Masa balik kampung kat Alur Ganu - sebelum sampai rumah kami singgah makan dulu .
Ambik kereta sewa di Kuala Kedah terus ke Simpang Empat,Simpang Kangkung . Kat sini di tepi jalan utama di antara Alor Setar ke Kota Sarang Semut , Restoran yang amat terkenal ialah Restoran Nasi Kandar Haji Ramli .
Ini adalah kali pertama kami mai makan kat sini - dengar cerita dah lama cuma takdan nak mai . Macam macam ada lauk pauk kat sini , bukan setakat lauk pauk saja ada , surau juga di sediakan pastu tempat parking yang luas . Ayam kampung pehh ..meqecik .
Nanti kalau balik pulak kami nak singgah kat sini lagi .. harga pun berpatutan kalau nak banding dgn restoran nasi kandar yang lain dan rasa aku lebih murah lagi . Tuan punya restoran ni ( HJ Ramli ) kalau tengok dia - melayu sejati ...hehehe ..
Selepas selesai melahap - kami patah balik utk ke Alur Ganu di Kepala batas - balik kampung . Perut dah kenyang tuuu....
No comments:
Post a Comment