Followers

Friday, May 04, 2012

Berita Harian Online | Kanak-kanak dilarikan, Nayati Moodliar ditemui selamat


.. KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 27 April lalu, ditemui selamat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada jam 7.55 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. "Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

...