Saturday, December 27, 2008
Tuesday, December 23, 2008
Semasa dah nak balik dan berada di Lapangan terbang Kota Kinabalu baru jumpa orang kampung sendiri iaitu NORBEK .Beliau bekerja dengan Tabung Haji di Kota Kinabalu .Memang dah lama tak jumpa lebih dari 20 tahun .Dan rakan-rakan lain juga kenal dengan beliau kereta pernah belajar sekali di Sekolah Menengah Mahsuri dahulu .
Kami bertolak dari KK ke LCCT jam 2.45ptg
Hari kedua adalah hari membeli belah di lokasi-lokasi terkenal dengan ciri-ciri unik negeri Sabah .Bergerak keluar di awal pagi ke Tamu Kota Belud .Pasal yang menjual berbagai –bagai barang-barang pasar – basah dan kering ,serta berbagai alat-alat yang di gunakan oleh masyarakat Sabah di sini .Apa lagi tengok-tengok le pisau atau parang yang banyak di jual di sini .Beli juga satu pisau yang ada ukiran di sarung pisau tersebut - harga pun mesti la murah kat sini .


Kat sini juga ramai rombongan yang membeli Raja Kayu dan juga Kayu Tas yang boleh di gunakan untuk merawat berbagai penyakit bagi penduduk di sini …dan ada juga sesetengah penduduk Malaysia yang mengenali kayu tersebut .
Di sini apa yang paling murah dijumpai ada menjual Madu Lebah dan di perahkan sekali dengan sarang lebah tersebut (dijamin original) pada sebuah botol yang besar ,kalau di tempat saya beharga RM80 .Di sini harga untuk madu lebah asli ini berharga hanya RM10.00 sehaja .


Selepas balik di Kota Belud kami singgah makan tengahari di Kolej E, Universiti Malaysia Sabah dan bersembahyang di Masjid tersebut .Semasa perjalanan dari Kota Belud ke UniMas ini ada juga peminat yang berselera buah Tampoi .Banyaknya makan buah Tampoi .


Selepas itu kami singgah di tempat membeli belah iaitu di Pasar Filipino di Kota Kinabalu ini .Terubuk masin yang di pesan sudah di beli .Ada juga berbagai macam batu untuk gelang tangan ,anting-anting dan sebagainya ..ramai yang cadangkan singgah sama di Kedai Jamilah – sebab boleh dapat murah lagi .
Balik ke Tabung Haji dan berehat serta tidur .
Melancong Ke Negeri Sabah
Hari pertama di Sabah adalah aktiviti meninjau keindahan fauna dan flora negeri Sabah .Peluang untuk merakam foto di lokasi yang berlatar – belakangkan pemandangan indah dan hebat .Lokasi di Kaki Gunung Kinabalu dan juga di Air Panas Poring ( Poring Hot Spring ),Sabah .Serta juga melalu ‘Canopy Walkway’ iaitu berjalan di atas jambatan gantung setinggi 100mtr dari tanah melalui celah-celah kanopi hutan tebal .Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Poring mengambil masa lebih kurang 3 jam .
Thursday, December 18, 2008

Ok lah boleh link dan tengok info-info terbaru pasal keluarga Makteh dan Pakteh serta cerita Umairah dan juga Nurin ...maaf la ..kami tak tahu tarikh b/day Nurin pada 13 Dec hari tu ...ni baru tengok ... dan baru tahu ..
Besok ( 19 -22 Dec 2008 ) Kami semua nak bertolak ke Kota Kinabalu ,Sabah .Flight jam 12 tgh dari Langkawi ke LCCT dan LCCT ke Kota Kinabalu . Ramai juga group yang nak pergi nanti semua kawan2 pakcik . ..
Tuesday, December 16, 2008
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Dalami minda jutawan supaya anda juga dapat mengaplikasikan minda yang sama.
Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari ZERO kini menjadi HERO?
Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?
Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda juga boleh amalkan?
Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan?
Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, gagal, gagal, dan gagal lagi?
Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi jutawan?

Monday, December 08, 2008
Monday, November 24, 2008
Monday, November 17, 2008
Najibah hadir di Komplek Kraftangan Langkawi di Teluk Yu untuk menerima hadiah untuk akhir tahun anugerah kecemerlangan KEMAS yang di buat di tempat tersebut .Anjuran ini telah di buat bersama Kemas Lafarge Langkawi dan juga Kemas Pasir Hitam .


