Followers

Tuesday, July 22, 2008

Lawatan ke Galeria Perdana – Kilim Langkawi

Hari cuti ..bawa Najibah ,Najihah dan juga isteri ke Galeria Perdana di Kilim Langkawi .Galeria Perdana adalah tempat di mana di simpan hadiah-hadiah bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad serta juga Dr. Siti Hasmah .


Banyak koleksi pemberian hadiah dari pelbagai kerajaan di dunia ini kepada bekas pemimpin Malaysia ini .Hadiah dari pelbagai kerajaan termasuk juga syarikat koporat serta individu-individu tertentu .


Dahulu dah masuk dah ,tapi kamera dan juga video tidak di benarkan dibawa masuk ke dalam .Sekarang ni sudah benarkan dan boleh diambil gambar serta video di dalam Galeria Perdana .

Jadi … tunggu apa lagi …masuk semula ler… tiket untuk dewasa Cuma Rm5.00 utk dewasa jika menunjukkan I/C ,serta RM2.00 jika ingin membawa masuk kamera .Kepada sesiapa yang ingin melihat berbagai jenis hadiah yang di terima oleh bekas perdana menteri Malaysia bolehlah datang ke Galeria Perdana di Langkawi ini .

Sewa kereta di Langkawi hanya RM50/24jam

Sunday, July 06, 2008


Pesta Mencari Siput Kabung Di Selat Lubuk Chempedak ,Langkawi .




Masa balik kampung di Selat Lubuk Chempedak ,saya tengok orang ramai sedang mencari sesuatu di tepi laut .Dahulu tempat tersebut di kenali oleh penduduk kampung sebagai ‘Bohor Kabung’ .’Bohor’ adalah nama bagi sesuatu kawasan laut yang singkat (tidak dalam) yang mana tempat tersebut diliputi pasir dan orang boleh berjalan kaki melalui tempat tersebut .’Kabung’ pula adalah nama dari sejenis siput yang dipanggil oleh orang kampung dengan nama Siput Kabung .Mungkin sesetengah tempat memanggilnya dengan nama lain .Siput Kabung ini lebih kecil daripada Siput Sudu yang di teknak oleh orang kampung di sini .Siput Sudu ini adalah nama yg di panggil oleh orang kampung .


Dahulu kawasan ‘Bohor Kabung’ memang mempunyai banyak siput di situ .Memang orang tua-tua (orang lama) memungut siput tersebut untuk di makan…dah lama ..masa umur saya 7 – 8 tahun dahulu lebih kurang 27 tahun dahulu .Selepas itu tiada lagi siput yang terdapat kat situ ..yang tinggal hanya nama Bohor Kabung sahaja .


Tapi hari ni bila saya balik kampung dengan anak-anak dan isteri …muncul kembali Siput Kabung ini .Tak tahu sebabnya .Banyak pulak tu .Sekarang ramai orang kampung pergi memungut siput ini .Lokasi nya mudah di Kampung Selat Lubuk Chempedak ,Langkawi .

Apa lagi kami pun ambil peluang makan sama ,siap bawa balik rumah lagi .Di sini ada gambar siput tersebut .Bagi saya mungkin ada sesuatu yang menarik di tempat – pantai tersebut yang menyebabkan munculnya kembali siput ini .


Bayangkan sudah lebih 25 tahun kini muncul kembali …menarik bukan ! Sekarang ni orang kampung masih lagi memungut siput tersebut dana saya pun balik semula kerumah bersama keluarga dan membawa pulang siput yang telah dibelah kulitnya untuk mengambil isi siput tersebut .


Kereta Sewa Di Langkawi dan Pakej Penginapan di Langkawi - Iswara = RM50/24hrs

Wednesday, June 18, 2008


Mengunjungi Underwater World Langkawi

Menjadi penduduk atau kepada semua pekerja yang bekerja di Langkawi amat bertuah kerana promosi dari Underwaterworld Langkawi – Kerana di beri diskaun untuk mengunjungi dan melihat berbagai ikan air tawar dan kehidupan laut pada harga RM10.00 utk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak .


Pada harga biasa untuk mengunjungi Underwater world Langkawi ini pada harga RM28.00 dewasa .Pemberian diskaun untuk penduduk dan pekerja di Langkawi adalah sempena pembukaan semula kawasan tangki /terowong ikan yang telah di racun dahulu .
Najibah sebelum ini telah pun datang mengunjungi Underwater World Langkawi .Tapi bagi Najihah ini adalah yang pertama beliau tengok ikan kat sini .Ingatkan takut ..bersemangat sekali ..seronok tengok aksi – aksi Najihah dan Najibah semasa tengok ikan kat situ .Seronok….!! .Antara yang menarik di tempat tersebut adalah Penguin dan juga aksi Anjing Laut kat situ .Siap bergambar …bukan setakat Najihah dan Najibah jer yang seronok ..termasuk MAMA dia sekali ..amboi lebih-lebih pula !
Ok utk tiket diskaun ini kami hanya membayar hanya RM20.00 sahaja utk 4 orang kami .2 dewasa dan 2 kanak-kanak di bawah 5 tahun .


Sesiapa yang belum datang lagi terutama penduduk Langkawi ,tawaran ini sehingga 30/jun/008 .
Tak tengok rugi .Peluang dah diberi .Buka senang nak dapat diskaun macam ni .
Apapun koleksi gambar disimpan di http://www.flickr.com/photos/roslan
Dan koleksi untuk video di simpan di http://www.youtube.com/roslankasim
Boleh ler link tengok kat situ .

Sunday, June 15, 2008

Majlis Pra Pelancaran SeeMore .

Pada 8jun2008 di adakan majlis pra pelancaran seemore ,iaitu satu perkhidmatan pengiklanan di internet .Seemore adalah satu tapak utk para peniaga mengiklankan perniagaan mereka di serata dunia .Majlis sehari sebelum itu telahpun mengadakan penerangan teknikal mengenai pakej-pakej yang telah di beri .
Pakej -pakej tersebut adalah SMSWORK , BOSSMAILER ,PAYMENT GATEWAY dan IGOMOBILE .


Pada majlis hari pra pelancaran seemore ini ,penyanyi terkenal tanahair ADIBAH NOOR telah dijemput sebagai pengacara majlis .Dan pra pelancaran seemore ini telah di rasmikan oleh Yg Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad .

Pra pelancaran seemore ini telah di adakan di Hotel Istana Kuala Lumpur .Ramai juga perserta yang hadir pada masa itu selain daripada semenanjung termasuk dari Sabah ,Brunei,Indonesia dan juga Singapura .

Bersama En Sidek



Penerangan teknikal mengenai produk-produk seemore ini telah berikan oleh encik Sidek .Beliau menerangkan satu persatu-satu mengenai cara menggunakan pakej ini kepada semua yang hadir .Banyak juga soalan yang di tanya .Ada yang faham dan ada yang kurang faham .

Semoga sesiapa yang hadir pada pra pelancaran ini dapat menjayakan pakej tersebut dengan mudah .Semoga apa yang di harapkan oleh pihak seemore untuk menjadikan ahlinya berjaya di masa depan akan termakbul .

Monday, June 02, 2008

Tip nak tidurkan Anak Kita

1.Waktu perlu tidur ;

Jangan tunggu sehingga anak kita letih utk membawanya masuk kedalam bilik tidur. Seharusnya anak dibawa masuk pada waktu tenang setiap malam (tetapkan masanya secara rutin).Secara perlahan-lahan ,letakkannya di atas katil .Jika boleh padamkan lampu supaya dia tahu ,'gelap' tandanya hari sudah malam dan dia harus

2. Mandi ;

Cuba mandikan anak kita sebelum waktu tidur .Cara ini membuatkan dia selesa dan tenang lebih-lebih lagi dgn wangian drp sabun mandi bayi yg digunakan pd badannya .Jadikan amalan ini rutin sebelum masuk tidur .


3. Selepas Makan ;

Selepas sejam memberi anak kita makan hidangan yang terakhir pada malam itu ,kita perlulah memandikannya dan memberi masa untuk dia bermain .Selepas berpakaian tidur ,bawa masuk dalam bilik ,duduk bersama-samanya dengan senyap dan bacakan cerita sebelum tidur .

4. Urutan ;

Boleh dilakukan selepas mandi sebelum tidur .Urutan keseluruh anggota badan akan membuatkan anak kita rasa tenang dan selesa setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti dan meneroka persekitarannya yang serba baru .Urutan ini juga sekaligus memudahkan dia tidur dengan lena .Lakukan secara rutin setiap malam sebelum tidur .

Thursday, May 01, 2008

Perkelahan di Pantai Pasir Tengkorak ,Pulau Langkawi

Sempena hari cuti pekerja
( 1 Mei 2008 ),kami sepakat sekeluarga pergi berkelah di Pantai Pasir Tengkorak ,Langkawi . Perancangan pagi di rumah,ialah masak dahulu sebelum pergi .Pada jam 10pg semua telah siap sedia bertolak dari rumah ke Pantai Pasir Tengkorak .Lebih kurang jam 10.30pg kami pun sampai .Ingatkan kami yang awal sampai kat situ ,rupa-rupanya ramai dah yang ada termasuk sekumpulan pelatih perguruan dari negeri Perlis yang datang berkhemah di situ .Lepas tu ada juga satu kumpulan pelajar dari SMLangkawi Pulau Tuba .
Sampai Pantai Pasir Tengkorak ,Najibah ajak mandi …tengok keadaan tu air dah pasang ..ombak pun kuat juga ..ajak makan nasi dulu .Kami pun makan bersama setelah dapat lokasi yang sesuai .
Najihah nak main air sungai yang ada mengalir kat situ .Suruh kakak Najibah main sekali dengan Najihah dan pas tu ada juga anak-anak yang lain datang bermain sama kat sungai kerana kat pantai tu pun dah ramai yang mandi ,lagipun kat tepi sungai tu juga air sejuk serta teduh skit .
Lepas makan semua sudah siap di simpan .Orang ramai sudah mandi mandi kat Pantai Pasir Tengkorak ni .Pas tu ada lagi yang masih datang lagi .Mandi pun best kat sini .Kira ok ler pasal sempena dengan cuti hari pekerja ni boleh datang berkelah bersama-sama .Dah lama tak datang berkelah .Kat sini ok .Ramai juga pelancong yang datang mandi manda …di hujung minggu juga penduduk tempatan juga ramai yang datang .Kalau datang kat sini jang pula lupa ke tempat air terjun yang tertinggi di Langkawi ni.Iaitu air terjun TEMURUN .Air terjun tu memang tinggiiii. Rugi ler sapa..sapa yang datang ke Pantai Pasir Tengkorak tidak pergi ke Air Terjun TEMURUN kerana lokasi kedua tempat ini berdekatan .
Setelah lama juga mandi dan hamper jam 1 tgh kami pun berangkat pulang ( Najibah tak nak pulang lagi ..pujuk juga sebab abah ada keje skit ) . Dalam perjalanan pulang tu sempat singgah beli mempelam kat jalan simpang Datai memang kawasan ni adalah lading mempelam jenis CUKANAN atau CAKANAN lebih bunyi macam tu .Memang Ladang mempelam yang terbesar di Langkawi ini – Jalan Datai .

Saturday, April 26, 2008

Kisah Seorang Mat Rempit
Baru-baru ini di dalam laman web ,saya ada terbaca satu kisah tentang seorang Mat Rempit .Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Abang Burn .Ingatkan kisah seorang Mat Rempit yang suka merempit ,ingatkan dia nak cerita pasal menang rempit - tapi rahsia beliau menambah pendapatan melalui internet.
Beliau menjumpai rahsia ini di dalam Ebay .Bagaimana Abang Burn ini dapat menambah pendapatan beliau yang begitu banyak sekali -katanya .Ini adalah sebahagian cerita beliau di laman webnya ....
..........Jika anda tidak pernah mendengar nama saya di mana-mana blog, forum atau seminar sebelum ini, anda tidak perlu meminta maaf kerana saya seorang biasa sahaja sama seperti anda. Saya mula menggunakan Internet inipun hanya setahun jagung yang lepas sahaja, itupun melalui cybercafe sahaja.
Setahun yang lepas, saya juga betul-betul seperti anda sekarang. Duit memanjang tak cukup sahaja. Saya pun hairan, gaji bulan-bulan memang tidak pernah cukup untuk membayar segala perbelanjaan bulanan saya. Bukannya macam perbelanjaan bulanan saya banyak pun! Hanya sekadar untuk membayar pinjaman motor, sewa flet usang saya ketika itu dan sedikit makan dan minum untuk sebulan. Saya dah berpindah-randah sehingga 3 pekerjaan tetapi keadaan saya masih seperti itu.
Keadaan benar-benar menjadi terdesak sehingga saya terpaksa mengambil pinjaman persendirian untuk menampung segala perbelanjaan yang makin meningkat dari hari ke hari. Ketika itu, saya nampak seolah-olah segala cita-cita saya selepas tamat SPM dahulu semakin menjadi malap begitu sahaja. Saya sudah tidak tahu nak buat apa lagi dah dan memang sudah berputus-asa ketika itu. Semasa itu, saya terfikir mungkin rezeki saya setakat ini sahajalah!
Kemudian, satu hari semasa menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia, saya terlihat kisah mengenai seorang jutawan muda Internet yang cukup terkenal dan dikagumi ramai. Entah mengapa, tiba-tiba datang suatu inspirasi dalaman yang mengatakan "Kemungkinan besar rezeki saya juga di Internet ini!"
Jadi beberapa bulan selepas itu, saya mulalah berjinak-jinak dengan alam cyber ini di cybercafe. Pada mulanya saya cukup bersemangat dan cukup terpesona dengan pelbagai peluang menjana wang di Internet ini. Tetapi lama-kelamaan, semangat itu berubah menjadi kekecewaan..
.............. Teknik ini telah membolehkan wang USD 0.50 mengalir masuk ke akaun saya setiap SATU saat. ...

Friday, April 11, 2008

Sambut Birthday Najihah yang Pertama
Pada 07/04/2008 .

Sambut birthday Najihah di rumah .Dah cukup setahun dah .Najihah dan boleh jalan .Ada 4 batang gigi .Kawan2 Najibah (kakak Najihah) yang bersebelahan rumah datang untuk menyambut sekali .Najihah selamba jer .Tak kisah pun .Yang lebih2 tu kakak - Najibah .



Lepas tu bawa pergi mandi kat pantai Kilang simen .Wow ...lokasi ni memang sesetengah orang tak tau .Tempat ni dijaga oleh Kilang simen dan mengupah pekerja untuk membersih kan kawasan di pantai ini .Ada juga kemudahan untuk pengunjung untuk berkelah .Tempat nye teduh ,sesuai sekali apabila air pasang .Najihah tak mandi pun ,Najibah saja yang mandi .Abah turut sama mandi .....




http://www.panduanmelanconglangkawi.com/

http://www.langkawipages.com/


Saturday, March 29, 2008

Info dari pencinta Alam Sekitar
Ais mencair dgn terlampu laju .Iklim yg berubah terlalu mendadak di bumi ini .Ais laut artik pantulkan kira-kira 80% haba matahari,mensabilkan suhu sejuk lautan .
Mengikut maklumat satelit terkini yang di petik dari sebuah artikel pada Disember 2007,saintis iklim ,Dr.H.J.Zwally ,dari (NASA) Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional jangkaan hampir SEMUA AIS AKAN HILANG dari Laut Artik sebelum AKHIR MUSIM PANAS 2012 .
Kerana jika semua ais mencair ,jika semua kutub ais mencair ,kemudian jika laut memanas,gas akan di bebaskan dari laut ,dan kita semua akan di racuni gas dari lautan.Betul-betul banyak gas,cukup untuk bunuh semua orang .
Tanda-tanda amaran ;
1. Sebuah laporan Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) tentang bencana alam 2007 menyatakan 9/10 yang terburuk adalah disebabkan oleh gangguan iklim .
2. Kerajaan menhijrahkan 20000 penduduk pulau pada tahun 2000 dari kawasan terendah Duke ,Pulau Yoke,satu drp pulau-pulau Papua New Guinea.
3. Atas sebab keterlaluan penangkapan ikan dan kehilangan berpuluh jutaan ikan sardin yang penting ,persisiran pantai Barat Daya Afrika dipenuhi gas toksik yang dibebaskan dari dasar laut ,membunuh kehidupan marin di satu kawasan sebesar negari USA,New Jersey dan memburukkan lagi kesan rumah hijau .
4. Ahli oseanografi Australia Dr.Steve Rintoul jangkakan yang kadar cair ais yang laju bermaksud 100 juta orang yang tinggal dalam lingkungan 1 meter atas aras laut "harus pindah ke suatu tempat " untuk menjauhi peningkatan aras laut .
butiran terpirinci ... http://www.suprememastertv.com/

