Followers

Sunday, February 11, 2018

Balik Kampung di Alur Ganu urusan parttime


Hari Khamis awal pagi balik naik feri ke kuala Perlis . Ambil kereta sewa terus ke office IM Global di Alor Setar . Jumpa pn Sariah  untuk ambil dokumen Tmn Teja Changlun serta kunci rumah . 
Perjalanan ke Hospital Pakar Metro Sungai Petani utk berjumpa dengan Doktor Pakar perut iaitu buyer Tmn Teja .

Naik feri ke Kuala Perlis 
Singgah di makan kat higway Gurun 



Sampai di Hospital Pakar Metro

Berjumpa dan berbincang dgn Doktor Pakar Doktor Amir Hakim 

Alhamdullillah ..doktor berminat dgn rumah ini . Kemungkinan esok hari akan pergi melawat rumah tersebut .

Pulang semula ke Alor Setar sebab ada program di pejabat IMglobal penerangan oleh pihak lawyer Mohd Akhir & Partner di sampaikan oleh Pn Rozakiah (Peguambela & Peguamcara ) Sampai lewat skit pasal tersesat kat bandar Sungai Petani tadi .

Penceramah oleh Pn Rozakiah ( Mohd Akhir & Partner )



Lepas selesai penerangan menuju ke Kuala Kedah ambil isteri dan anak2 untuk balik ke Alur Ganu - esok kan cuti - tumpang ler balik . 
Esok pagi ajak isteri dan emak ke nat jumaat di Pauh dan singgah sarapan pagi di Restoran Tok Keramat .

Di hadapan Restoran Tok Keramat 


No comments: