Cuti sekolah pertengahan tahun .. sebelum bula puasa .
Kami menginap di Langkapuri Inn Pantai Cenang . Ambil apartment 2 bilik . Ini pasal anak2 ajak mandi laut . Rasa2 tahun ni ..ini kali pertama kami mandi laut . Dah lama tak mandi laut - mungkin pasal Najib kecil lagi ...
Tidur semalam kat sini boleh la mandi di petang dan pagi sebelum berangkat balik .
Tarikh : 28 Sept 2013
Lokasi : Langkapuri Inn , Pantai Cenang Langkawi
Setiap tahun pihak syarikat telah mengadakan hari keluarga di lokasi yang sama iaitu pusat penginapan Langkapuri Inn Langkawi di Pantai Cenang Langkawi - rasa rasa dah 4 tahun berturut turut di adakah di sini . Mungkin servis dan juga layanan yang di berikan oleh pihak penginapan ni .
Banyak juga aktiviti permainanan yg di jalankan , kerjasama oleh teman kerja , keluarga bergembira .. yang best tu anak anak asyik nak ajak mandi laut jer .. apalagi tidur 2 mlm terus kat situ ..
*************************************************
VIDEO
_____________________
____________________________
____________________________
Pada malam sebelum bermula nya Hari Keluarga - Makan malam juga di sediakan di Langkapuri Inn utk semua penginap Lafarge . Best .
Sekarang ni dah mula dah cuti persekolahan selama 1 minggu .
Jadi Pulau Langkawi antara tempat pilihan pelancong utk bercuti . Jadi sahabat sekolah aku Rosli ( smvk 90/91 - Rosli BB ) mai melancong bersama keluarga mertua . Menginap di Pantai Cenang Langkawi . Jadi semalam kami bersembang segala hal termasuk dgn Ismail ( Mail KFL - SmvKangar 90/91 ) yg mempunyai bengkel di Langkawi .
Mail ada syarikat di Langkawi KIMPALAN ISMA terletak di Kedawang - menyediakan perkhidmatan berasaskan besi , welding pair air JBA ( Welder bersijil ) dan khidmat pengangkut barang2 .
Kami bersembang hampir jam 2.00pagi di Cenang . Masing masing mata dah nak jadi Drakula - merah . Tapi masih banyak nak di sembangkan .. kalau ada kawan2 yg mai Langkawi nanti calling calling la .. kalau ada masa kita jumpa .. Roslan - 0194172177 .. Mail KFL - 012-5140509 .. Hasbullah Hussin (SmvKangar 90/91 - Auto ) - 013-4051974 ... Tongga ( Smvkangar 90/91 - Auto ) - 012-5548396 .. Mad Jas ( Smvkangar 90/91 - Eletrical ) - 0174256731 .. Azli Abdullah ( Smvkangar 90/91 - PPU ) - 01112441047
Pada setiap tahun Lafarge langkawi akan mengada kan hari keluarga utk pekerja nya . Selama 4 tahun berturut turut Langkapuri Inn di Pantai Cenang menjadi lokasi utk hari keluarga ini . Sebelum itu pihak pengurusan kilang mempunyai 3 pilihan - dan undian di buat oleh pekerja - majoriti memilih Langkapuri Inn Pantai Cenang .
Kami booking bilik selama 2mlm di sini .
Banyak acara yg menarik di ada kan . Mandi adalah peluang keemasan kami . Sebab tu yg tiduq 2 mlm . Malam sebelum hari keluarga di adakan pertandingan dam / catur / karom serta karaoke . Jamuan malam juga di sediakan utk semua ahli dgn bayaran RM25 utk sekeluarga - makan sampai kenyang .
Sampai saja aku terus booking 2 bilik di Cenang Beach Motel kat Pantai Cenang . Kami tidur 1 mlm kat situ . Lokasi berhadapan atau bertentangan dengan Restoran Haji Ramli . Sempena cuti Raya Cina ramai sungguh pelancong yang datang Langkawi .
Kami mandi di kat sini sampai puas hati . Lepas tu makan malam kat restoran haji ramli . 2 ekor ikan - sekor siakap putih buat stim dan sekor lagi siakap merah masak 3 rasa . Tomyam . Pehh... kenyang.. Pastu ronda-ronda kat pantai cenang dan cuci cuci mata kat sana .
Lokasi di Pantai Cenang Langkawi akan berubah wajah dari 2011 - 2015 .
Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ].
Ni nak info skit kepada pelancong ..
Boleh di katakan seluruh penginapan yang berada di tepi Pantai Cenang ( yg menghadap ke laut ) akan ranapkan . Pelangi Resort dan Casa Der Mar selamat dan Underwaterworld pun selamat . Selepas Casa Der Mar semua penginapan atau chalet akan di roboh kan ..antaranya Melati Tanjung / Restaurant / AB motel / Malibest / Sandy Beach Resort / BestStar Resort / Langgura Baron / Nasi Kandar Tomato dan yang seangkatan dengan nya . Kawasan ini adalah di antara Casa Del Mar dan Underwaterworld
Tempat yang di robohkan ini akan di bangunkan hanya untuk pejalan kaki sahaja - dan pantai dan laut jelas kelihatan walaupun dari seberang jalan . Menarik bukan! . Semua mereka (pengusaha yg terlibat) di beri pampasan dan di pindahkan ke lokasi lain - detail klik kat sini dan download (kalau nak download la).
Projek ini di jangka siap pada 2015 . Sebuah Hotel bertaraf 4 bintang akan di bangunkan - mungkin di tapak Nadias Inn Resort .
Selamat maju jaya untuk penduduk Langkawi .
Sila klik di bawah ini tahu lebih lanjut. _________________________________