Followers

Thursday, November 23, 2006

Aktiviti Yg Boleh Dilakukan Bersama Bagi Menjana Minda Dan Fizikal Anak 0 hingga 18 bulan

Pada usia 0 – 6 bulan ;

Bunyi dan perkataan;
Menyanyi atau membaca ayat Al quran untuk bayi seperti mendodoi ketika memberi anak susu ,memeluk dan mengayun sehingga tidur .





Fizikal dan permainan ;
Menari secara mengayun anak ,mendodoi dan membuai kehadapan kebelakang mengikut irama muzik yang mudah .Permainan ringkas yang digmari bayi adalah seperti duduk tegak ,merangkak dan meniarap di sekitar bilik dgn lembut dan bayu diampu dgn baik .

Barnes & Noble.com - BOOKS ONLINE -Bestsellers


Pada usia 7 – 12 bulan ;

Bunyi dan perkataan;
Anda boleh menyanyi dan bertepuk tangan seperti lagu ‘rasa sayang’ ,’ikan kekek mak iloi-iloi’,’burung kakak tua’dan sebagainya .
Fizikal dan permainan ;
Permainan untuk anak pada usia ini lebih kreatif dan aktif .Misalnya main seperti menunggang kuda dan angkat kaki memang menyeronokkan lebih-lebih lagi untuk anak yang lebih besar .Permainan ‘ba-cak’ pun boleh dimulakan kerana permainan ini sangat menarik buat mereka .

Barnes & Noble.com BOOKS ONLINE Home Page

Pada usia 12 – 18 bulan ;

Bunyi dan perkataan;
Teruskan aktiviti menyanyi lagu kanak-kanak kerana ia baik untuk perkembangannya .Banyakkan bicara dengan anak perihal apa saja .



Fizikal dan permainan ;
Permainan pergerakkan mudah seperti ,’tepuk tangan’ ‘sembunyi-sembunyi’sangat baik bagi memaksimumkan penggunaan tenaga anak .
Seni ;
Aktiviti melekat ,mewarnakan dan mengecatboleh di lakukan di bawah pengawasan .Pastikan semua bahan tidak mengandungi toksik .
-TQ PA&MA

1 comment:

fieza said...

Assalamualaikum

hai En. Roslan, sekiranya berminat untuk menjadi penulis sila klik link ini --> http://www.giproduction.com/

kami nak cari penulis buku kanak-kanak... kalau berminat sila hubungi kami segera ok..tq