Followers

Friday, December 17, 2010

Bawa Najibah dan Najihah cat pagar Homestay

Masa cuti persekolahan ni ( disember ) homestay penuh .Ramai yang call terpaksa tolak sebab dah di booking . Kalau hari ni diaorang checkout ,esok tu mesti  checkin .Contoh pagi ni ada pelancong checkout awal pagi . Besok ada pelancong nak masuk .

Jadi ambil kesempatan hari ni untuk cat pagar yang tergendala . Jadi Mama kemas kat dalam rumah dgn Nabil . Najihah dan Najibah tolong abah cat pagar .

Hanya lokasi ini saja Najibah dan Najihah di benarkan untuk mengecat pagar . Itupun berebut-rebut nak mengecat .

Najihah membantu kakak Najibah mengecat pagar . Siap mandi lagi kat tepi tu . Mentang-mentang ler air free . Pantang jumpa air ,mesti nak mandi .
Sebenarnya proses mengecat pagar Homestay ni terpaksa di tunda sehingga hari yang akan datang ( tak tahu lagi bila sempat ) sebab nya HUJAN turun pulak dah . Tak sempat habis mengecat , cuaca kat Langkawi ni dah berubah dari panas terik menjadi redup dan hujan pun turun .
Jadi tak siap lagi ler proses mengecat ni .
Besoknya ada pelancong nak tinggal kat sini . Takpa lah nanti sambung lagi bila ada waktu nya .
Sebahagian yang telah siap di cat .. posing pulak kat situ Najihah .
Selepas mengecat  ( tak siap pun ) MAMA marah semua sekali sebab nya Najibah dan Najihah bukan saja cat pagar ! rambut , baju , seluar ,tangan semua diorang cat ...sapa nak basuh ni ..







Tuesday, December 14, 2010

Layan Anak ( Najihah ) Bersembang

Kata-kata dari seorang pakar .... Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan
bebudak bercakap. ..tips dari Robert D. Ramsey

Hari ni layan Najihah bersembang . Bersembang entah apa yang dia cakap . Aku pun tak paham . Tapi takpa layan jer .

 

Nurul Najihah





Friday, December 10, 2010

Nabil dah mula berjalan ..

Cukup cukup dah 10 bulan umur Nabil  , dia dah mula berjalan . Lepas tu lepas dah dua tiga langkah berjalan . Besok nya Nabil demam . Smapai sekarang ni demam .
Kalau jumpa doktor memang tak dapat ubat punya . Jadi kena ler jelom dgn air kat kepala tu .

Apa pun Nabil dah mula berjalan dah .


Wednesday, December 08, 2010

Tanah di Kelibang Kuah Langkawi utk di jual -

Lagi tanah di Kawasan Kelibang Langkawi utk di jual .

Tanah : Rezab Melayu
Kategori : Bangunan
Keluasan : 726.525 Mtr/s ( Hampir 8000kps )
Harga : RM270,00.00

Keterangan :
Tanah ini terletak di Kelibang Kuah . Berdekatan dgn Motel Warisan ( baru ) berdekatan dgn jalan utama ( lebih kurang 30 meter ) . Reserve jalan masuk ke tanah ini juga ada . Bangunan berdekatan adalah Motel Mawanza / Stesen minyak Shell .

Di sebelah tanah ini ada projek pembinaan baru utk budget motel atau homestay .
Stesen Minyak Shell dan Bangunan Motel Mawanza bertentangan jalan / jalan masuk ke tanah tersebut.
Tanah utk dijual 0194172177



Tengok di Google Maps ;

Saturday, December 04, 2010

Kenduri Kahwin di KEDA Langkawi

Hari ni kenduri kahwin sepupu di KEDA Langkawi .
Rumah maklang Teh .



Sepupu yang selalu kami panggil adik sekarang dah pun kahwin dgn Munir dari Alor Setar . Adik atau namanya Azizah adalah anak maklang yg bongsu . Paklang dah meninggal hampir 5 tahun . Hari ni adik dah pun kahwin dengan pasanganya .

Semoga kekal sehingga akhir hayat . Ramai juga saudara yang datang . Sempat juga ambil gambar dan juga video . Boleh upload kat sini . Hari ni memakai depa berpakat berpakaian pink .kami pun join sekali .. baju raya lepas kan warna pink  ..

Saturday, November 27, 2010

Koleksi Hari Raya Aidil Adha - Nov 2010

Antara koleksi yang di ambil sebelum dan selepas hari raya . Najibah , Najihah , Nuha , Nabil , Umairah dan Nurin di rumah tok di Kepala Batas . Balik raya .

Model Kasut baru

Bila sampai kampung tolong tok buat ketupat

 Najibah / Umairah / Nurin

 Nuha / Najibah / Najihah


 dalam feri




Sempat lagi shopping ni ..shopping ke tengok2 jer  ?

Friday, November 19, 2010

Tanah untuk di jual di Langkawi

Ada lagi tanah yang nak di jual di Langkawi .
Sesuai untuk hotel . Lokasi menarik . Berdekatan dengan Tanah MARA . Bersebelahan dengan Teluk Baru Villa dan juga Awana Porto Malai

Keluasan :  4.52 ekar  ( 1.852 hektar )
Tenure    :  Freehold ( Malay reserved )
Price       :  RM10 kaki persegi
Hubungi  :  Roslan 019-4172177  ( roslan977@yahoo.com.my )



Wednesday, November 17, 2010

Jumpa sahabat lama zaman sekolah dulu...

Sehari sebelum raya korban ..

Aku bersama anak dan isteri bersiap utk balik raya di Kepala Batas Alor Setar .
Menuju ke jeti Kuah . Tiket dalam pukul 11.30 pagi .
Berjumpa kawan lama . Md Koq ( Shukor Zakaria ) kat jeti . Mad koq nak balik ke Padang Matsirat ( Kg Lawer ) .
Dia baru sampai dari Kuala Kedah bersama isteri . Aku pulak baru nak bertolak ke Kuala Kedah .Beliau bekerja dan tinggal kat Sungai Petani .
Kami dulu sekolah bersama di Sekolah Menengah Mahsuri dari tahun 1987 - 1989 ( dok satu kelas dan satu asrama ) . Pastu aku sambung pi vokasional kangar bersama Md lah . Dia pulak sambung ke Sekolah Teknik AS bersama Basir Ghazali .
 
Kat Jeti Kuah 16Nov2010 - masing2 nak balik raya


Gambar di Asrama Sekolah Mahsuri 1988  /  Jeti Kuah pada 16nov2010


Aku / Shukor / Hasbullah ( asrama SMMahsuri 1988 )