Followers

Thursday, November 08, 2012

Graduation and Concert day 2012 - Tadika Cahaya Intelek Langkawi

Malam di Dewan Akademi Koreksional Kuah Langkawi  

Tadika Cahaya Intelek telah mengadakan malam graduasi utk semua pelajar nya dari 4 tahun hingga 6 tahun . Najihah juga terlibat - 5 tahun . Malam terakhir sebelum cuti panjang di tadika ini .. di mana semua anak 6 tahun akan meninggal kan tadika ini .

Najihah ada lagi 1tahun di tadika ini . Pada malam ini semua acara yg disusun telah disertai oleh semua anak2 . Najihah terlibat dgn 2 acara  - Marjani Dance dan Chika Dance ( Bollywood ) - Malam ini juga bertemakan " Bollywood Nite " .

Terima kasih kpd guru2 di Tadika Cahaya Intelek kerana dapat memberikan keyakinan dan keberanian kpd anak-anak ini .. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
VIDEO

Marjani Dance



Chika Dance
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Thursday, November 01, 2012

Kabel elektrik dasar laut dibina di Pulau Tuba - Nasional - Sinar Harian

LANGKAWI - Dua kabel elektrik dasar laut akan dibina bagi menambah baik kualiti bekalan elektrik di Pulau Tuba dekat sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata projek kabel dasar laut yang bernilai RM45 juta itu akan dapat menyelesaikan masalah gangguan elektrik yang kerap berlaku di pulau berkenaan.
"Kabinet sudah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek kabel dasar laut itu. Kita akan bina dua kabel kerana apabila satu rosak, ada satu lagi yang boleh berfungsi.
Bekalan (kabel elektrik) ini apabila siap boleh bertahan untuk 15 tahun lagi," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Pulau Tuba hari ini.
...dahulu hingga sekarang Pulau Tuba masih menggunakan generator yg di sediakan oleh TNB walaupun langkawi telah mendapat gelaran Bandaraya Perlancongan...

Beliau berkata kabel dasar laut sepanjang empat kilometer itu akan dibina merentasi laut dari Pulau Tuba ke Kuah dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Najib berkata kerajaan juga akan membantu membaiki jambatan sedia ada yang menghubungkan antara Pulau Dayang Bunting dengan Pulau Tuba bagi keselesaan penduduk.
"Segala kemudahan adalah jasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kita akan lakukan tindakan untuk baik pulih jambatan Pulau Dayang Bunting ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau yakin Pulau Tuba akan terus menjadi kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan lebih 90 peratus pengundi di situ akan menyokong kepimpinan kerajaan pusat.
anak anak aku ni seronok sangat kalau balik kampung 


"Pada 2004, peratusan pengundi yang menyokong BN adalah 93.7 peratus, manakala pada 2008 ialah 83.4 peratus, turun sedikit. Tapi kalau inilah gambarannya (kehadiran yang ramai pada majlis hari ini), kita yakin pada pilihan raya umum akan datang sama ada akan diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kita akan kembali ke tahap (sokongan) 93 peratus sekurang-kurangnya," katanya.
Klinik 1Malaysia di Pulau Tuba - dekat jeti Tuba

Pada majlis itu Perdana Menteri juga merasmikan Klinik 1Malaysia di pulau berkenaan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaacob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta Timbalannya Datuk Mohd Johari Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah...
...Pada sebelah petang beliau ke Langkawi, dengan program pertama adalah melancarkan Penjenamaan Baharu Langkawi. Beliau kemudian merasmikan sebuah feri baru milik JMV Ferry Services Sdn Bhd sebelum ke Pulau Tuba.- Bernama



Langkawi kini dikenali 'Naturally Langkawi'

  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, 'Naturally Langkawi' atau Langkawi Serba Asli yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 VIDEO


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menurut beliau, Pulau Langkawi telah membina jenamanya yang tersendiri sejak sekian lama dan ia perlu diperkukuhkan lagi.
"Penjenamaan tersebut adalah satu daripada inisiatif yang penting kerana ia akan sentiasa bersaing dengan pulau-pulau pelancongan terkenal di dunia.
"Dengan adanya penjenamaan yang kukuh, Langkawi akan lebih dikenali dan lebih menarik di antara pulau-pulau lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan penjenamaan baharu Langkawi di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini semalam.

Saturday, October 27, 2012

Korban dan Aqiqah di Perumahan A Lafarge Cement Langkawi - raya ke 3

Pada hari raya ke 3 Aidil adha - 28oktober 2012 .
Perumahan A Lafarge Cement Langkawi telah pun mengorbankan 2 ekor lembu . Antara gambar gambar yg telah di ambil masa aktiviti ni .. 





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Video 





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Sunday, October 21, 2012

Info menarik drp sahabat dari Facebook

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA
bersama2.. insyallah



Balik Kampung Selat Lubuk Chempedak


Walaupun waktu nak balik kampung takde - aku memang nak balik juga . Jadi ambil cuti sehari . Balik juga ke Selat . Yang best nya makan Sup ..pehh . sebelum ni depa phone saja dari selat kata ." hampa nak makan sup mai la" .. ni kira kali ke 4 dah depa makan sup ..

Qamai pulak tu yang makan  - sampai pening kepala makan sup mak aku buat . Lupa nak ambik gambaq pulak  .

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
 Sapa2 yg nak menggunakan khidmat KARGO di Pulau TUBA dan PULAU DAYANG BUNTING - untuk di bawa ke pulau Langkawi (Pulau Besar) atau sebaliknya nak ambil barang yg banyak ( kereta / lembu / kerbau / simen / papan / minyak / bata / getah dan lain2 lagi )
Boleh hubungi : ROsli - 012-5559056
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jambatan Tuba Selat
Jeti Selat Bagan Pauh





Saturday, October 06, 2012

Annual Dinner 2012 - Four Point Sheraton Langkawi

Lafarge Cement Langkawi ..
Annual dinner di Four Point Sheraton Langkawi dekat Airport .
Ini kali ke 2 buat kat sini - kali pertama dulu dengan nama Langkasuka Resort , sekarang ni dah bertukar kepada Four Point Sheraton Langkawi . Pehh pool dia besaq dan luas .

DJ jemputan malam - sapa lagi kalau bukan DJ Sham .
Artis jemputan pulak - KPK dengan anak dia .


Cabutan bertuah ada 90 cabutan . Malam tu tunggu sampai habih cabutan - hampehhh 90 cabutan - memang tak bertuah aku ...tak dapat ... 

Tapi tak sangka pulak Best Dress Winner - boleh kat aku  hhihihi .. :) 









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
VIDEO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~