Majlis perkahwinan sepupu - Latif dan isteri di Tok Jalai . Pada kenduri tersebut kami sekeluarga hadir . Pada hari tersebut juga selepas makan kenduri kami akan berangkat pulang ke Langkawi . Biasa la besok hari persekolahan akan bermula .
Meriah sungguh kenduri ni . Ramai yang hadir . Sempat juga bersembang dengan adik beradik yang hadir di majlis ni . Paktam pun tak menang tangan . Ucapan tahniah .
Semoga pengantin akan berbahagia sehingga ke akhir hayat .
Ni ada upload skit gambar pengantin dan juga video yang sempat di ambil pada masa majlis tersebut .
Singgah sebentar di jalan utama tepi Langkawi Airport .
Lokasi di sini memang menarik . Tepi airport ni di kelilingi oleh laut yang tenang dan bersama dengan tiupan angin yang mesra alam . Pekena pula LAksa POWER - pehhh memang kawww .
Kami menjamu selera kat sini dan Nabil pula tidur kat dalam kereta .
Di sini ada 2 , 3 buah lori perniagaan yg kecil menjual makanan petang seperti Laksa , Bihun Sup , Rojak dan juga minuman . Sesiapa nak try kat sini boleh la.. dgn angin sepoi sepoi bahasa .
Pengaturcaraan PHP & MySQL merupakan perisian sistem yang banyak digunakan dalam pembangunan sistem masa kini. Contohnya ialah seperti laman web popular seperti facebook.com juga dibangunkan menggunakan PHP & MySQL. Objektif kelas ini ialah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membangunkan laman web menggunakan pengaturcaraan PHP dan juga memanipulasi data di pangkalan data menggunakan MySQL.Oleh kerana kelas ini mensasarkankepada mereka yang ingin menggunakan
pengaturcaraan PHP dalam membangunkan laman web interaktif, maka sebaiknya peserta mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam pengaturcaraan HTML.
Atau juga sekurang-kurangnya pernah menggunakan pengaturacaraan moden yang lain yang melibatkan pemanipulasian data dalam pangkalan data. Atau juga sekurang-kurangnya pernah membangunkan laman web menggunakan perisian lain seperti Front Page, Dreamweaver dan lain-lain. Namun bagi mereka yang tidak pernah didedahkan dengan pengaturcaraan, mereka masih boleh memahami kelas ini tetapi mungkin mengambil sedikit masa untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Kelas PHP ini adalah kelas yang sesuai untuk anda kerana ianya adalah 100% kelas praktikal. Semua contoh dan pengaturcaraan dan penerangan dilakukan dengan huraian mudah difahami bagi memudahkan anda mempraktikkan langkah-langkah yang akan ditunjukkan.
Isteri aku pergi kelas menjahit . Dan shift aku kerja petang .
Kalau kerja petang , pagi mesti aku dok kat rumah . Jadi minggu ni kerja petang kena la main dgn Nabil . Mama pergi kelas menjahit dari jam 9.00pg sampai 12 tgh .
Sebelum2 ni dah bawa Nabil ke Taman Burung Langkawi . Minggu ni pulak bawa Nabil ke Taman Buaya Langkawi ( Langkawi Crocodile Farm ) .
Video pertama di ambil guna kamera
Video ke dua menggunakan h/phone aku
Biasa la kami berdua jer , Najibah dan Najihah pergi sekolah . Tiket masuk RM15 + RM1 ( kamera ) . Masa pergi tu dalam 10.15pg . Ok la - time ni 10.30pg ada aktiviti memberi makan buaya . Teruja juga Nabil dan abahnya ..hehehe .
Pastu setiap jam 11.15pg setiap hari ada pertunjukkan persembahan bermain dgn buaya oleh pekerja di tmn ini . Ramai juga pelancong luar yg tengok . Yang tak best nya masa dok ambil video pertunjukkan tu bateri kamera aku weak ..alamak .. apa lagi aku guna h/phone aku ler pulak . Ini ada video yang sempat aku ambil dan upload kat sini ....
Balik rumah kakak2 dan mama tanya pergi mana tadi - Kami hanya tunjukkan video sahaja . Hahaha .. sebenarnya diaorang belum pernah masuk lagi kat situ .. kakak2 nak ajak masuk lain kali .. jawabnya ..takde apa kat situ ..buaya saja ..tak payah la ..
