Followers

Monday, September 01, 2008


Hari Keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi 2008

Sempena menyambut Hari kemerdekaan pada 31 ogos 2008 .Lafarge Malayan Cemen Langkawi telah mengadakan Hari Keluarga 2008 di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi .Hari Keluarga ini telah di adakan di Pantai Pasir Tengkorak antara pantai yang cantik di Langkawi yang terletak di jalan Datai ..berdekatan juga dengan Air Terjun Temurun yang tertinggi di Pulau Langkawi ini .


Bermula dari jam 8.30pg untuk pendaftaran ahli keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi ,sehingga tamat jam 3.30ptg .Banyak acara yang telah di anjurkan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi suasana di Hari Keluarga tersebut .
Ahli - ahli keluarga ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyertai berbagai acara yang di anjurkan .Kumpulan HIJAU,Kumpulan MERAH dan Kumpulan KUNING .Juara keseluruhan untuk acara yang tersebut adalah dari kumpulan HIJAU .Aktiviti atau acara yang di anjurkan oleh penganjur adalah seperti ;
Pertandingan Mewarna kanak2,Susun Puzzle kanak2,Bina Istana Pasir campuran,Solek Bapak Garang,Chopstick Kacang,Solekan SiBUta,Isi Air Dalam Botol,Lontar Peluru Pantai Dewasa,Tiup Belon,Tikar Terbang,Pulangkan Telur Penyu,Mencari Harta Karun,Golf Tangan,Jolok Sarang Tebuan,Bowling Padang,Bola Beracun,...

Atas : Video acara - Jolok Sarang Tebuan - Abah

Bawah : Video Acara Mewarna kanak-kanak - Najibah


Najibah juga mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu Pertandingan Mewarna,Susun Puzzle dan Mencari Harta Karun .Najibah telah memenangi hadiah mencari Harta Karun dan juga Susun Puzzle.Tahniah Najibah .

Atas: Tiada acara untuk Najihah
Bawah : Acara Mencari Harta Karun - Najibah


Abah juga telah menyertai 2 acara yang di anjurkan iaitu Jolok Sarang Tebuan dan juga Pulangkan Telur Penyu ,Nak tahu kedua-dua acara ini telah dimenangi dan menjadi johan .Kedua-dua hadiah pun dah dapat .

No comments: