Followers

Wednesday, December 10, 2014

Website kereta sewa di Langkawi untuk di jual


Ada 2 website berkenaan dengan kereta sewa di Langkawi yang aku punya untuk di jual . Website ini di sediakan untuk perkhidmatan kereta sewa di Langkawi . Boleh la nak buat kereta sewa murah , kereta sewa langkawi di jeti atau pun kereta sewa langkawi di airport . 

Website kereta sewa langkawi ini mempunyai domain keyword untuk kereta sewa langkawi  dalam bahasa Malaysia dan juga inggeris . Web kereta sewa langkawi amat sesuai kepada ejen ejen perlancongan di langkawi yang menyediakan khidmat kereta sewa dan juga freelance yang menyediakan khidmat affiliate secara online di internet . 



2 website kereta sewa langkawi untuk di jual adalah ;

1. www.keretasewalangkawi.com   
2. www.langkawicarrentals.com



Harga setiap website kereta sewa langkawi ini adalah RM4900.00 (boleh di runding)  . Sebenarnya apa yang ingin di jual adalah domain tersebut iaitu www.keretasewalangkawi.com dan www.langkawicarrentals.com webhosting atau website boleh di ubah suai sendiri oleh anda . Atau upahlah website designer utk template yang sesuai . 

Jika berminat boleh hubungi saya  Roslan - 0194172177 

atau roslan977@yahoo.com.my





Saturday, November 15, 2014

Royal Kedah World Muay Thai 2014

Royal Kedah World Muay Thai Challange 2014

14-15Nov2014
Mahsuri Hall , Langkawi 

Jangan lupa - malam ni Sabtu 15nov  malam terakhir perlawanan .







Monday, November 03, 2014

Assalamualaika ya Rasulullah

Terjumpa video nasyid dari negara  Albania .
 Sungguh merdu sekali - walaupun aku tak berapa nak faham tutur bahasanya  - tapi Assalamualaika ya Rasulullah ayat memuji rasullallah S.A.W semua orang tahu . Dengar nasyid berasa sayu dan sedih dan terhibur sambil memuji nabi kita ... moga terhibur  ..







Wednesday, October 29, 2014

Langkawi homestay

Hari ni ada upload sikit kat website langkawi homestay .. dah lama dah tak upload terutama tarikh yang dah ada booking . .. selamat datang ke Langkawi homestay untuk semua pelancong ke Langkawi .. www.langkawihomestay.com



Boleh booking ..

Roslan - 0194172177






Tuesday, September 23, 2014

Tony Fernandes GADAI RUMAH untuk Air Asia

Cerita disebalik kejayaan salah seorang taiko bisnes terkenal Malaysia, Tony Fernandez.

Merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd  yang memperkenalkan penerbangan tambang murah pertama Malaysia iaitu Air Asia. 
Fernandes berjaya mengubah AirAsia, daripada  syarikat penerbangan komersial berkaitan kerajaan  yang gagal dan banyak berhutang, menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang murah public listed yang sangat berjaya.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam melobi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 2003, untuk mencadangkan idea perjanjian langit terbuka (open skies agreements) dengan Negara jiran, Thailand , Indonesia, dan Singapura. 
 Hasilnya, negara-negara ini telah memberikan hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat penerbangan murah yang lain.

=============================
Gadai Rumah & Guna Simpanan Peribadi
=============================

Selepas bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir untuk mengambil alih AirAsia daripada DRB Hicom, Fernandes terpaksa menggadaikan rumahnya dan menggunakan simpanan peribadi untuk memperoleh syarikat yang terdiri daripada dua jet yang sudah berusia iaitu Boeing 737-300 (9M- AAA dan 9M- AAB) dan mempunyai hutang sebanyak USD $11 juta ( RM40 juta).

Hasil komitmen tinggi beliau dan seluruh ahli pasukan, Air Asia berjaya mencapai status 'break-even' dan segala hutang dapat dilangsaikan hanya dalam masa setahun pengambilalihan.

============================
Dahulu 6% - Kini 'Everyone Can Fly'
============================

Sebelum beliau membangunkan Air Asia, hanya 6% sahaja rakyat Malaysia pernah merasai menaiki kapal terbang. 
 Beliau telah melakukan tranformasi besar di Malaysia dan kini sedang berusaha untuk mengubah dunia.  Daripada hutang RM 40 juta, kini menjadi syarikat bernilai RM 4 bilion (RM 4000 juta). 

Sehingga Februari 2013, Forbes Asia telah menyenaraikan Tony Fernandes sebagai individu ke 21 terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan $625 juta.
============================
Strategi Bisnes Tony Fernandes
============================

1. Pekerja adalah aset syarikat.

2. Pengurusan kos efektif.

3. Bina hubungan dengan rakyat
Malaysia.

Baca huraian lanjut setiap poin di atas dengan klik pautan di bawah.




* Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama AirAsia merupakan jenama Malaysia




Saturday, September 20, 2014

Tokke datang lagi ..


Dulu masa 2010 - 2011 riuh nak beli tokke pada harga tinggi . Lepas tu diam sat . Sekarang timbui balik dah  ...
Baru baru ni ada orang cari tokke pula .. nak beli . Syarat utama 17inci ke atas . Sapa sapa ada tokke nak jual dgn syarat 17inci panjang habaq mai .
Aku ada contact orang yg dok cari tokke ni .. 
 contoh ukuran yg perlu di lakukan


Apa pun call saya  - Roslan 0194172177





Friday, August 01, 2014

Hari Raya Aidilfitri di Pulau Tuba Langkawi

Seperti tahun2 sebelum ini .. setiap kali hari raya kami akan beraya di Kampung Selat Lubuk Chempedak , Pulau Tuba Langkawi . 
Selalu nya selepas sembahyang raya dan beraya bersama dgn keluarga di sini  - di tengahari kami akan pulang pula beraya di kampung Alur Ganu Kepala Batas Kedah . Ini adalah koleksi gambar raya bersama keluarga di Pulau Tuba ...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA BLOGGER ....

 




Monday, July 21, 2014

Berbuka Puasa Di Bella Vista Langkawi

Hari ni kami sekeluarga ajak Maklong Paklong Acu dan Tok Najib Nbail Najibah dan Najihah berbuka puasa di Bella Vista Hotel Kuah Langkawi .
Sekali sekala berbuka ramai ramai kat sini . Ramai juga orang yg berbuka kat sini  . Pastinya Kambing Panggang menjadi buruan kat sini  hehehe .. 

Apa pun selamat berpuasa semua dan bergembira semua di hari raya nanti . Jangan lupa juga kita di BUMI PALESTIN doakan kpd mereka juga .. semoga Allah menghancurkan Israel ... amin



Thursday, May 15, 2014

Uncle Jai Cafe Langkawi

Makan malam di Uncle Jai Cafe Langkawi . Sekarang Uncle Jai Cafe telah pun berpindah di lokasi terbaru bersebelahan dengan hotel budget yang baru iaitu Uptown hotel Kuah . Uncle Jai Cafe ini berhadapan dgn bangunan Umno kuah . Western food juga adalah yg terbaik sekali di sini .. di masak sendiri oleh Chef Jai . Tutup pd Khamis .