Anugerah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Adun Air Hangat , YB Mohd Rawi .Beliau juga telah menyampaikan anugerah serta hadiah kepada pelajar - pelajar ini .
Termasuk lah Najibah .
Sunday, November 09, 2008
Saturday, November 01, 2008
Sekali sekala kena ajar anak gosok gigi juga. Kadang-kadang kalau kita suruh sendiri memang anak tak nak gosok .Macam-macam idea nak suruh anak berus gigi .Janji dia boleh gosok sendiri .Kadang-kadang tu kita tolong berus tapi dia lari .kadang-kadang tu bagi berus dia baling .Jadi kita carikan model untuk dia berus gigi dan jadi kan keadaan suasana tersebut ceria .Model ini adalah kakaknya Najibah ...untuk menunjukkan kepada Najihah cara-cara untuk berus gigi sambil berseronok .Nampaknya berjaya ...boleh tengok kat vedio tu ...
Sewa kereta dan juga pakej penginapan di Langkawi ..klik sini
Thursday, October 23, 2008
Wednesday, October 08, 2008
Pada hari raya ke 4 (Sabtu) satu perjumpaan bekas pelajar SMVK 90/91 telah di adakan di luar KFC jalan Stadium Darulaman (Bersebelahan Stadium Darulaman dan juga Hotel Seri Malaysia .Perjumpaan yang pertama kali di adakan di Utara Semenanjung Malaysia .

Ramai juga kawan-kawan yang hadir pada masa tu .Bagi saya hari raya tahun ini sangat meriah sekali dengan adanya perjumpaan ini .Ada yang bersalaman dengan kawan-kawan tapi tak ingat nama ,ada yang sudah berubah wajah (bertambah sihat) ,ada yang masih macam dulu juga dan ada yang sudah beristeri/bersuami dan masih ada lagi yang belum kahwin .

Walaupun perjumpaan ini mempunyai masalah sedikit pasal lokasi ,tapi ia sungguh meriah .Sampai tak sempat nak bersembang lama ..bila cakap dgn kawan ni ..kawan tu pula tanya soalan lain ..lepas tu kawan sorang lagi pula tanya soalan lain ..

Antara kawan-kawan yang hadir dari Langkawi ..aku,jas Ek,Ismail KFL .Dan yang lain Zaki Tyson,Shabani Auto,Din Trash,Khairul Sukmi,Nidzam bunga,Azrin Serawak,Idris(Nawab),Amir BB,Norzaileha PPj,Norhairani PPJ,Zaidi PPN,Rosli Bunga BB,Sazmi PPN,Anuar EK,Mahadzir KFL,Sani PPN,Shaharudin ABM,Mohd Zaini EK,Fazdli BB,Ghazali Auto,Khairul K’on ABM,Zawawi Auto , Muhisham EK,Fesol KFL, dan ada lagi bekas pelajar wanita ... Gambar Zaileha dan Halimaton tak ada dalam simpanan saya .Nanti saya akan dapatkannya .

Gambar- gambar semasa perjumpaan tersebut .Ada lagi gambar yang di ambil menggunakan kamera kawan-kawan yang lain ,harap2 diorang dapat hantar gamabr tersebut semoga jadi kenangan kepada kita .Bagi-bagi ler gambar tu yer .Kepada Nawab email ler kat aku sama ,atau hng masukkan dalam flickr ke , facebook ker, fototpage ker supaya senang kita nak copy ...hehehe . Nanti aku akan upload lagi ..


Apa-pun ucapan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin untuk semua kawan-kawan samada yang hadir ataupun yang tak hadir pada hari tersebut .Ada masa lain kali ,kalau tiada masalah kita berjumpa lagi .Rancang betul-betul harap jadi ...jumpa lagi .
Friday, September 26, 2008
Apa pun kalau ada kawan-kawan yang berminat sila hubungi Din Trash (dulu kat sekolah panggil Din Trash - la ni panggil apa tak tau la pulak ) 017-6918238 . Rasa-rasa dia ada kat Alor Setar . Harap kita berjumpa semula ...datang jangan tak datang ok ..saya janji saya akan datang jika tiada apa-apa masalah .Harap2 kawan yang dok kat KL dan Selangor pun dapat datang - Zaki jangan lupa bagitau kawan-kawan .
Monday, September 22, 2008
Saturday, September 20, 2008
Friday, September 19, 2008
Tajuk : Surat Untuk Ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Moral : Cakap biar teranggg..
Monday, September 15, 2008

Mungkin yang hadir tu mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor .Harap-harap nanti ramai lagi yang pergi jika ada penganjuran .Perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar 90/91 ini di adakan dengan selamatnya .Harap – harap peluang sebegini dapat mengeratkan lagi semangat kawan yang telah lama terputus .Moga akan kekal dan anak-anak pun akan mengenali kita .
Tuesday, September 09, 2008
dapatkan disini..
Anda Akan Tahu Lebih Banyak Mengenai Buat Duit Dengan Internet Dari Lebih 90% Orang Lain di Luar Sana!
Bagaimana ebook ini dapat membantu anda:
Membantu sesiapa sahaja membina kedai online sendiri walaupun tiada asas kemahiran teknikal dapatkan di sini...
Memulakan langkah pertama dalam perniagaan Internet dengan betul
Dapat mengkonfigurasi dan menggunakan beberapa fungsi asas dalam Zen Cart, perisian yang digunakan untuk membina kedai online ini
Jika anda komited untuk berjaya dengan kedai online anda sendiri, mempunyai kemahuan yang kuat dan berani mencuba, anda juga boleh berjaya menjana pendapatan dengan kedai online anda sendiri.
dapatkan di sini...
Sabri Hassan adalah merupakan pelajar tahun akhir B.Sc (Hons) Information System (specializing in EBusiness) di Universiti Teknologi Petronas.
Beliau juga merupakan salah seorang pengasas syarikat konsultansi Ecommerce, SaifulSham Consultants dan pengarang buku bestseller "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"
Dan juga ikuti seminar mereka di Berjaya Times Square …klik pada banner dibawah
Monday, September 01, 2008
Hari Keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi 2008
Sempena menyambut Hari kemerdekaan pada 31 ogos 2008 .Lafarge Malayan Cemen Langkawi telah mengadakan Hari Keluarga 2008 di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi .Hari Keluarga ini telah di adakan di Pantai Pasir Tengkorak antara pantai yang cantik di Langkawi yang terletak di jalan Datai ..berdekatan juga dengan Air Terjun Temurun yang tertinggi di Pulau Langkawi ini .
Bermula dari jam 8.30pg untuk pendaftaran ahli keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi ,sehingga tamat jam 3.30ptg .Banyak acara yang telah di anjurkan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi suasana di Hari Keluarga tersebut .
Ahli - ahli keluarga ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyertai berbagai acara yang di anjurkan .Kumpulan HIJAU,Kumpulan MERAH dan Kumpulan KUNING .Juara keseluruhan untuk acara yang tersebut adalah dari kumpulan HIJAU .Aktiviti atau acara yang di anjurkan oleh penganjur adalah seperti ;
Pertandingan Mewarna kanak2,Susun Puzzle kanak2,Bina Istana Pasir campuran,Solek Bapak Garang,Chopstick Kacang,Solekan SiBUta,Isi Air Dalam Botol,Lontar Peluru Pantai Dewasa,Tiup Belon,Tikar Terbang,Pulangkan Telur Penyu,Mencari Harta Karun,Golf Tangan,Jolok Sarang Tebuan,Bowling Padang,Bola Beracun,...
Atas : Video acara - Jolok Sarang Tebuan - Abah
Bawah : Video Acara Mewarna kanak-kanak - Najibah
Najibah juga mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu Pertandingan Mewarna,Susun Puzzle dan Mencari Harta Karun .Najibah telah memenangi hadiah mencari Harta Karun dan juga Susun Puzzle.Tahniah Najibah .
Abah juga telah menyertai 2 acara yang di anjurkan iaitu Jolok Sarang Tebuan dan juga Pulangkan Telur Penyu ,Nak tahu kedua-dua acara ini telah dimenangi dan menjadi johan .Kedua-dua hadiah pun dah dapat .