Monday, March 03, 2008

Demam Pilihanraya di Selat Lubuk Chempedak
Balik Selat pada hujung minggu ..terkejut juga ,kat jeti Selat terdapat juga bendera parti-parti politik .Dulu ...pada mengundi yang sebelumnya hanya ada bendera parti Barisan Nasional sahaja ,tapi sekarang ni ada pula bendera parti Keadilan .

Ini merupakan tanda-tanda hari mengundi tak sabar di nanti oleh penduduk pulau Tuba ini .Pulau Tuba ni dalam kawasan DUN kuah dan Parlimen Langkawi .Yang saya tahu Calon Barisan nasional DUN kuah adalah NAwawi dan calon Pas pula tak pasti .Manakala calon Parlimen BarisanNasional ialah Datuk Abu Bakar dan yang nak cabar dari parti Keadilan ..iaitu dengar-dengar cakap Pakwan .Datuk Abu Bakar ni dah 3 kali dah menang kerusi Parlimen .

Sambil dok tunggu bot penumpang mai ...sempat juga ambik gambar bendera dan juga jambatan yang belum siap lagi tu .

Friday, February 15, 2008

Makan Mee Goreng dan ABC kat Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Sekali sekala teringin nak rasa ABC kat restoran di Pantai Tanjung Rhu .Najibah ajak makan mee sama kat situ . Order 'ayiaq Nyoq' sekali..sebiji siap dgn isi kat dalam tu .Lepas makan petang tu ramai juga orang kat pantai Tanjung Rhu ...Najibah ajak bergambar sekali .Apa lagi kamera yang sentiasa di simpan dalam keta kita ambil .Dan bergambar kat situ .Di Lokasi ini juga ada juga perkhidmatan bot utk pelancong yang ingin memancing serta ingin melihat keindahan Kilim Langkawi Geopark / Geoforest (Langkawi Mangrove tour / Dangli Island tour or Fishing ).Perkhidmatan ini di lakukan oleh En.Romli Che Ros ,anda boleh menghubunginya sendiri untuk membincangkan harga untuk perkhidmatan beliau,apa yang saya tahu utk mangrove tour island RM180/sebuah bot .Maksimum sebuah bot adalah 8 orang ....murah..murah tu ...019-4171340



Atau anda boleh melihat iklan beliau di htttp://www.langkawipages.com



ATAUinfo pasal Langkawi di


Sunday, January 27, 2008

Perkidmatan Cuci Muka
Najihah sedang mencuci muka kakak (Najibah) .Dengan hanya menggunakan tuala yang telah dibasahkan sedikit. Muka kakak sebenarnya telah kotor kerana dipenuhi bedak yang tumpah .Aktiviti ini sentiasa dan kadangkala berlaku di setiap rumah yang mempunyai anak lebih daripada seorang .Jadi senang la emak dan ayah nak masak atau nak tengok tv hehehe...

Saturday, January 26, 2008

Balik kampung Selat Lubuk Chempedak ,Langkawi

Balik kampung di Selat Lubuk Chempedak ,Pulau Tuba .Siap bergambar di Jeti Selat Bagan Asam yang berlatar belakangkan Bukit Batu Reban (kawasan Pulau Dayang Bunting ) .Ramai pnenduduk di kawasan Bagan Asam ini bekerja sebagai nelayan.

Dulu masa kecil-kecil saya pernah pergi berkelah di pantai Bukit Batu Reban tersebut dengan keluarga .Sekarang bawa anak dan isteri tengok pantai cukup ler .Tempat ni masih lagi ok ,pantainya yang bersih .

Gambar kat atas ni adalah pembinaan jambatan di antara Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting .Nanti bila siap kedua penduduk boleh menggunakan motosikal utk berhubung .Sekarang ni masih guna bot (jalan laut).


Saturday, December 08, 2007

Hari ke 2 di LIMA 2007 Langkawi

Hari ni adalah hari yang ke 2 pergi tengok LIMA 2007 .Fokus utama nak pi tengok pameran maritim di Awana Porto Malai .Nak tengok kapal selam India ,dan juga beberapa lagi pameran yang di tunjukkan .Sampaidi jalan pantai Cenang da berlaku kesesakkan jalan raya .Bermula dari AB Motel samapai ke simpang berdekatan Aseania Hotel ambil masa 30 minit (lama tu ..kalau waktu biasa 3 minit jer ) . Bila sampai disimpang hendak ke Awana Porto Malai ,polis trafik bagitau tak payah pergi tengok ...pasai apa pulak dahhh... dia kata jalan nak pi ke sana dah penuhhh...sesak ...dia suruh balik ...balik ler .. dah tak boleh tengok ..
Apa lagi patah balik pergi ke Dewan Mahsuri semula tengok pameran kapal terbang .Masuk pulak bayar RM40.00 utk sekeluarga . Masa masuk tu jam 2.00 ptg .Beratur panjang nak bergambar dengan Angkasawan Negara (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) .Pehhh..beratur selama 30 minit pasal nak ambil gambar saja . Masa dok beratur tu ...kat luar sana Red Arrows sedang buat persembahan ..(tapi takpa ..semalam dah tengok) ..wow panjangnyer buat barisan .Ingat sessi bergambar dgn Dr. Sheikh Muszaphar ni ler yang paling ramai pengunjung .Tak rugi ler bergambar dgn beliau .

Friday, December 07, 2007

LIMA 2007
( Langkawi International Maritime And Aerospace )


Pada tarikh tarikh 7 Dec 2007 adalah hari pertama pembukaan pameran LIMA 2007 untuk orang awam .Semua penduduk langkawi atau pelancong yang ingin melihat dgn lebih dekat di dalam dewan Mahsuri perlu membayar RM20.00/seorang .Tak rugi kalau masuk tengok .Dalam dewan luas .Lepas masuk dewan keluar pulak tengok pertunjukkan udara oleh Red Arrow dari Britain ,TUDM, Sukhoi 30 MKM dan helikopter .Bukan setakat Najibah sajer yang tengok ...Najihah pun ikut sekali ....Sebelum tu ..masa dalam dewan Mahsuri orang begitu ramai nak ambil gambar bersama dgn angkasawan negara ..Syed Muzaffar ,ramainyerr beratur .Masa tu ler Red Arrow buat pertunjukkan .Pi tengok Red Arrow dulu ler .Ada juga gambar Syed Muzaffar.




Besok pulak nak pi kat Awana Porto Malai tengok pameran maritim pula ,yang ni free ..tiada bayaran .Besok mesti pergi .Bukan senang nak tengok pameran 2 tahun sekali ni .
Ada lagi rakaman LIMA 2007 ..sila link

Sunday, November 18, 2007

Keluarga Maklong/Paklong Najibah Datang Langkawi

Cuti sekolah telah pun bermula .Keluarga Maklong/paklong Najibah telah pun datang ke Langkawi .Tidur kat rumah Najibah . Antara yg turut datang sekali Farah , Najib , Farhan dan juga kakak Nurul Amalina .
Datang pada hari Jumaat tengahari .Pada Waktu petang semuanya pergi mandi kat Pantai Pasir Tengkorak di jalan Datai .Mandi puas-puas sampai air surut . Ramai juga ada orang yang mandi kat situ .Mandi kalau tak bawa pelampong rugi jadi , siap sewa pelampung kat situ .Habis mandi terus balik rumah .
Besok pula (sabtu) pegi naik Cable Car .Maklong dan Najib kata lain kali tak mau nak naik dah ...takut ..gayat ...Cuaca kat sana ok .Ramai orang dah sampai dan ada kat situ .Lebih kurang 2 jam ada kat atas tu ,siap bergambar dan sebagainya . Turun saja ,tengok ramai orang beratur panjang nak naik Cable Car .Nasib baik datang awal ,kalau tidak kena beratur panjang .

Lepas turun tu pegi beri makan arnab dan juga rusa yang ada berdekatan dgn Cable Car. Gajah pun ada Kalau nak naik 5 minit RM40.00 (2dewasa 1kanak-kanak) .
Lepas tu Maklong/Paklong Najibah ajak makan kat Restoran Nasi Ayam Pakya kat Kuah dan berangkat pulang ke Alor Setar jam 2.30ptg .

Lagi gambar kat Cable Car ...klik di sini..



Monday, November 12, 2007

Antara Cara Ajar Anak Berbudi Bahasa

1.
Walau apa keadaan sekalipun ..cakap elok-elok dgn anak-anak supaya nanti tingkah laku kita ini akan di lakukannya kepada orang lain .
2.Sering kali praktikkan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ apabila ingin meminta bantuan dan juga selepas menerima sesuatu .

3.Latihkan supay minta kebenaran apabila ingin mengambil sesuatu .

4.Berikan pujian jika anak kita apabila beliau dapat melakukan sesuatu yang betul dan berjaya ,elakkan drp mengkritik .
5.Beri juga kata pujian jika anak kita sedia berkongsi mainan dgn kawan yg lain .
6.Berikan komen - komen kearah positif .
7.Menghulurkan salam atau berjabat tangan apabila bertemu dgn orang yg legih tua .

Sunday, November 04, 2007

Tip-tip Ceriakan Hidup Anak

1.Tetapkan waktu bermain setiap hari .
2.Beri hadiah istimewa .
3.Ajak rakan sebaya datang ke rumah.
4.Bawa pergi jalan-jalan tempat yang disukainya.
5.Sesekali memilih barang yang baru yang di sukainya .

*Info * : Memberi pujian kepada anak-anak membuatkan di berasa yakin kepada dirinya,dan keyakinan itu membuatkan dia berani utk mencuba sesuatu yang baru semasa dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan sebagainya .*


Monday, October 22, 2007

Hari Raya Aidil Fitri

Selamat hari raya maaf zahir batin .Kini Najibah bertemu dengan semua keluarga yang pulang ke Kampung samada Kg Selat Lubuk Chempedak dan juga Kg Alur Ganu .Di Kampung Alur Ganu ,Najibah berjumpa dengan Umairah ,Umi ,Kak Cik ,Kak Nurul, BangCik(Abdul Rahim),dan ramai lagi .

TAMBAH PENDAPATAN DGN MENULIS EBOOK ,NAK TAHU RAHSIANYA . . . CLICK KAT SINI !!

Sunday, September 30, 2007

10 ayat utk menilai diri – kepada anak-anak

5 ayat yg baik utk di ucapkan kepada anak

1.”Buatlah pilihan sekarang” – menyuruh anak melakukan sesuatu .
2.”Mama sayang kakak ,tapi cara kakak buat ni tak betul ,cuba buat macam ni “
3.”Boleh tak kakak tolong mama selesaikan masalah ni?”
4.”Kakak nak cakap apa ni …cakap la nanti boleh mama Bantu”
5.”Kakak kena paham ..tak semua orang paham”

5 ayat tidak boleh kita ucap pada anak

1.”Cuba jangan menangis ,kakak dah besar”
2.”Kenapa kamu ni lembab sangat”
3.”Cuba tengok adik tak buat sepah pun bila makan”
4.”Jangan lari nanti jatuh!”
5.”Kamu mesti belajar pandai-pandai,kita orang susah”

Sunday, September 23, 2007

Jambatan Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba


Pembinaan jambatan di antara Pulau Dayang Bunting ke Pulau Tuba telah pun bermula .Pada gambar di bawah terdapat tiang-tiang yang telah di tanam di antara kedua pulau ini .Tiang-tiang untuk jambatan ini boleh dikatakan telahpun siap di pacak ke dalam laut .

Dengan kemudahan jambatan ini nanti maka mudahlah pelajar sekolah menengah Langkawi ,pulau Tuba untuk datang belajar .Begitu juga dengan penduduk setempat jika ingin mengunjungi rumah saudara-mara serta kenduri dan sebagainya .








Monday, September 17, 2007

Perkembangan Bayi Kita

Bayi adalah seorang individu yang unik dan mempunyai keperibadian tersendiri yg akan berkembang dalam bulan berikutnya .Menyaksikan perwatakannya setiap hari bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kita menyedari keperluannya dan membolehkan kita menyuburkan peribadi positif dalam diri .

