Followers

Wednesday, January 05, 2011

Berita Harian Online | Sex.com masih domain termahal

Berita Harian Online Sex.com masih domain termahal

2010/10/24
NEW YORK: Apa juga perkara mengenai seks biasanya laris dan terbukti selepas nama domain Sex.com menjadi alamat web paling mahal selepas dijual pada harga AS$13 juta (RM41.6 juta).

Berdasarkan dokumen mahkamah difailkan minggu ini, pemilik domain itu yang bankrap, Escom LLC, menamakan Clover Holdings Ltd sebagai pemilik terbaru domain itu. Escom dilaporkan membeli doman itu pada harga AS$14 juta (RM44.8 juta) pada 2006. Persetujuan urus niaga itu akan diputuskan oleh hakim pada 27 Oktober depan. Seorang pakar mengenai nama domain dari firma Sedo.com berkata, nama domain Sex.com adalah harga nama paling mahal dijual. – Reuters

Artikel : Berita Harian Online

P/s : Anda pasti ingat aku ada menulis sebelum ini mengenai perniagaan jual beli domain di blog ini

No comments: