Followers

Tuesday, January 04, 2011

Najibah catat rekod sekolah

Jam 10pg sedang bekerja ..
Tiba-tiba dapat panggilan dari cikgu Sekolah Kebangsaan Ewa .
 "Hello ini waris Nurul Najibah ke "?
"Ya saya "
"Saya dari Sekolah Ewa  ni "
"Tolong mai ambil Najibah ,sebab dia demam "
"Demam..( dalam hati - pagi tadi masa nak pergi sekolah ok jer ) ..ok ok .. nanti saya pi ambil ..tkasih ".

Jadi Najibah telah catat rekod kat sekolah bahawa pada hari ke2 persekolahan ( 4jan2011 ) dia dah MC . Nak buat macam memang tak sihat . Mama pi ambil Najibah . Ye memang panas . Terus ke Klinik utk ambil ubat dan juga surat pelepasan utk 2 hari kerana demam .

Sebelum tu Najibah Ok . Adik Nabil dah sihat dari demam selepas mandi kat Pasir Tengkorak . Najihah pulak dah 2 malam demam . Tapi pagi ni dah ok ..pergi KEMAS bersama Danish .. Najihah dah 4 tahun .

 Pagi ni Najibah belum pergi sekolah - masih lagi kurang sihat .. harap2 besok boleh pergi sekolah dah ...amin .

No comments: