Followers

Thursday, September 20, 2012

Iklan aku dan anak2 ku suka di TV

Antara iklan yang kami sekeluarga suka tengok di TV  adalah seperti iklan ini . Menarik ni ..





Thursday, September 13, 2012

Pembangunan Pulau Tuba

Adakah pembanguna di Pulau Tuba akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini ?
Antara pembangunan yg di harapkan adalah ;

1. Elektrik 24jam - tak perlu guna generator lagi  .
   ( Kalau boleh kabel direct dari tanah besar )

2. Pembinaan jambatan dari Pulau Langkawi ke Pulau Tuba - harap jadi kenyataan  .


Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa di Langkawi Sept 2012

Dan ini adalah ucapan ... Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata antara projek yang wajar dibangunkan ialah akademi pelancongan dan jambatan menghubungkan Langkawi dan Pulau Tuba sejauh lima kilometer. Beliau berkata, akademi pelancongan itu penting bagi melatih lebih ramai tenaga kerja berkemahiran dalam bidang pelancongan, manakala Jambatan Langkawi-Pulau Tuba pula perlu sebagai daya tarikan baru dan perhubungan penduduk. ...
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProjekRMKe-10kembalikankegemilanganLangkawi/Article/ 

___________________________________
Join Facebook group Warga Tuba - klik si sini 


Wednesday, August 29, 2012

Sekarang Tanjung Rhu Tutup ?


'Sekarang sudah tutup' ? ..


petang semalam lepas balik kerja aku ajak anak isteri aku pi makan kat Tanjung Rhu .. sampai di tengah jalan Tanjung Rhu tu ada pengawal (rasa2 aku NEPAL) tahan ..
abang mau pegi mana ? 

..Saya nak pi makan . ..
ooo sekarang sudah tutup jalan ni ..lepas jam 5.30ptg kita tutup ..
Pasal apa tutup ..saya nak pi makan saja .. sebelum ok jer ..
Sekarang kita tutup ini jalan , sapa pun tak boleh lalu KEDAI semua sudah tutup ..
( aku tengok jam baru pukui 6ptg ) 
Aku pun undur kereta nak balik .. tiba2 ada sorang mamat tu naik motor ada cangkul dalam raga motor dia angkat tangan kat sekuriti tu dan terus melalui pagar tersebut .. aku pun tanya la sekuriti tu .. 
..eh apsal dia boleh masuk ? 
..itu dia orang sini mahu pegi mancing ..
..saya pun orang sini juga .. 
encik tak boleh masuk .. ( ini double std ) 
aku terus masuk juga ( tengok sekuriti tu keluarkan walkie talkie - entah dia cakap apa pun lantak la .. ) 
Sampai kat hujung pantai Tanjung Rhu .. KEDAI MAKAN masih buka lagi dan ada KEDAI  BAJU pun belum tutup lagi .. tanya sama pelayan kat situ tutup pukul berapa ..dia cakap dalam 7.30ptg . Aku pun siap order ABC 2 Mee kuah dan Nasi paprik kat situ ..lepas makan kami balik . 

Rupa nya pihak sekuriti iaitu wakil Tanjung Rhu Resort sudah tipu sama aku pasal kedai sudah tutup . 
Kalau macam ni ..tak boleh cari makan peniaga kat sini bermula jam 5.30ptg . 
( Lepas balik tu - aku cakap kat sekuriti - awak tipu la ,kedai buka lagi mana tutup pun .. dia kata pulak kita sini tutup jam 5.30ptg - putar belit - tadi hang kata kedai dah tutup  . 

Pelancong asing ni pun kena pusing balik

Pastu dalam gambar kat atas tu masa aku nak balik dah ada pelancong asing naik motor tak dapat masuk sebab jalan di tutup  - Ya sekarang Tanjung Rhu dah tutup jalan selepas 5.30ptg - HAK DEPA )

Kalau di perhatikan kat Langkawi ni sekarang kebanyakkan Hotel bertaraf 5 bintang akan ambil tindakan kawasan pantai jadi hak depa dah .. pantai pun dah depa pagar ..boleh pi tengok kat The Danna , Tanjung Rhu Resort pastu sekarang jalan ke datai pun dah di buat asing (melalui hutan)dan jalan ke tepi laut mnungkin jadi hak milik Datai Golf kot ..

itulah Langkawi tanah tumpah darah ku ...





Friday, August 24, 2012

Gambar di Cable Car Langkawi

Pada bulan puasa hari tu .. pihak Panorama Langkawi - empunya pengurusan Langkawi Cable Car telah memberi diskaun kepada semua pelancong yang datang ke Cable Car . 
Bagi penduduk Langkawi atau rakyat Malaysia harga tiket utk dewasa pada bulan puasa  RM10 sahaja dan anak-anak RM5 .

Jadi apa lagi ambil peluang la ..bawa anak isteri naik gunung Mat Cincang tu .. 




























Tuesday, August 14, 2012

Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang - Utara - Sinar Harian


LANGKAWI - Kes kecurian barangan berasaskan besi sekitar taman perumahan, di sini mengundang rasa resah kalangan penduduk. Mereka tidak bertanggungjawab sanggup menggeledah rumah tinggal atau rumah bakal diduduki bagi menjalankan kegiatan terbabit.
Habis segala pendawaian terdapat dalam rumah tidak berpenghuni dirembat dan dijual kepada pengusaha premis besi buruk haram.
Pantang terlepas pandang, tindakan mencuri segala apa boleh dijadikan duit oleh mereka ini cukup menimbulkan kegusaran apatah lagi dengan bertambahnya bilangan kedai besi buruk haram di Langkawi.
Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang

Hampir 25 kedai besi buruk
MAKLUMAT diterima Sinar Harian, hampir 20 premis besi buruk dan barang lusuh haram menjalankan aktiviti mereka di seluruh Langkawi, manakala hanya lima yang mempunyai lesen perniagaan sah daripada pihak berkuasa  tempatan (PBT).
Aktivis Sosial Langkawi, Mohd Hafizzudin Azman, 31, berkata, bilangan premis haram itu cukup menggugat imej Langkawi, bahkan kewujudannya seolah menggalakkan kes kecurian besi, pendawaian elektrik, kabel dan juga besi  penutup longkang sekitar perumahan.
"Segala yang boleh dijadikan duit 'disapu', tiang pagar pun dirembat, kerja gila ini, hendak salahkan pihak polis kerana tiada tindakan pun tak boleh juga.
"Yang penting siapa yang memberi kebenaran kepada pengusaha besi buruk ini,” katanya ketika meninjau salah sebuah premis haram sekitar laluan menuju ke Kampung Padang Gaong bersama Sinar Harian.
Mohd Hafizzudin berharap pihak berkenaan tidak hanya membiarkan premis haram itu tumbuh bagai cendawan selepas hujan di pulau ini.
Menurutnya, kekerapan pemantauan dan operasi patut dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini.
Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang
Premis didakwa dilindungi
MOHD HAFIZZUDIN juga mendakwa ada segelintir premis terbabit kebal dan menjalankan operasi sesuka hati kerana dilindungi oleh pihak tertentu.
"Sampai bila kita mahu mereka ini bebas melakukan jenayah termasuklah kes kecurian motor dan lain-lain.
"Apakah tiada operasi bersepadu di peringkat daerah supaya gejala ini dibanteras dan kegiatan premis haram dapat dihapuskan agar Langkawi bebas daripada kes kecurian yang membimbangkan penduduk,” katanya.
Mohd Hafizzudin berkata, sekiranya operasi bersepadu dapat dijayakan ia juga dapat mengimbangi pertindihan kuasa antara agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam hal berkenaan.
"Peranan Ahli Majlis dari pihak PBT juga diperlukan kerana mereka ini sebagi mentor kepada penduduk dan segala permasalahan setempat perlu diambil tahu,” katanya.

Diusahakan warga asing
TERDAHULU, tinjauan dilakukan di beberapa kawasan premis besi buruk haram sekitar Kampung Belanga Pecah, Jalan Batu Asah dan Kampung Bukit Temi serta laluan menuju ke Gunung Raya.
Difahamkan, salah satu kawasan berkenaan terdapat premis yang dikatakan cukup kebal daripada tindakan telah diusahakan oleh individu dari negara jiran yang menggunakan pas lawatan sosial untuk menjalankan perniagaan itu.
"Mereka ini cukup kebal, malah ada mendakwa bayaran dibuat terhadap besi buruk yang dijual juga bukan sahaja berbentuk wang ringgit,” katanya.
Semasa tinjauan bersama aktivis sosial baru-baru ini, terdapat golongan muda keluar dan masuk ke salah sebuah premis berkenaan.
Timbul tanda tanya apabila ada antaranya membawa barangan lusuh dan ada tidak membawa apa-apa, tetapi mengambil masa sekitar 15 minit semasa ke premis tersebut dan keluar semula.
Turut dipersoalkan, sama ada selain menjalankan perniagaan besi buruk secara haram, adakah ia turut menjadi pusat pengedaran 'barang' terlarang kepada golongan muda dan belia sekitar Langkawi kerana ia dijalankan secara  tertutup.
Dalam tinjauan pada hari tersebut, turut kelihatan seorang pemuda sedang membawa tiang pagar kelihatan baru yang telah dipotong ke salah satu premis terbabit.
Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang

SPRM perlu bertindak
MOHD HAFIZZUDIN turut berharap agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Langkawi melakukan tindakan segera dan menyiasat hingga ke akar umbi kegiatan tidak sepatutnya di pulau pelancongan itu.
“Saya percaya kegiatan ini dilakukan dengan perancangan teliti dan terdapat pihak dan agensi terbabit terlibat secara langsung dalam aktiviti haram ini.
“Saya dimaklumkan bahawa terdapat kutipan duit secara bulanan oleh pihak terbabit bagi melindungi dan menghalalkan segala aktiviti haram yang dijalankan oleh premis itu. Jika perkara ini berlaku ia cukup parah,” katanya lagi.
Menurutnya, dia turut menerima maklumat terdapat rangkaian terancang berkaitan dengan isu kecurian motor atau sebagainya, dimana terdapat pihak membantu bagi melupuskan dan menghilangkan bahan bukti dengan cepat.

Perlu jawatankuasa khas perlesenan
MOHD HAFIZZUDIN juga mencadangkan agar pihak PBT mewujudkan jawatankuasa khas perlesenan bagi memantau berkenaan isu yang dibangkitkan.
"Kumpulkan kesemua agensi terlibat dan agensi pelengkap untuk menangani perkara yang menjadi duri dalam daging kepada penduduk sekitar terutama melibatkan golongan muda dan belia di Langkawi.
"Saya mohon pihak yang berperanan dan yang menjadi pegawai pelaksana tampil untuk sama-sama membanteras gejala ini dan jangan hanya menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan penguatkuasaan yang ada," katanya.

Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang - Utara - Sinar Harian

Monday, July 02, 2012

Makan di Tasik Dataran Lang Langkawi

Tahukah anda Gerai Laksa Penarak di Tasik dekat dgn Dataran Lang Langkawi ? 

Makanan kat sini sedap2  - boleh di katakan semua jenis masakan  . Kami singgah makan Laksa  , rojak sotong dan Otak - otak  ..

Singgah sini pasai ada pelancong yang masih belum checkout lagi kat homestay . Depa mintak keluar lewat skit .. takpa tak kalut sangat ..jadi bawa anak beranak mai makan kat Laksa Penarak ni le .. Dalam 20 kali kami pi makan kat situ mungkin 2 atau 3 kali kami try makan di gerai sebelah yg berdekatan - tapi Laksa Penarak lah selalu nya kena dgn selera  kami  .. 

Lain kali pi lagi .. 




Jambatan di Tasik Dataran Lang yg di cat baru 


Cat baru pun baru nampak cantik skit





Wednesday, June 27, 2012

Gambar Najibah Najihah dan Nabil

Gambar Najibah Najihah dan Nabil

Najibah dan Najihah - Baju dari jahitan mama ..






Monday, June 18, 2012

Panduan buat Cupcake di rumah


Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah Sangat Lumayan?

Kenapa ya? Sudah tentu.

1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaj boleh melakukannya walaupun tanpa pengalama perniagaan.

Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia 
langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.


Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan,
perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar
Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.

Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan
bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.

Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.

Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi


Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.
 

 


Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan

1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.

Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dari rumah secara part time.

Dapatkan segera! Klik sahaja link dibawah ini.


Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Salam Usahawan!






Monday, June 11, 2012

Sekitar Cable Car Langkawi

Ni gambar sekitar Cable car Langkawi . Tempat bermesra dengan arnab peliharaan . Masuk free tapi makanan arzab RM1 sebungkus . 
Rusa pun RM1 sebungkus . Sebenarnya kat sini ada juga Harimau - tapi kat dalam sabuah restuarant di Oriental village ni .. Sambil minum kat situ sambil tengok harimau tu berkeliaran di dinding kaca lutsinar . Owner restaurant tu punya .