Followers

Monday, September 06, 2010

Bacaan surah yang sangat merdu..

Bacaan surah Al Fatihah dan juga surah Al Qiamah yang menceritakan tentang kiamat  sangat menyentuh hati apabila di sampai kan dengan nada yang begitu indah sekali . Pembaca ini adalah bernama Muhammad Taha bin Junayd .
Mesti seronok kalau boleh bersembahyang bersama nya

Terima kasih kerana bersama-sama menghayati nya .

Sunday, September 05, 2010

Nabil - Setelah boleh duduk nak berdiri pula..

Muhammad Nabil pada umur dah masuk 7 bulan semakin ceria . Dah boleh duduk dan sekarang ni dah mula nak belajar berdiri pulak . Pantang jumpa tempat yang boleh di pegang mesti cuba nak panjat . Pas  tu bila rasa gayat nak jatuh tak nak lepas pula ..menangis .
Ada satu masalah sekarang ni bila waktu nak tidur jer ..dah buat pasal TAK BOLEH NAK TIDUR .. letak kat dalam 'noi' ( buaian ) tu ..mata pejam tapi teqiak (nangis) makin kuat . aa..kacau ni . Macam segala jampi dah baca masih dok teqiak .Mata pejam . Bila angkat semula dia gelak pulak ..senyum2 manis pulak ..kita dah panas satu badan ..dia dok senyum-senyum - tapi mengantuk .
Terlalu mengantuk sangat2 baru boleh lena .Nabil..Nabil ..



Selamat menyambut hari raya aidil fitri - maaf zahir batin .
Nabil akan balik beraya di Selat dan Alur Ganu pada hari yang sama hari raya pertama .