Followers

Tuesday, December 23, 2008


Melancong Ke Negeri Sabah
19 - 22 Desimber 2008
Hari pertama ;
Hari pertama di Sabah adalah aktiviti meninjau keindahan fauna dan flora negeri Sabah .Peluang untuk merakam foto di lokasi yang berlatar – belakangkan pemandangan indah dan hebat .Lokasi di Kaki Gunung Kinabalu dan juga di Air Panas Poring ( Poring Hot Spring ),Sabah .Serta juga melalu ‘Canopy Walkway’ iaitu berjalan di atas jambatan gantung setinggi 100mtr dari tanah melalui celah-celah kanopi hutan tebal .Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Poring mengambil masa lebih kurang 3 jam .

Selepas pulang dari Poring kami singgah di pecan Ranau untuk makan tengahari di sana .Singgah di Kundansang untuk membeli belah dan serta singgah di Kinabalu Park semasa perjalanan pulang ke Kota kinabalu .Cuaca di sana amat sejuk sekali .

Makan malam pula di Pasar Malam Sinturan sekitar Bandar Kota Kinabalu .
Dan lepas itu pulang ke tempat penginalan Komplek Tabung Haji .

No comments: