Followers

Friday, June 01, 2012

Dataran Lang Langkawi

Pi Dataran Lang Langkawi .
Walaupun cuti sekolah tak sempat nak balik kampung . Kami pi jalan - jalan juga . Hari ni pi Dataran Lang . Ramai juga pengunjung kat sini . Tapi Dataran Lang ni burung lang kat sini baru jer siap di cat semula . Jadi semua geri yang terdapat di sini masih lagi di tutup .

Selalu nya musim cuti banyak juga gerai yang buka . Tapi sekarang macam sunyi jer . Tak tahu la mungkin dah tutup terus kot . Takpa , apa yg penting pengunjung semua datang nak bergambar dgn burung lang ni jer . Kami pun tak lepaskan peluang . bergambar juga .




Wednesday, May 23, 2012

Hari Keluarga Lafarge 2012 di Pantai Cenang

Tarikh : 19 Mei 2012 
Lokasi : Langkapuri Inn Pantai Cenang 

Pada setiap tahun Lafarge langkawi akan mengada kan hari keluarga utk pekerja nya . Selama 4 tahun berturut turut Langkapuri Inn di Pantai Cenang menjadi lokasi utk hari keluarga ini . Sebelum itu pihak pengurusan kilang mempunyai 3 pilihan - dan undian di buat oleh pekerja - majoriti memilih Langkapuri Inn Pantai Cenang .

Kami booking bilik selama 2mlm di sini .

Banyak acara yg menarik di ada kan . Mandi adalah peluang keemasan kami . Sebab tu yg tiduq 2 mlm . Malam sebelum hari keluarga di adakan pertandingan dam / catur / karom serta karaoke . Jamuan malam juga di sediakan utk semua ahli dgn bayaran RM25 utk sekeluarga - makan sampai kenyang .
_________________________________________

Acara : Hang Baling Aku Sambut
__________________________________________

__________________________________________________

Perasmian hari keluarga Lafarge Cement Langkawi 2012
__________________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________







Tuesday, May 15, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru 2012 - Sekolah Keb Ewa Langkawi 

Sempena sambutan hari guru tahun ini ,pihak sekolah telah menjemput semua ibubapa datang sarapan pagi di kelas pelajar masing-masing  bersama pelajar / cikgu kelas dan ibubapa .

Selepas itu jam 8.30pg - Sambutan bermula di dewan sekolah , dengan tetamu jemputan YB Rawi . Yang menariknya semua cikgu - cikgu menyanyi lagu guru dan berikrar di hadapan ibubapa dan semua murid . Bersemangat sekali .

 Dan di akhir sambutan ini - simbolik penyerahan ROTAN daripada Yang Di Pertua Ibubapa dan Guru Encik Yon kepada Guru Besar Cikgu Ramli .  .. apapun .. Selamat Hari Guru utk semua cikgu - cikgu Sekolah Ewa serta semua guru yang telah berkhidmat sekian lama  .. Terima kasih cikguuuu... 
---------------------------------------------------------------------------

Video - Ikrar cikgu2 di hadapan ibubapa dan murid - begitu bersemangat sekali
---------------------------------------------------------------------------


Memotong kek sempenan Hari Guru 2012

acara potong pulut kuning 


Guru Besar Cikgu Ramli menyampaikan ucapan sempena Hari Guru

( Kelihatan YB Rawi dan Che Yon serta PaK leh )


tengok apa tu ?
----------------------------------------------------------------------------



Video - Nyanyian drp guru2 Sek Keb Ewa 
----------------------------------------------------------------------------

Nurul Najibah bersama Cikgu Sahlan

Sarapan pagi ibubapa dan guru kelas  di Kelas 3 Bestari

Sarapan pagi ibubapa dan guru kelas  di Kelas 3 Bestari

Begitu bersemangat  pelajar tengok cikgu2 menyanyi






Malam penyampaian anugerah perkhidmatan Lafarge Malayan Cement Langkawi di Bayview Hotel

Tarikh : 15 mei 2012
Tempat : Bayview Hotel Langkawi

Menghadiri bersama isteri utk malam anugerah ini . Dah bersama syarikat selama 15 tahun  .  Anugerah ini di berikan kepada pekerja yang berkhidmat selama 10 tahun , 15 tahun dan 20 tahun - seramai 37 orang pekerja yang di raikan oleh syarikat .