Followers

Wednesday, January 04, 2012

Mandi di Laketown Waterpark Bukit Merah

Nak upload sikit masa penghujung cuti bulan disember . Kami tidur semalam kat Laketown hotel . Mandi kat Laketown waterpark . Kat Bukit Merah .
Tak sempat nak update . Selepas tidur 2 mlm kat rumah tok dan tokwan di Alur Ganu . Dapat idea nak pi Penang . Tak jadi pulak . Terus ke Bukit Merah Laketown .
Mandi punya mandi sampai terlupa nak pi tengok Orang Utan kat pulau di Bukit Merah ni . Nanti kita mai pulak - ajak maklong sekali .
-
-
Mula-mula sampai tu takde tempat nak parking dah . Punya la ramai kat sini . Pihak hotel cakap parking kat luar sana lepas tu nanti petang boleh ler parking kat depan hotel - pasal orang dah mula balik . oh..macam tu ke . Ni ada skit video dan gambar aku upload kat sini ...







Monday, January 02, 2012

Langkawi - Cenang akan berubah wajah pada 2015

Lokasi di Pantai Cenang Langkawi akan berubah wajah dari 2011 - 2015 .
Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ].

Ni nak  info skit kepada pelancong ..
 
Boleh di katakan seluruh penginapan yang berada di tepi Pantai Cenang ( yg menghadap ke laut ) akan ranapkan . Pelangi Resort dan Casa Der Mar selamat dan Underwaterworld pun selamat . Selepas Casa Der Mar semua penginapan atau chalet akan di roboh kan ..antaranya Melati Tanjung / Restaurant / AB motel / Malibest / Sandy Beach Resort / BestStar Resort / Langgura Baron / Nasi Kandar Tomato dan yang seangkatan dengan nya .
Kawasan ini adalah di antara Casa Del Mar dan Underwaterworld
 Tempat yang di robohkan ini akan di bangunkan hanya untuk pejalan kaki sahaja - dan pantai dan laut jelas kelihatan walaupun dari seberang jalan . Menarik bukan! . Semua mereka (pengusaha yg terlibat) di beri pampasan dan di pindahkan ke lokasi lain - detail klik kat sini dan download (kalau nak download la).

Projek ini di jangka siap pada 2015 . Sebuah Hotel bertaraf 4 bintang akan di bangunkan - mungkin di tapak Nadias Inn Resort .

Selamat maju jaya untuk penduduk Langkawi .

Sila klik di bawah ini tahu lebih lanjut.
_________________________________

_________________________________







Sunday, December 25, 2011

Aiskrim Goreng - Cara cara buat Aiskrim goreng

Mama Nabil beli aiskrim dan roti keping nak buat aiskrim goreng .
Kat sini kami sekeluarga nak tunjuk cara nak buat aiskrim goreng .
Idea timbul masa beli aiskrim goreng kat Uptown Kuah . Lepas tu cari info dalam internet .

Bahan-bahan nak buat aiskrim goreng ;
1. Aiskrim  - ikut suka perasa apapun
2. Roti Keping - 2 keping roti
3. Minyak masak

Cara-caranya ;
- Ambil  satu scop atau 2 scop aiskrim letakkan di atas sekeping roti . Dan lepas itu tutup dgn sekeping lagi roti di atas aiskrim tersebut .
Ambil cawan dan tekan pada roti tersebut . Potong bahagian roti yang tidak di perlukan . Lihat pada gambar ,pasti jadi punya .
Lepas tu masukkan aiskrim tersebut ke dalam pei sejuk dan biarkan semalaman . besoknya boleh goreng .. pehh rangup roti dan sedapppppppppppp ..


1. Sediakan 2 keping roti dan airskrim

2. Letakkan 1 atau 2 scop aiskrim

3. Tutup dgn sekeping roti di atas aiskrim tersebut

4. Tekan cawan dgn kuat ke atas roti tadi

5. Bentuk roti dan aiskrim dah jadi


Video ringkas cara buat aiskrim goreng


6. Setelah di goreng

7. Aiskrim di dalam roti yang telah di goreng tadi

8. Selamat mencuba sedapp .. rangup ..

Nasihat : Jangan makan banyak sangat nanti terkena penyakit kencing manis .


 




Shopping di Langkawi Billion Supermarket dan Langkawi Fair Shopping Mall

Hari ni pi shopping kat supermarket Billion . Dekat dgn jeti kuah dan Komplek Lada . Sebelum ni kami selalu pi shopping kat TSH supermarket . Sekali sekala tukar angin .
Ada sesetengah orang cakap kat sini murah skit barang berbanding dgn TSH . Tapi sesetengah barang jer .
Selepas habis shopping kami ronda2 kat Langkawi Fair Shopping MAll pulak . Nak relak kejap . Sambil2 tu NAjibah pi beli makanan ikan - sambil2 pakat bagi makan ikan di dalam kolam  .
- Skit info : Billion supermarket kat Langkawi ni adalah bersambungan bangunan dgn Langkawi Fair Shopping Mall - Lokasi bersebelahan dgn Komplek LADA dan juga Jeti Kuah
Nabil pun join sama .
Pastu kami lajak ke restoran di lokasi Trimula - Makan tengahari ( restoran yang kegemaran kami kalau mai kat KUAH ni )  ..hehehe ...




Semasa dok shopping kat Billion Supermarket ni kami terserempak pula dgn KIAH PEKASAM . Apa lagi bergambar sakan ler - siap berpelukan pulak tu .







Wednesday, December 21, 2011

Homestay di Langkawi

Cakap pasal homestay ni ..
Maklong Najibah pun dah ada homestay baru .
Beli rumah ni kat Tmn Nilam Langkawi juga .
Alang- alang dah ada 2 rumah - yang satu ni buat homestay .
Ok la ..dapat juga bantu pelancong yang datang ke Langkawi - yang keluarga ramai dan nak kurang kos . Amat sesuai sekali adanya homestay ni

Lokasi : No. 422 Tmn Nilam ,Jln Ayer Hangat , 07000 Langkawi

Murah juga la ;
3 blk bilik tidur
ada aircond lagi
RM150 utk 2h1mlm







Monday, November 21, 2011

Bolasepak Sukan Sea Jakarta Akhir - Malaysia tewaskan Indonesia

Syabas Malaysia . Malaysia boleh ..Malaysia menang..
Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas utk bolasepak sukan sea di Jakarta . Stadium Gelora Bung Karno sunyi sepi setelah sepakan penalti yang di lakukan oleh Badroll Bakhtiar menembusi penjaga gol Indonesia .
Yahooooo.. Malaysia mengalah kan Indonesia untuk kali 2 ini . Ternyata skuad bolasepak Malaysia ini menunjukkan semangat yang kental ..teruja tengok permainan yang mendebarkan . Malaysia boleh .. yang hebatnya .. Lagu negaraku berkumandang dan dgn jelas sekali bendera - Jalur Gemilang di naikkan di Stadium Bung Karno ini .

DENGAN INI DI UMUMKAN MALAYSIA JUARA KESELURUHAN SUKAN SEA JAKARTA 2011
 hehehehee...
Saksikan Video kemenangan yang Malaysia mengalahkan Indonesia


Di bawah ini  tajuk tajuk berita tentang bolespak Final Malaysia mengalahkan Indonesai sukan SEA Jakarta

Tuah Baddrol, belang Apek - Harian Metro

Syabas Harimau Muda! - Sinar Harian online 


Syabas Malaysia! - Utusan Malaysia


Tiger cubs roar  -  News Straits Times



SYABAS MALAYSIA >>MALAYSIA BOLEH >>TAHNIAH UNTUK SEMUA ..






Wednesday, November 16, 2011

Bawa Nabil Ke Taman Burung Langkawi ( Langkawi Wildlife Park )

Hari ni kena mengasuh Nabil lagi .

Kakak Najibah sekolah Ewa
KakaK Najihah Kemas Lafarge
Mama pergi belajar menjahit .
Aku keja petang . Jadi kena la jaga Nabil sampai 12tgh .
Jadi 9pg bertolak pi ke Taman Burung Langkawi - masuk tunjuk IC boleh la tiket RM8 .
Nampak Nabil teruja sangat2



Wednesday, November 02, 2011

Bersama Pemain Bolasepak Kebangsaan di Komplek Kraf Langkawi

Hari ni tinggal Najihah tak pergi Kemas ..  . Mama pegi belajar menjahit  dan Najibah ke sekolah . Nabil ada dgn Shafrina anak jiran ( Kak Suri ) .
Jadi bawa Najibah pegi bayar duit kereta .. pastu balik singgah di Komplek Kraf Langkawi di Teluk Yu . Kat sini ada Minggu Kraf dan Budaya selama 3 hari . Bermula dari 1 - 3 Nov , banyak juga aktiviti yang di jalan kan antaranya pertandingan Congkak , jualan barang IKS mencorak dan mewarna batik dan lain-lain lagi ...



Sahabat Lama org kuat Sinar ( On Pa ) bersama Aidil


Bersama skuad Bola Sepak Kebangsaan menyertai acara mewarna Batik

Pelancong juga terlibat

Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Ewa juga di jemput

bersama jurulatih kebangsaan - Rajagopal