Followers

Tuesday, February 08, 2011

Pandangan pertama ( andaian ) apa yang kita lihat

Kita selalu meletakkan andaian pada pandangan pertama apa yang kita lihat . Kita rasa apa yang kita lihat itu atau nampak itu adalah itu tujuannya . Sepatutnya kita perlu tanya dahulu yang sebenarnya handak di lakukan .
Sebagai contoh baru-baru ini anak ku ( Najihah  ) ;
Baru -baru ni aku ada temujanji dgn pakar mata di hospital besar Langkawi . Masa dok tunggu turn aku tu ada sorang makcik tu mai macam nak  marah kat aku .. ni anak adik ke ( dia tunjuk kat Najihah ) .. ya anak saya .. makcik nak bagitau le anak kita ni kalau boleh dari kecik jangan ler dok warna rambut dia tu .. kecik kecik dah boh rambut merah ,tak elok tu .Kita kena jaga elok elok jangan ikut orang sangat ,budak kecik2 bukan tau apa ..depa ikut saja tak elok ni .. jgn boh warna ni biaq itam takpe - kata2 makcik tu kat aku ( bagus nasihat tu ,kita sebagai oqang islam memang tak elok aku setuju dgn makcik ni ) .. tapi aku jawab .. sebenarnya makcik anak saya kat rambut dia jadi uban sejak umoq 1 setahun lagi ..sy dah boh macam2 ubat yang doktor bagi ..tapi tak ilang juga .. jadi kami biaq saja macam tu ler ..isteri saya cuma boh inai saja . ( alhamdullillah setakat ni hanya kat tempat tu jer yg uban pun ,kat lain tak ) . Jadi rambut Najihah memang nampak merah ler dgn uban tu ..
Lepas citer kat makcik tu ..dia pun ok jer .. ooo ..itu jer jawapan dia .. sempat sayang Najihah lagi .
Dan terus berlalu ..

Jadi kat sini aku masukkan video yg ada persamaan dgn gambaran tadi .


No comments: