Followers

Saturday, July 06, 2013

Hari Keluarga Tadika Cahaya Intelek 2013


Tadika Cahaya Intelek Langkawi .. tadika tempat Najihah bersekolah telah mengadakan Hari Keluarga pada  : 
6 Julai 2013
lokasi : Dewa Kolej Vokasional Langkawi .

Ramai juga ibubapa yang hadir utk memeriahkan lagi aktiviti yg telah di aturkan oleh cikgu - cikgu Tadika ini utk kepada pelajar dari 4 tahun , 5 tahun , 6 tahun termasuk beberapa acara utk ibubapa sendiri .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
VIDEO
~~~~~~

~~~~~~

~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdullillah Hari Keluarga Tadika Cahaya Intelek Langkawi ini berjalan dengan lancar dan selamat . Best juga la ...dapat hadiah banyak .. banyak juga hadiah2 di taja oleh individu dan syarikat2  yang pemurah .. al maklum la tadika ini terkenal di seluruh Langkawi ... sapa2 yang ingin menghantar anak2 dari 4 tahun hingga 6 tahun sangat2 di alu alukan . 
 'pertandingan menghias bunga telur '
 acara bapa - pertandingan pesawat terpantas dan jarak terjauh boleh terbang tanpa minyak
 Teringat filem P.Ramlee - Musang berjanggut - acara mengasingkan beras / rempah ratus ( bunga lawang /cengkih) / kacang hijau / buah pelaga - acara berpasangan
kepada yg berjaya ..hadiah pula  ..

Sedikit sebanyak gambar dan video aktiviti ini di uploadkan juga ... 

Najihah dah 2 tahun kat sini ,tahun depan dah masuk sekolah kebangsaan - sebelum ini kakak Najihah juga kami hantar kat sini - Najibah .

Harap semua anak2 yg di hantar ke tadika ini berjaya dalam hidup masing masing ...
Terima kasih kepada guru2 dan yang terlibat . 

terutama - Guru besar - Teacher IDA 












Friday, June 28, 2013

Airport Langkawi hantar makteh balik

Hari ni berada di Airport Langkawi . Nak jumpa makteh najibah najihah nabil dan najib  - nak balik KL dah . Mai kursus yg di hantar oleh kementerian . Tak sempat nakbeli coklat :)
Tapi takpa makteh dah borong sakan kat Langkawi ni ... kena check kastam pulak . Takpa sempat juga jumpa pasal dah setahun tak berjumpa .. sempat juga bergambar tu ...




Saturday, June 15, 2013

Hari Bapa

Hari ni dapat kad ucapan ' hari bapa' dari Nurul Najihah .
Balik dari tadika  - Najihah terus ucapkan selamat hari bapa - aku  tengah dok makan nasi masa tu  - terima kasih NAJIHAH .Siap bagi kad yang di buat sendiri di tadika dia  ( Tadika Cahaya Intelek ) .. 

Terima kasih kpd cikgu2 yang mengingatkan anak2 untuk hari bapa ni .. 

 Muka depan kad ucapan Najihah
 Baca tengok apa yang dia tulis ucapan tu ... :)


Aku di lahir kan di suasana kampung sejak dari dulu tak pernah dok sambut hari ibu hari bapa serta juga hari jadi aku sendiri  - tapi sekarang ni bila anak2 selalu dok ucap hari2 tu ...terasa sayu pula ... teringat pula pd ayah  .. sekarang ni bila ayah sendiri dah tiada terasa ingin nak ucapkan selamat hari bapa ...AYAH .. AYAH ku doakan kau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman .. ya ALLAH ampunkan segala dosa AYAH ku .. amin ..




Will you marry me ?

Will you marry me?

 Travis Pratt America's Got Talent Audition 
 



Lukisan pertama Nabil di upload

Ini adalah lukisan pertama Nabil yang di upload kan di youtube . Proses pengenalan diri . Kakak Najihah yang ajar ni .. takpa nanti boleh lukis lagi .. kalau rajin lukis la ..





 Sempat juga ambil gambar diaorang ni .. yg Nabil nak bergambar dengan Najib  dan kakak kakak ni sempat lagi berposing sebelum nak ke surau  - mengaji  ( sebelum ustaz sampai sempat lagi bergambar  - pantang ada h/phone atau kamera .


Tuesday, June 04, 2013

Beli barang di Komplek HIG Haji Ismail Group Langkawi

Petang semalam lepas balik kerja pergi ke Kuah ..
Beli barang skit utk persiapan homestay aku . Masa sampai tengok kat depan pintu utama Komplek Haji Ismail Group nampak orang ramai berkumpul kat situ . Apa cerita ni .. ooo .. sebenarnya tuan Guru Haji Hadi Awang  dah nak balik dah - selepas singgah di komplek ni . 
 Bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang
Apa lagi kita pun sama ambil kesempatan utk bersalaman dan bergambar dengan tok guru  - alhamdullillah boleh juga ambik gambar tu - tuan guru haji Hadi ada juga bertanya dgn aku - 'orang mana ni '? aku jawab - 'orang Langkawi ' .. lama juga la tuan guru tunggu nak masuk kereta sebab orang ramai dok masih nak bergambar .

Bagi peluang kat oqang lain pula la yg nak bergambar .. :)
 

Semoga selamat pulang .. amin



Taman tema RM1.2b dibina di Langkawi

 Pembinaan taman tema berkonsepkan ekopelancongan bernilai RM1.2 bilion di kawasan Oriental Village dan Pulau Intan Besar di sini bakal menjadikan Langkawi antara 10 pulau terkemuka di dunia.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek yang dijangka siap pada 2015 di tapak seluas 10.35 hektar itu menawarkan produk pelancongan terbaharu berasaskan tiga konsep iaitu hiburan, sejarah dan alam sekitar.

"Pembinaan yang menelan belanja RM1.2 bilion itu turut memuatkan pembinaan sebuah hotel bertaraf enam bintang, restoran dan apabila siap kelak taman tema itu dijangka boleh membantu Langkawi menarik kedatangan sehingga tiga juta pelancong setahun," katanya....

Thursday, May 30, 2013

Gunting rambut ..

Malam ni bawa Nabil pi gunting rambut ..
Punya la lama nak punjuk pi gunting .. akhir nya dgn alasan .. gunting sambil main 'game' , amacam setuju ke ? Nabil pun setuju ..

Bila sampai kat kedai gunting - jom gunting , Nabil tak mau pulak . Akhir nya ..nah main game ni ! tu baru ok , nak gunting macam mana pun takpa .. Nabil nak main game ..
..

Senang ...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~











Saturday, May 25, 2013

Apa itu gwiyomi atau kiyomi

Apa itu gwiyomi atau kiyomi
 Laman sosial tidak henti-henti memaparkan berkenaan video tarian comel gwiyomi yang semakin popular sekarang ini. Melihat reaksi masyarakat di beberapa laman sosial mengenai fenomena ini .

Untuk pengetahuan, lagu gwiyomi atau kiyomi ini adalah lagu single k-pop seorang penyanyi indie Korea Selatan bernama Hari . Album gwiyomi song ini telah dikeluarkan pada 18 Februari 2013 yang lalu menurut kumpulan Gwiyomi Player yang ditubuhkan pada Oktober 2012. Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper k-pop terkenal Jung Il Hoon yang dipanggil gwiyomi player dalam rancangan  BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme internet popular pada oktober 2012. Maksud gwiyomi/kiyomi ini sebenarnya adalah ‘seorang yang comel’ atau ‘arnab yang comel’.


Nurul Najibah

 Nurul Najihah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gwiyomi - Najibah & Najihah

. ************************************************
Gwiyomi - Elly Mazlien ( Versi SuriFM )



************************************************
Gwiyomi - Wawa Zainal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi ada juga anak2 kita yg suka kiyomi ni .. upload pulak tu ..
Tarian comel gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan untuk pengetahuan, video parodi gwiyomi telah dimuat naik dilaman youtube lebih dari 10,000 video.
 Dasyat! Tarian gwiyomi ini telah menular dengan cepatnya di beberapa buah negara asia merangkumi Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan tidak ketinggalan juga negara kita Malaysia.



Sunday, May 19, 2013

Domain name untuk di jual

Dari tarikh hari ini - 20/05/2013  domain name yg aku ada simpan utk dijual masih lagi available . Sapa2 yang berminat boleh hubungi terus 019-4172177 Roslan .

Senarai domain untuk dijual ;

.COM
Movingby.com     $300    

Bravotips.com     $200 

  Buysmusic.com     $250
   
Islifeinsurance.com     $350
    
Nysef.com     $200    
Blognaruto.com     $200  
 Snownz.com     $250
   

Cheapflighttotokyo.com     $200
 
 
Cheapflighttodublin.com     $200    
Fourseasonskl.com     $200    
Highotel.com     $200    
Harrodskl.com     $200    
GangstarVegas.com - $250     
NET
Agencyspy.net     $150    
Disf.net     $150    
Loverain.net     $150    
Mfcn.net     $150    

Hubungi : Roslan - 0194172177





Friday, May 17, 2013

Surah Yassin

Surah Yassin utk semua .. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tunggu beberapa saat untuk audio loading



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bacaan Yasin - Ust. Hj. Dzulkarnain (Full Version)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~