Perwatakan ;
1.Anak yang tenang yang tidak meragam mungkin kelihatan mudah dijaga ,namun perhatian dan ransangan masih di perlukan .
2.Anak kita yang pemalu dan berat mulut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi orang baru .
3.Anak yang terganggu dan mendesak memerlukan ibubapa yang tenang dan konsisten serta penuh kesabaran untuk menguruskannya .



Saturday, September 15, 2007

Sekolah dah mula/ Hujan di Langkawi
Hari ni Najibah akan pergi ke sekolah setelah 4 hari bercuti menyambut bulan Ramadan .Bulan puasa ni Najibah akan cuba berpuasa walaupun hanya separuh hari .
Nampaknya beliau berminat untuk puasa apabila di tanya .Tapi bila bangun tidur dah mula minta susu ...kata nak puasa . Takpe Najibah akan cuba berpuasa .









Dari permulaan bulan puasa ..cuaca di Langkawi ini mendung dan selalu hujan .Keadaan di Langkawi sekarang hujan bersama angin .Kadang-kadang angin juga kuat .Berhati -hati kepada sesiapa yang ingin datang melancong ke Langkawi pada waktu ini .


Friday, August 31, 2007



Sahabat Lama Datang Melancong Di Langkawi


Sahabat lama saya semasa datang melancong ke Pulau Langkawi .Gambar ini di ambil semasa lawatan di Makam Mahsuri .Lebih kurang 12 tahun tak berjumpa .Semasa cuti sekolah pada bulan OGOS 2007 .Lan dan keluarganya datang melancong selama 3hari 2 mlm di sini .Harap jumpa lagi .(Dulu sama-sama belajar di Politeknik Kota Bharu dalam tahun 1992-1993 dalam jurusan yang sama) .


Gambar terbaru Najihah semasa sedang menunggu di KFC Telaga Harbour Park Langkawi .




Gambar Najibah semasa berada di rumah .Sedang bersiap nak balik kampung .



Friday, August 17, 2007

Wawancara/Temuramah
Menemuramah Najibah selepas pulang dari mengadakan lawatan ke UnderWaterWorld
Langkawi bersama-sama dgn PASTI NURUL SYIFA .
Selepas pulang Najibah menceritakan apa yang di lihatnya di underwaterworld Langkawi.
Beliau ingin membawa abah , mama ,adik ,umairah ,umi Kalsom ,tok dan tokwan .Saksikanlah video ini ...dengarkanlah ceritanya .

Jumpa lagi .

Tuesday, August 14, 2007

Lawatan Ke UnderWaterWorld Langkawi

Besok pada 16 ogos 2007 (Khamis)

Nurul Najibah bersama sama dgn kawan dari PASTI NURUL SYIFA akan mengikuti
lawatan ke UnderWaterWorld Langkawi .
Bayararan yang di kenakan sebanyak RM15 seorang .
Masa lawatan jam 9.00pagi hingga 12tengahari.

Semoga Najibah dan kawan-kawan seronok apabila berada
di sana melihat ikan-ikan dan Najibah kata nak tengok PINGU (penguin).
Syamil dan juga Man serta kakak Alia juga akan pergi .
Cikgu Ariyan dari Pasti Nurul Syifa akan membawa mereka .
Semoga berjaya .

Saturday, July 14, 2007

Happy family
Najibah sedang memeluk adik (Najihah).
Video ini juga terdapat dalam Youtube .
Ada lagi video lain di dalam .. Http://www.youtube.com/roslankasim
Di bawah ini gambar Najibah sedang memeluk adik .
I
I
I
I

Sunday, May 20, 2007


Lokasi atau kedudukan rumah Datuk Najibah

Gambar-gambar di ambil menggunakan Google Earth
Tengok ler kot-kot dah mai dah .Lokasi ini terletak di Kg Selat Lubuk
Chempedak , kawasan Pulau Tuba ,Langkawi .Tengok betul-betul .



Kadang -kadang kami balik di Rumah Datuk Najibah 2 minggu sekali . Acu Najibah sekolah kat gambar , sekolah kebangsaan Langkawi , Pulau Tuba .