Followers

Saturday, January 17, 2015

Popia Jamal di Dataran Lang Langkawi


Popia Jamal di Dataran Lang Langkawi ..
Adakah anda pernah dengar pasal 'Popia Jamal' ? .. dan ada cerita dia kat tv , radio dan surat khabar sebelum sebelum ini .. 

Sekarang Popia Jamal telah buka cawangan terbarunya di Restoran 1Malaysia Dataran Lang Langkawi . Masih baru kat sini .. kami dah try ..anda bagaimana ? 





Ni sedikit info pasal Popia Jamal ..
POPIA JAMAL 

Nama popia jamal dikenali sejak dahulu kerana ia adalah popia yang paling lama dijual oleh jamal yang kini berusia 82 tahun.

Popia Jamal diwarisi oleh jamal dari arwah bapaknya Kadir Mydin yang dijual mulai tahun 1952 di simpang jalan putra, yang dahulunya dikenali sebagai jalan baharu.

Pada ketika itu, Kadir Mydin sering ke rumah Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang terletak ditepi sungai jalan putra (kini terletaknya Hotel Royal) untuk membuat popia kerana popia jamal menjadi kegemaran keluarga Tunku Abdul Rahman.

Popia jamal juga menjadi kegemaran Tun Dr.Mahathir Mohammad ketika beliau berkhidmat sebagai doktor di Hospital Alor Setar.

Popia jamal juga digemari oleh keturunan kerabat diraja Perlis dan Kedah.

Popia jamal yang diusahakan oleh saya kini mempunyai 5 cawangan di Alor Setar iaitu di :

1) Komplek Mara, Jalan Putra
2) Restaurant Zefee, Jalan Pegawai
3) Restaurant Jamal Mydin , Bandar Baru Mergong
4) Tesco Mergong
5) Tesco Stargate
Terbaru - LANGKAWI