SYARIKAT milik kerajaan negeri Kedah, Permodalan Kedah Bhd (PKB) melabur RM50 juta bagi membina hotel bertaraf tiga bintang di Kuah, Langkawi.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Harun Khalib, berkata pembinaan hotel 14 tingkat yang menerapkan ciri-ciri halal itu dijangka siap dalam tempoh satu setengah tahun...
2 website ni masih baru lagi - dalam 2 minggu dari hari ni . Tapi domain nya dah masuk 2 tahun dah . Kepada mereka2 yg mempunyai khidmat kereta di langkawi dan juga khidmat tour utk island hopping boleh le beli web ni . Pada jangkaan aku dlm masa 2 bulan dari sekarang ni website ni akan menjadi mesra Yahoo , Google dan Bing .
Kenapa ? Sebab ia menggunakan keyword yang akan di taip oleh pelancong yg inginkan khidmat berkenaan . Website ini dgn nama domain keyword amat sesuai sekali .
Dan http://www.langkawiislandhopping.com/ aku gunakan nama PAKSU MARDU sebab dia adalah pelanggan aku. Paksu adalah owner boat menyediakan khidmat tersebut di jeti pelancongan Pekan Rabu .
Sesiapa yg beli nanti boleh la uploadkan lagi page utk khidmat lain - seperti hotel ,mangrove dan juga pakej yang mereka buat .
Sampai saja aku terus booking 2 bilik di Cenang Beach Motel kat Pantai Cenang . Kami tidur 1 mlm kat situ . Lokasi berhadapan atau bertentangan dengan Restoran Haji Ramli . Sempena cuti Raya Cina ramai sungguh pelancong yang datang Langkawi .
Kami mandi di kat sini sampai puas hati . Lepas tu makan malam kat restoran haji ramli . 2 ekor ikan - sekor siakap putih buat stim dan sekor lagi siakap merah masak 3 rasa . Tomyam . Pehh... kenyang.. Pastu ronda-ronda kat pantai cenang dan cuci cuci mata kat sana .
Nak upload sikit masa penghujung cuti bulan disember . Kami tidur semalam kat Laketown hotel . Mandi kat Laketown waterpark . Kat Bukit Merah .
Tak sempat nak update . Selepas tidur 2 mlm kat rumah tok dan tokwan di Alur Ganu . Dapat idea nak pi Penang . Tak jadi pulak . Terus ke Bukit Merah Laketown .
Mandi punya mandi sampai terlupa nak pi tengok Orang Utan kat pulau di Bukit Merah ni . Nanti kita mai pulak - ajak maklong sekali .
-
-
Mula-mula sampai tu takde tempat nak parking dah . Punya la ramai kat sini . Pihak hotel cakap parking kat luar sana lepas tu nanti petang boleh ler parking kat depan hotel - pasal orang dah mula balik . oh..macam tu ke . Ni ada skit video dan gambar aku upload kat sini ...
Lokasi di Pantai Cenang Langkawi akan berubah wajah dari 2011 - 2015 .
Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ].
Ni nak info skit kepada pelancong ..
Boleh di katakan seluruh penginapan yang berada di tepi Pantai Cenang ( yg menghadap ke laut ) akan ranapkan . Pelangi Resort dan Casa Der Mar selamat dan Underwaterworld pun selamat . Selepas Casa Der Mar semua penginapan atau chalet akan di roboh kan ..antaranya Melati Tanjung / Restaurant / AB motel / Malibest / Sandy Beach Resort / BestStar Resort / Langgura Baron / Nasi Kandar Tomato dan yang seangkatan dengan nya . Kawasan ini adalah di antara Casa Del Mar dan Underwaterworld
Tempat yang di robohkan ini akan di bangunkan hanya untuk pejalan kaki sahaja - dan pantai dan laut jelas kelihatan walaupun dari seberang jalan . Menarik bukan! . Semua mereka (pengusaha yg terlibat) di beri pampasan dan di pindahkan ke lokasi lain - detail klik kat sini dan download (kalau nak download la).
Projek ini di jangka siap pada 2015 . Sebuah Hotel bertaraf 4 bintang akan di bangunkan - mungkin di tapak Nadias Inn Resort .
Selamat maju jaya untuk penduduk Langkawi .
Sila klik di bawah ini tahu lebih lanjut. _________________________________