduk.
"Segala kemudahan adalah jasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kita akan lakukan tindakan untuk baik pulih jambatan Pulau Dayang Bunting ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau yakin Pulau Tuba akan terus menjadi kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan lebih 90 peratus pengundi di situ akan menyokong kepimpinan kerajaan pusat.
anak anak aku ni seronok sangat kalau balik kampung 


"Pada 2004, peratusan pengundi yang menyokong BN adalah 93.7 peratus, manakala pada 2008 ialah 83.4 peratus, turun sedikit. Tapi kalau inilah gambarannya (kehadiran yang ramai pada majlis hari ini), kita yakin pada pilihan raya umum akan datang sama ada akan diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kita akan kembali ke tahap (sokongan) 93 peratus sekurang-kurangnya," katanya.
Klinik 1Malaysia di Pulau Tuba - dekat jeti Tuba

Pada majlis itu Perdana Menteri juga merasmikan Klinik 1Malaysia di pulau berkenaan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaacob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta Timbalannya Datuk Mohd Johari Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah...
...Pada sebelah petang beliau ke Langkawi, dengan program pertama adalah melancarkan Penjenamaan Baharu Langkawi. Beliau kemudian merasmikan sebuah feri baru milik JMV Ferry Services Sdn Bhd sebelum ke Pulau Tuba.- Bernama



Thursday, September 13, 2012

Pembangunan Pulau Tuba

Adakah pembanguna di Pulau Tuba akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini ?
Antara pembangunan yg di harapkan adalah ;

1. Elektrik 24jam - tak perlu guna generator lagi  .
   ( Kalau boleh kabel direct dari tanah besar )

2. Pembinaan jambatan dari Pulau Langkawi ke Pulau Tuba - harap jadi kenyataan  .


Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa di Langkawi Sept 2012

Dan ini adalah ucapan ... Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata antara projek yang wajar dibangunkan ialah akademi pelancongan dan jambatan menghubungkan Langkawi dan Pulau Tuba sejauh lima kilometer. Beliau berkata, akademi pelancongan itu penting bagi melatih lebih ramai tenaga kerja berkemahiran dalam bidang pelancongan, manakala Jambatan Langkawi-Pulau Tuba pula perlu sebagai daya tarikan baru dan perhubungan penduduk. ...
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProjekRMKe-10kembalikankegemilanganLangkawi/Article/ 

___________________________________
Join Facebook group Warga Tuba - klik si sini