Followers

Wednesday, October 08, 2008


Perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar 1990/1991 ( SMVK 90/91 ) - Di KFC Jalan Stadium Darulaman , Alor Setar


Pada hari raya ke 4 (Sabtu) satu perjumpaan bekas pelajar SMVK 90/91 telah di adakan di luar KFC jalan Stadium Darulaman (Bersebelahan Stadium Darulaman dan juga Hotel Seri Malaysia .Perjumpaan yang pertama kali di adakan di Utara Semenanjung Malaysia .

Ramai juga kawan-kawan yang hadir pada masa tu .Bagi saya hari raya tahun ini sangat meriah sekali dengan adanya perjumpaan ini .Ada yang bersalaman dengan kawan-kawan tapi tak ingat nama ,ada yang sudah berubah wajah (bertambah sihat) ,ada yang masih macam dulu juga dan ada yang sudah beristeri/bersuami dan masih ada lagi yang belum kahwin .

Walaupun perjumpaan ini mempunyai masalah sedikit pasal lokasi ,tapi ia sungguh meriah .Sampai tak sempat nak bersembang lama ..bila cakap dgn kawan ni ..kawan tu pula tanya soalan lain ..lepas tu kawan sorang lagi pula tanya soalan lain ..

Antara kawan-kawan yang hadir dari Langkawi ..aku,jas Ek,Ismail KFL .Dan yang lain Zaki Tyson,Shabani Auto,Din Trash,Khairul Sukmi,Nidzam bunga,Azrin Serawak,Idris(Nawab),Amir BB,Norzaileha PPj,Norhairani PPJ,Zaidi PPN,Rosli Bunga BB,Sazmi PPN,Anuar EK,Mahadzir KFL,Sani PPN,Shaharudin ABM,Mohd Zaini EK,Fazdli BB,Ghazali Auto,Khairul K’on ABM,Zawawi Auto , Muhisham EK,Fesol KFL, dan ada lagi bekas pelajar wanita ... Gambar Zaileha dan Halimaton tak ada dalam simpanan saya .Nanti saya akan dapatkannya .

Gambar- gambar semasa perjumpaan tersebut .Ada lagi gambar yang di ambil menggunakan kamera kawan-kawan yang lain ,harap2 diorang dapat hantar gamabr tersebut semoga jadi kenangan kepada kita .Bagi-bagi ler gambar tu yer .Kepada Nawab email ler kat aku sama ,atau hng masukkan dalam flickr ke , facebook ker, fototpage ker supaya senang kita nak copy ...hehehe . Nanti aku akan upload lagi ..

Apa-pun ucapan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin untuk semua kawan-kawan samada yang hadir ataupun yang tak hadir pada hari tersebut .Ada masa lain kali ,kalau tiada masalah kita berjumpa lagi .Rancang betul-betul harap jadi ...jumpa lagi .

2 comments:

wan mohd zaki said...

latest perancangan dari ajk kat kl/selangor,bln 3 p outing kat pd atau pangkor.time cuti sekolah tarikh akan di tetapkan pada bln 11 ni...

wan mohd zaki said...

sapa2 yang nak join nanti aku info lebih terperinci...xkirala dari mana pun,kedahka..perliska..penangka.amat dialu-alukan..kalau yang kat new zealand 2 nak join pun boleh..