Followers

Monday, March 21, 2011

Perkhidmatan Mybloglog Bakal Ditamatkan Mei Ini

Ramai blogger mengunakan Mybloglog sebagai salah satu cara untuk mengetahui pelawat yang datang ke blog mereka. Jika pelawat adalah ahli mybloglog, gambar pelawat akan disiarkan pada mybloglog tersebut. Yahoo akan menamatkan perkhidmatan ini pada 24 Mei 2011.


Mungkin ia tidak menjana keuntungan buat Yahoo kerana kebanyakan pengguna hanya mengunakan perkhidmatan versi percuma sahaja termasuk saya. Mybloglog adalah antara produk yang mula ditarik balik oleh Yahoo selepas Yahoo Search Marketing iaitu pengiklanan Pay Per Click Yahoo.
Yahoo telah mengunakan MSN Adcenter sebagai iklan PPC mereka setelah mengumumkan pengabungan program PPC mereka. Yahoo juga akan mengunakan teknologi Bing dalam keputusan enjin carian mereka. Satu per satu produk Yahoo ini ditarik balik seolah olah mereka dah kehabisan idea untuk berkembang.
Tiada pembaharuan yang dilakukan oleh Yahoo. Berbeza dengan Google, mereka seringkali menampilkan pembaharuan dan produk baru dari masa ke semasa. Malah halatuju semua produk mereka agak jelas. Adakah ini petanda kejatuhan Yahoo?